Pages

Tuesday, May 31, 2011

Kadar @Tarif Elektrik Naik, Pemegang Saham Tenaga Senyum Saham Naik!!!

Ingat lagi tak ngan entri kadar @tarif elektrik naik 7% semalam? Seperti yang ramai expect, saham Tenaga naik pada hari ini. Pada pukul 9.30 pagi (mengikut Bursa Malaysia) harga saham Tenaga naik 62 sen kepada RM7.14.

Kenaikan ini adalah sebanyak 9.5%, memang banyak kan? Just imagine kalau seorang pelabur ada saham Tenaga bernilai RM10,000, hari ini dah untung RM950. Kepada yang ada unit trust pun dapatlah kesan ke atas kenaikan ini.

So siapa yang untung? By the way, kepada pengguna elektrik di bawah RM77 sebulan tak perlu risau sebab tiada kenaikan tapi harap-harap syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan pengguna tidak menaikkan harga.

Gambar Kahwin Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali @Emi (Isteri ke-4)

Tahniah diucapkan kepada Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali yang telah berkahwin hari ini. Berikut adalah beberapa keping gambar perkahwinan Salih Yaakob dan isteri ke-4 beliau, Samihah Sheikh Ali yang diambil dari Sinar FM (Pernikahan Salih Yaccob dan Samihan Sheikh Ali):

Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali bergambar bersama setelah bergelar suami isteri. Kegembiraan terpancar di wajah pasangan ini.

Salih Yaakob sungguh segak berpakaian putih dan berkasut hitam duduk di atas sofa putih.

Samihah Sheikh Ali pula sungguh happy setelah berjaya menambat hati Salih Yaakob dan menjadi isteri yang ke-4.

Salih Yaakob duduk di atas bantal putih sebelum majlis akad nikah. Kalau tak silap dengan 2 kali lafaz, Samihah Sheikh Ali @Emi sah menjadi isteri beliau.

Salih Yaakob mencium dahi isterinya, Emi setelah tamat majlis akad nikah.

Samihah Sheikh Ali mencium tangan suami tercinta. Semoga rumahtangga mereka diberkati Allah.

Samihah Sheikh Ali @Emi bersama barang hantaran. By the way, hantaran yang diterima oleh Emi adalah sebanyak RM25,000.

Credit sekali lagi kepada Sinar FM atas gambar-gambar.

Monday, May 30, 2011

Kadar @Tarif Elektrik Naik 7%


Mengikut The Star, bermula 1 Jun 2011 (Rabu) ini, kadar @tarif elektrik akan naik sebanyak 7%. Apa-apa pun, kenaikan elektrik ini tidak membabitkan 75% daripada pengguna domestik. Kita tengok nanti sama ada kita tergolong daripada yang 25% atau tidak?

Kalau tak silap kepada pengguna @bil bawah RM77 sebulan, tiada kenaikan. Tapi apa yang kita risaukan, syarikat-syarikat akan pass kos kepada pengguna. Kita nantikan apakah kesan kepada rakyat.

Sama-sama le kita membantu untuk mengurangkan beban negara. He he he, kalau tak silap kadar ini lebih murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Sebab-Sebab Tidak Puas Hati Dengan Pekerjaan

credit: fizzfairuzz

Adakah anda pernah mengalami rasa tidak puas hati dengan pekerjaan? Kekadang perkara ini berlaku. So nak share sebab-sebab yang mungkin menjadi pendorong rasa tidak puas hati:
  • Tugasan dan peranan yang diberikan kat tempat kita kerja. Ada yang suka dengan cabaran rasa sungguh bosan apabila mendapat kerja yang simple-simple aja. Ada juga yang tension sebab asyik kerja dapat kat kita aja, orang lain tak banyak sangat diberi kerja. Mungkin juga sebab asyik buat kerja yang sama aja bertahun-tahun

  • Boss dan rakan kerja yang tidak kena dengan cara kita. Opppsss, takkan nak suruh orang lain suka dengan cara kita kan tapi itulah hakikatnya sebagai contoh boss yang suka pilih kasih atau favour sesetengah pekerja lain. Mungkin juga sebab rakan kerja yang malas atau asyik nak ambil credit daripada apa yang kita buat

