Pages

Wednesday, September 1, 2010

Wee Meng Chee @Namewee

Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee. Dia dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1983 dan melanjutkan pelajaran di Ming Chuan University, Taiwan. Namewee sebelum ini menimbulkan kontroversi setelah "menerbitkan" lagu negarakuku dan juga video mengenai TNB yang mana dia marah disebabkan elektrik tiba-tiba terputus melalui youtube.

Terbaru video Namewee telah diupload kat youtube mengenai ketidakpuas hatinya mengenai kes pengetua sekolah, Siti Inshah Mansor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, yang dia sifatkan perkauman.

Tengok kat fan page namewee lebih daripada 250,000 yang like the page.

Bagi saya satu aja, perlu gunakan hikmah untuk menangani sesuatu isu dan elakkan menggunakan perkataan yang kasar or lucah. Memang tidak dinafikan, seseorang ada buat salah dan kekadang kerja sesuatu agensi tidak menepati standard kita, tapi percayalah kita perlu gunakan cara yang terbaik untuk menangani situasi ini bukan dengan cara yang tidak betul.

Yang penting kita perlu hidup dalam suasana harmoni dan perlu tindakan sewajarnya kepada yang buat salah, tak kira mana-mana pihak sekali pun agar ianya tidak menimbulkan tidak puas hati pada pihak yang lain. I am sure kat luar sana ada yang setuju cara namewee dan ada juga yang rasa ianya tidak. Sama-sama le kita memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan Malaysia satu negara yang aman damai.

Keamanan tidak datang begitu sahaja ianya perlu kerjasama semua pihak. Yang salah kita perlu tegur dengan cara yang betul. Diharap kes ini tidak dipanjangkan lagi dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.

22 comments:

arekymz said...

assalam.
betol2.
mamat ni suke2 je nak carot2 kat mesia.
kalo budak2 tgk abes budak2 tu terikot2..

amirah said...

setuju la ngan bro nik, kena tangani dengan berhikmah, tak semestinya dgr cara tak elok..

Hairil Rizal said...

Kes cikgu tu dahpun dihandle oleh kerajaan. Pastinya dia akan kena tindakan.

Si Namawee ni pulak nak jadi polis sendiri. Mana ada jalan kan?

Negara ada undang-undang.. kenalah ikut undang-undang. Tokleh la semua nak buat cara sendiri aje.

:)

~aSHa~ said...

mak ai ramainye fan dia..mean setuju la ye dgn dia? huhhhh

Lagenda said...

Mak setuju dia nih kena tahan. Malampau sgt dia nih..patutnya, bkn takat kena tahan, bg sekali hukuman yang setimbal. Besar kepala sgt!

Unknown said...

dia ni tak dikenakan tindakan yg sewajarnya masa 1st time kantoi mengutuk dan mencarut dulu tu. tu yg dia tak serik dan dia rasa boleh je nk buat ulangkali..isk isk..

sahromnasrudin said...

salam ziarah..semoga kita lebih beradab ketika mezahirkan rasa ketidakpuasanhati kita

ejaMaria said...

tak suke ngan mamat tu... klu bole tahan ISA je dia ni... suke2 nak api-apikan org...

eelobor said...

harap dapat di tangani sebelum virus merebak.....

Matjoe said...

ntah la, x kene apa2 pun tindakan dia ni

Unknown said...

hairan apasal dia ashik ada power kebal ek...tak pernah di tangkap.

AngahSayang2314 said...

salam...

ye la betul tue... kenapa ye dia ada org dalam ke sampai senang lenang jer dia berleluasa

Myvitrd said...

namewee glamour kerana video2 di youtube yang dia buat.. tapi aku pon heran kenapa takda apa2 tindakan pon di ambil terhadap pemilik video clip ni.. aku dah tengok semua video dia.. memang ada kurang ajar sikit.. aku pon tak setuju dengan mamat meluahkan rasa tidak puas hati dia terhadap seseorang..

sal ya said...

macam-macam dah dia buat tapi still tak ada tindakan kan?

dia jadik macam tu sebab tak ada tindakan. macam tak ada orang berani sentuh dia la.

tapi kalau dah jadik macam tu salah siapa?

rasp said...

something shud be done sblum melarat...

Unknown said...

ish...ish...
xsesudah dak busuk nih...

Anonymous said...

klulh masih wujud hidup zaman rimbe,dh lame kena tembak dgn snpg gajah !

velasrizal said...

kadang2 rasa nk tembak dia dgn senapang gajah..

Emas Ganti Duit Raya ?

Abdul Halim Ismail said...

ini bukan kali pertama dia buat kes. Mengikut utusan yang aku baca semalam, memang dia sengaja buat macam tu untuk tarik perhatian

ardinihumaira said...

hambat dia duk negara lain.. dushhh

@Fr!^n@ said...

salam ramadhan semua.
Semoga dengan kejadian seperti ini dijadikan iktibar, ade sebab kenapa semua ini berlaku..

fikir-fikirkan lah..

Kita tak selalunya betul.. bila da terhantuk baru la kite nak terngadah :)

To Namewee mungkin you are right at certain point tp ini bukan cara orang Malaysia menyuarakan isi hati.. huu

Unknown said...

dia ni mmg melampau..silap2 kena buang warganegara kang..