Pages

Tuesday, September 28, 2010

Liga Juara-Juara 2010/2011: Partizan 1-3 Arsenal

UPDATE: Arsenal menang 3-1 menentang Partizann di gelanggan lawan dengan gol jaringan Arshavin (15'), Chamakh (71') dan Squillaci (82'). Manakala gol Partizan mendapat gol saguhati hasil jaringan Cleo di minit ke 33. Dengan kemenangan ini Arsenal menduduki tangga teratas Kumpulan H.

Keputusan UEFA Liga Juara-Juara (terpilih)
  • Chelsea 2-0 Marseille

  • Basel 1-2 Bayern

  • Auxerre 0-1 Real Madrid

  • Ajax 1-1 Milan

PREVIOUS ENTRY
Perlawanan bola sepak liga juara-juara diteruskan untuk game yang kedua. Dalam kumpulan H, Arsenal akan bermain di Partizan, Belgrade. Ianya akan disiarkan secara langsung melalui Astro Star Sports channel 813, 29 September 2010, 2.40 pagi (waktu Malaysia).

Sebelum ini Arsenal menang menentang Braga dengan 6-0 di the Emirates, London. Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Fabregas (2 gol), Vela (2 gol), Arshavin (1 gol) dan Chamakh (1 gol). Partizan telah kalah 0-1 kepada Shakhtar di gelanggan lawan pada perlawanan pertama.

Walaupun, Arsenal nampak tidak menghadapi masalah besar untuk menang, mereka perlu berhati-hati setelah kalah 2-3 kepada West Brom di the Emirates. One more thing, Arsenal kehilangan beberapa pemain utama, Fabregas, Walcott dan Van Persie akibat kecederaan.

Di samping itu, Wenger, pengurus Arsenal perlu berhati-hati dengan perlawanan ini dengan membuat percaturan yang baik bagi mengelakkan kecederaan kerana hujung minggu nanti, Arsenal akan berkunjung ke Chelsea di dalam Liga Perdana Inggeris.

Mengikut goal.com, barisan kemungkinan perlawanan Arsenal vs Partizan adalah seperti berikut:

Partizan: Stojkovic; Milikovic, Savic, Krstajic, Lazevski; Tomic, Petrovic, Medo, Ilic; Cleo, Iliev.

Arsenal: Fabianski; Eboue, Djourou, Koscielny, Clichy; Nasri, Denilson, Wilshere; Rosicky, Chamakh, Vela.

4 comments:

velasrizal said...

partizan? blh makan lah

shahrilhakime said...

game ni rasenye takde amsalah pade Arsenal..... walopon main tempat lawan... predik 2 - 0 jee....

Relevan said...

Boleh makan..tapi berhempas pulas juga..

fairus said...

Go MU Go.. :)