  • Gaji dan manfaat kerja yang lain. Ini pun penting juga sebab ada yang tak puas hati terutamanya golongan generasi Y, sorry ya. Memang bila kerja yang pertama sekali akan tanya, nak bayar gaji berapa? So kalau sikit-sikit memang nak buat kerja pun malas. Kena juga tengok benefits kat tempat kerja tu, sebagai contoh jumlah cuti, bonus, peluang melanjutkan pelajaran dan macam-macam lagi
Itulah sedikit sebanyak, memang ada banyak lagi. So kalau tak puas hati dengan kerja, apa perlu anda buat? Buat dek aja le, teruskan hidup macam biasa ataupun ada yang sanggup tukar kerja or berhenti? Fikir-fikirkan le. Tak semua benda dalam dunia ni boleh buat kita happy dan tidak semua benda yang happy2 tu baik untuk kita.

Sunday, May 29, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan.

Keputusan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan:
  • Kelantan menang tipis 1-0 lawan Pahang di tempat sendiri. Kemenangan ini sangat bermakna untuk Kelantan memandangkan hanya tiga permainan tinggal sebelum tamatnya persaingan Liga Super musim ini. Jaringan ketua pasukan Piya mencerahkan peluang untuk Kelantan berada di persada liga manakala Matyo gagal menyempurnakan sepakan penalti

  • Terengganu kalah tipis 0-1 kepada Kedah di laman sendiri

  • Selangor pula mendapat kemenangan selesa di tempat sendiri dengan 2-0


Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan:
  • Kelantan merampas kedudukan tahkta daripada Terengganu setelah menang 1-0. Setelah bermain 23 permainan, Kelantan mengumpul 47 mata

  • Terengganu yang kalah berkongsi mata dengan Kelantan tetapi berada di tempat kedua walaupun mempunyai perbezaan gol yang sama TETAPI Kelantan mempunyai kelebihan jaringan yang lebih besar iaitu 46 berbanding Terengganu 45

  • Selangor mengekori rapat dengan hanya 2 mata berbeza. Nampaknya persaingan tempat pertama sangat sengit dan kemungkinan besar kedudukan akan ditentukan sehingga pada perlawanan terakhir

Keputusan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 setelah tamatnya separuh masa pertama kecuali Harimau Muda vs Sabah (tamat permainan):
  • Kelantan vs Pahang: Kelantan mendahului Pahang dengan 1-0. Kemenangan untuk malam ini sangat-sangat penting buat tuan rumah bagi memberi saingan yang sengit bagi menjadi juara liga

  • Terengganu vs Kedah: Pendahulu liga, Terengganu ketinggalan 0-1 kepada Kedah di gelanggan sendiri. Jika keputusan kekal, kemungkinan besar, Terengganu akan berada di tempat kedua, apa-apa pun bergantung kepada keputusan Kelantan vs Pahang

  • Selangor vs Negeri Sembilan: Pasukan yang berada di tempat ketiga, Selangor yang ketinggalan 5 mata jika dibandingkan dengan Terengganu perlu menang malam ini bagi mencerahkan peluang untuk bersaing merebut tempat pertama. Kedudukan semasa seri tanpa jaringan

Saturday, May 28, 2011

Barcelona Lawan Manchester United: 29 Mei 2011 (Final Liga Juara-Juara)

Update:
  • Barcelona menang dengan 3-1. Gol-gol Barca dijaringkan oleh Pedro, Messi dan Villa manakala Man Utd mendapat gol sulung daripada Rooney

Pagi esok, 29 Mei 2011 (Ahad) pukul 2.45 pagi akan berlangsung perlawanan akhir Liga Juara-Juara di antara Barcelona lawan Manchester United. Ianya boleh ditonton secara live di Astro ESPN channel 812.

