Pages

Thursday, September 16, 2010

Abby vs Norman & Memey

Baca cerita kat kosmo hari ni mengenai "Abby tuntut hutang kahwin" dan "Abby lepas geram - Norman". Sebelum ni Norman dan Memey sudah bertunang, tak sangka secara kebetulan timbul pula kes yang mana Norman didakwa tidak bayar wang hantaran RM11,111.11 kepada Abby.

Lepas tu Abby claim that "bayangkan sepanjang dua tahun bercerai, cuma sekali dia memberikan wang tunai kepada saya untuk kegunaan anak-anak kami, itupun sebanyak RM200."

Norman membalas "kami sebenarnya sudah mencapai persetujuan untuk menggunakan wang hantaran itu sebagai perbelanjaan perkahwinan. Jadi mengapa timbul isu ini sekarang?"

Di samping itu, Norman berkata "Setiap bulan saya beri wang dan tidak pernah mengabaikan kasih sayang saya terhadap anak-anak."

Entahlah satu kata macam ni, satu lagi kata macam tu, apa-apa pun kita tak tahu apa cerita yang sebenar, yang penting cuba selesaikan dengan cara bijaksana dan elakkan mengaibkan maruah sesama kita. Yang lepas biarlah lepas dan jangan lupa tanggungjawab kita even selepas bercerai kepada anak-anak.

12 comments:

Lagenda said...

Itulah..masa syg, semuanya manis.

Sepatutnya, cerita2 begini, tutup je buku. Masing2 dah pilih haluan masing2 kan. Buat apa diungkit lg.

Chenta said...

Kesemuanya PELAKON HEBAT !

shahrilhakime said...

errmmmm....bile udah tak sukeee....ade je bende deme koghek......tapi kalo betoi le ceghite Abby tuu....Norman bayo le......walopon kamu dgn Abby bukan lagi laki bini....tapi anak2 tu still tanggungjawab kamu Norman......jgn dah dapat daun mude.......lupe semueee....

ISZA said...

deme ni.. nampak ego dua2nya..

Anne said...

Kesian kat anak2 dorang. Dah la sume comey2.

Wahida Nasution Thakhrim said...

baru sekarang nak minta.. masa tengah panas isu cerai dulu, kenapa tak timbulkan hal ni..

aSmiDar said...

eiii..xpatut btol kalau btol...huhu

Artzam said...

Entahlah...jadikan ia pengajaran untuk kita..
Latest Update >>>
Saya Bangga Jadi Anak Malaysia

izee said...

yerr btul tu..kta xthu d sebalik sebenar kisah diorang..uhuuuu ...but terserlahh skrg..btl la spekulasii yg t'jd dhulu antra diorng..

Relevan said...

Arh..sudah..tuntut pula hutang hantaran..jadi sila lah en norman bayar yer..

Nur -al- Ain said...

mcm2 la dunie artis ni.. pelik

azzey said...

Sharinginfoz: sebaiknya yg lepas biarkan lepas.....jgn mengaibkan sesiapa....anggap sume dah takdir.Dgn itu hati kita lbh mudah berlapang dada....insyaallah...