Memang perlawanan sangat sengit, kedua-dua pasukan ini telah pun ditabalkan menjadi juara liga di masing-masing, Liga Perdana Inggeris dan La Liga.

Kesebelas utama Barcelona mempamerkan pemain-pemain yang sangat baik dengan menggunakan strategi 4-3-3. Pemain-pemain Barcelona yang saya kagum adalah Messi, Villa, Iniesta, Xavi, Puyol dan Pique.

Manchester United @4-4-2 tidak kurang hebatnya walaupun sebagai pasukan underdog, of course penyerang Rooney dan Hernandez bakal mengempur pertahanan Barcelona. Sama-samalah kita tunggu keputusan Manchester United lawan Barcelona pagi nanti.

Credit: line-ups (Daily Mail)

Siapakah Tersingkir Minggu Ke-9 @Maharaja Lawak: Balas


Setelah 9 minggi Maharaja Lawak disiarkan. Kita tertunggu-tunggu, siapakah yang tersingkir? Nampak gayanya Balas mengakhiri perjalanan di dalam Maharaja Lawak. Tidak dinafikan, Balas banyak membuat lawak ala-ala double meaning @lucah.

By the way, semasa pengumuman penyingkiran semalam, tiga peserta yang berada di kedudukan terbawah adalah:
  • Balas

  • R2

  • Sepah

Opppsss, minggu depan ke-10 belum lagi final ya, ada lagi tiga minggu @Pulau Pinang, Pahang dan Johor, atas permintaan ramai?


Semasa entri ini ditulis, kedudukan terkini undian mempamerkan bahawa Jozan berada di hadapan dengan 37% manakala yang berada di kedudukan terbawah @kelima ialah R2 dengan 8%.

Friday, May 27, 2011

Jom Makan Ikan Siakap Tiga Rasa di Santai Place Restaurant @Gombak Utara

Terasa nak makan ikan siakap dan tomyam? Apa kata singgah di Santai Place Restaurant yang bertempat di Batu 8 1/2, Jalan Gombak, Gombak Utara, Selangor. Restoran ini dibuka bermula1 petang sehingga 2 pagi. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh call 017-298 6681 atau 013-271 2600.

Kat area Gombak Utara ni, banyak restoran, kalau tak silap ada 5 antaranya, Wira's Seafood dan Deen's Seafood. By the way, Restoran Santai ini terletak di bahagian kiri, hujung sekali.

Jom kita bermula dengan ikan siakap tiga rasa @RM28.00. Anyway harganya ini berdasarkan harga pasaran semasa. Memang tidak menghampakan, dengan ikanya yang garing dan isi kat dalam sungguh lembut dan mempunyai rasa. Tidak seperti di sesetengah tempat yang kat dalam tawar dan terlampau garing @Restoran Sri Niara. Memang ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Oppsss sudah 4 rasa, anyway pedas tak termasuk dalam rasa ya! So rating memang superb at 8.8 out of 10. Memang kalau exam dah dapat A.

Menu kedua ialah tomyam ayam @RM4.50. Nampak memang sedap dengan ayam dimasak empuk dengan bahan-bahan lain seperti serai, bawang, tomato, daun limau purut dan macam-macam. Tetapi sedikit kecewa akibat rasanya masam yang lebih menyerlah jika dibandingan dengan rasa-rasa yang lain. Oleh yang demikian, rating ialah 7.8 setaraf dengan kat Madam Lim tetapi tidah sesedap kat Rumah Thai.

Seterusnya sotong tepung goreng @RM4.50. Sotong diliputi oleh tepun dan digoreng. Ianya memang garing tetapi tepung tu agak tebal. Sebelum ini makan kat sini lagi sedap memang garing dan sotongnya memang terasa. Tapi overall boleh tahan @8.0 lebih baik daripada kat Deen's Seafood tapi kalau nak sedap perlu cuba kat Madam Lim. Satu lagi sos lada kat Santai manis dan kurang pedas. Kalau guna sos lada botol yang biasa kita makan lagi bagus.

Telur goreng tak banyak yang saya nak cakap. Untuk dua biji @RM2.40 bolehlah. Kalau siapa yang suka telur goreng yang garing ini bukan tempatnya. Tapi memang just OK untuk makan bersama dengan tomyam. Menambah lagi rasa untuk tomyam. Memang satu "gandingan" yang perlu bagi peminat tomyam.

Air buah-buahan kat sini memang berbaloi pada harga RM2.50-RM3.50 untuk setengah liter. Jus buah ni memang sungguh pure especially air mangga. Memang perlu dicuba kalau makan kat sini. Tidak seperti di tempat lain yang harganya mahal dan air sedikit tawar ataupun dicampur dengan air gula yang berlebihan.

Untuk menu-menu di atas dan nasi putih 3 plates, semuanya RM49.00. Memang quite reasonable, ikan siakap, tomyam, sotong tepung, telur dadar dan air.

Dari segi pemadangan, memang quite cantik ada mini "air terjun" yang ada beberapa ekor ikan kap dan kura-kura. Kalau bersama dengan anak-anak memang sudah pasti mereka akan tertarik dengan hiasan ini.

Kat sini memang ada dua bahagian tempat makan, kat bawah dah kat bahagian atas. Bezanya kat atas ada TV.

Thursday, May 26, 2011

Ada Facebook, Jom Join Contest BFF eightdesignsboutique: Hadiah Keseluruhan RM4,680

Memang betul, jika anda mempunyai facebook, apa kata join contest yang dianjurkan oleh eightdesignsboutique @ MY BFF Contest 2.

By the way, sebelum saya bercerita mengenai Best Friend Forever (BFF) contest 2, jom kita tengok juara BFF musim lepas iaitu Nur Ashikin Haron yang mendapat 1,403 likes. Nur Ashikin membawa balik:
  • Penginapan 2 hari 1 malam di Crowne Plaza Mutiara KL termasuk lunch atau dinner untuk 2 orang bernilai RM640
  • Wang tunai bernilai RM150
  • Shopping voucher daripada eightdesigns bernilai RM150
Memang sungguh lumayan dengan hanya menghantar gambar dan suruh your friends "like-like". Tapi jangan risau BFF kembali lagi dengan hadiah lagi lumayan. Jom kita tengok hadiahnya.

Untuk BFF Contest 2, 73 pemenang akan dicari dan hadiah-hadiahnya adalah antaranya:
  • Juara: Hadiah keseluruhan bernilai RM1,780 termasuk penginapan 3 hari 2 malam di Crowne Plaza Mutiara KL
  • Naib Juara: Hadiah keseluruhan bernilai RM1,000 termasuk penginapan 2 hari 1 malam di Crowne Plaza Mutiara KL
  • Tempat ketiga: Hadiah keseluruhan bernilai RM700 termasuk penginapan 2 hari 1 malam di Crowne Plaza Mutiara KL

So macam mana nak menang hadiah di atas? Baca betul-betul syarat-syarat di atas:
  • Bagi yang dah menang dalam BFF Contest dulu tak boleh masuk ya

  • Hantar perkara-perkara berikut ke service@edz.com.my:
    • 1 gambar sopan anda bersama BFF pompuan (tak boleh bersama suami atau kawan lelaki ya). Maknanya bersama-sama kawan-kawan pompuan aja le
    • keterangan ringkas gambar
    • nama penuh & samaran
    • nombor telefon
    • link facebook
    • alamat
    • URL blog (jika ada)

  • Tarikh untuk hantar gambar adalah dari 25 Mei hingga 7 Jun 2011. Jangan risau anda masih ada lebih dari 10 hari ya

  • Selepas hantar tunggu dan jika gambar tersebut dipilih, cepat-cepat suruh kawan-kawan untuk "like" gambar tersebut dalam facebook eightdesigns @BFF contest 2 nanti. Tarikh "mengundi" ialah dari 9 Jun hingga 9 Julai 2011
So apa lagi jangan lepaskan peluang. Jangan lupa ya sebelum hantar sebarang gambar ke service@edz.com.my baca dahulu syarat-syarat penyertaan di MY BFF Contest 2. All the best semua.

Maklumat mengenai http://www.eightdesignsboutique.com:
  • Syarikat yang diberbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salah satu daripada shopping blog yang terkenal di Malaysia
  • Banyak pakaian yang terkini boleh didapati antaranya cardigan, tops, shawl, t-shirt, selendang dan tudung
  • Mempunyai kedai di Bandar Baru Bangi, Selangor dan Kota Bharu Trade Centre Kelantan
  • Penghantaran yang pantas

Wednesday, May 25, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa: Liga Super 25 Mei 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa: Liga Super 25 Mei 2011:

Keputusan Terkini @Semasa: Liga Super 25 Mei 2011:
  • Kelantan tewas kepada T-Team dengan 1-2 setelah Indra Putra Mahayuddin (T-Team) pada minit-minit terakhir dalam masa kecederaan. Inilah kekalah pertama Kelantan dalam Liga Super di tempat sendiri

  • Selangor juga kalah 1-2 kepada Harimau Muda A di tempat sendiri

  • Terengganu berkenduri gol setelah membelasah Pahang dengan 5-0 di hadapan penyokong sendiri

Kedudukan Terkini @Semasa: Liga Super 25 Mei 2011:
  • Terengganu menakluki tangga teratas Liga Super buat pertama kali dengan mengumpul 47 mata setelah bermain 22 games

  • Kelantan yang kalah malam ini, jatuh ke tangga kedua dengan 44 mata iaitu 3 mata di belakang Terengganu, maknanya Kelantan perlu menang pada perlawanan akan datang dan mengharapkan Terengganu kalah bagi mencerahkan peluang untuk merampas kembali. By the way, perbezaan jaringan berpihak kepada Terengganu 27 vs 25

  • Nasib malang buat Selangor setelah kalah buat kali ketiga berturut-turut dan berada di tangga ke-3 dengan 42 mata. Adakah kedudukan pengurus pasukan, K. Devan bakal terjejas dengan kekalah ini?

Kelantan vs T-Team: Liga Super 25 Mei 2011

Update: KELANTAN 1-2 T-TEAM (Keputusan dan Kedudukan Terkini)
  • Permainan tamat dengan Kelantan 1-2 T-Team, rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri lebur malam ini

  • 90++": Indra (T-Team) menjaringkan gol menjadikan Kelantan 1-2 T-Team

  • 85": Nurul Azwan Roya menjaringkan gol untuk Kelantan dan keputusan terkini Kelantan 1-1 T-Team

  • Update: 80": I cannot say more, Terengganu score lagi menjadikan 5-0

  • Update: 65": Harimau Muda A 2-1 Selangor, jaringan Safiq Rahim

  • Update: 62": Harimau Muda A 2-0 Selangor

  • Update: 58": Terengganu 4-0 Pahang. Jika keputusan ini berterusan, dan Kelantan dan Selangor kalah, Terengganu bakal menjadi pendahulu liga baru!!!!

  • Update: 55": Terengganu mengamuk dengan satu gol lagi jadi Terengganu 3-0 Pahang

  • Separuh masa pertama dimulakan

  • Masa tambahan separuh masa pertama menyaksikan Badrul Hisani (T-Team) menjaringkan gol dan sehingga waktu tamat Kelantan 0-1 T-Team. Keputusan:
    • Sabah 2-1 Felda United (minit ke-67)
    • Johor FC 0-0 Kedah
    • Kelantan 0-1 T-Team
    • Kuala Lumpur 1-0 Negeri Sembilan
    • Perlis 0-0 Perak
    • Selangor 0-1 Harimau Muda
    • Terengganu 2-0 Pahang

  • Update: 41": Harimau Muda A mendahului Selangor dengan 1-0. Belum ada apa-apa jaringan di Kota Bharu

  • Sudah 35 minit berlalu, Kelantan banyak menguasai permainan dan banyak serangan yang dilakukan oleh Kelantan tetapi masih gagal membolosi gawang T-Team

  • Update: minit 22": Terengganu 2-0 Pahang. Kelantan dan T-Team masih 0-0 dan Selangor dan Harimau Muda A seri tanpa jaringan

  • Update: Terengganu mendahului Pahang pada minit ke-15

  • Permainan baru sahaja dimulakan

  • Untuk live boleh dengar di radiotrwfm

Hari ini, 25 Mei 2011 perlawanan bola sepak Liga Super akan diteruskan lagi untuk perlawanan yang ke-22 daripada 26. Sudah tentu ianya sangat menarik minat semua penyokong-penyokong bola sepak tanah air.

Buat masa ini, pasukan yang bakal bergelar juara liga kemungkinan besar adalah pendahulu liga, Kelantan yang mengumpul 44 mata, Terengganu 44 mata dan Selangor 42 mata.

Kelantan akan menentang T-Team di Kota Bharu manakala Terengganu akan menunggu kunjungan Pahang dan Selangor juga bermain di tempat sendiri, Shah Alam vs Harimau Muda A.

Jadual perlawanan malam ini pada pukul 8.45 malam melainkan Sabah 8.15 malam:
  • Kelantan vs T-Team

  • Selangor vs Harimau Muda A (live @Astro Arena channel 801)

  • Terengganu vs Pahang

  • Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan

  • Johor FC vs Kedah

  • Sabah vs Felda United

  • Perlis vs Perak
Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan-perlawanan bola sepak Liga Super @25 Mei 2011 malam ini.

Hati-Hati Pemandu Kereta: Kes Simbah Asid

credit: josheen

Mengikut The Star, satu lagi kes simbahan berlaku berdekatan dengan Pasar Seni @Central Market. Mangsa adalah seorang wanita berumur 26 tahun memandu kereta. Kejadian simbahan itu berlaku pada pukul 7.30 pagi, Jumaat (20 Mei 2011).

Semasa mangsa memandu, seorang lelaki bermotosikal mengetuk cermin pintu kereta dan wanita tersebut tidak memperdulikan dan terus memandu. Lelaki yang menaiki motosikal tersebut terus membuka tudung botol mineral dan menyimbah sejenis cecair berwarna merah jambu @pink ke cermin hadapan kereta @windscreen.

Kes-kes sebelum ini boleh dibaca di "Hati-Hati dengan Penyimbah Asid di Kuala Lumpur dan Selangor".

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penyimbah asid boleh menyalurkan kepada polis di Rakan Cop @telefon (03-2115 9999) atau SMS di POLISKL at 32728.

Tuesday, May 24, 2011

Arsenal vs Malaysia: Stadium Nasional Bukit Jalil @13 Julai 2011

Malaysia vs Arsenal 2012 (Malaysia 1-2 Arsenal)
 
Update:

  • Gambar sekitar perlawanan Malaysia vs Arsenal: Malaysia kalah 0-4
  • Pada tahun 1975, keputusan adalah Malaysia 2-0 Arsenal manakala tahun 1999, Malaysia 0-2 Arsenal. Tahun 1999 menyaksikan stadium penuh dengan 80,000 peminat
  • Harga tiket adalah RM58, RM68, RM108 dan RM388 (terhad VIP).
  • Bagi yang membeli tiket dari 27 Mei sehingga 5 June, satu pas diberi untuk melihat pasukan Arsenal membuat latihan
  • Tiket boleh dibeli di Nike stores yang terpilih dan Ticketpro outkets seluruh Malaysia atau call talian Ticketpri 013-7880 7999 atau book online www.ticketpro.com.my
  • Sedikit maklumat lanjut mengenai tiket perlawanan Arsenal lawan Malaysia:


Berita terkini daripada website Arsenal.com, skuad kebangsaan Malaysia akan menentang skuad 11 utama Arsenal pada 13 Julai 2011 (Rabu) pada pukul 8.45 malam. Ianya akan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Perlawanan ini adalah salah satu daripada perlawanan persahabatan menjelajah Asia sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris musim hadapan. Ini merupakan perlawanan yang ke-4 menentang Malaysia dan kali terakhir Arsenal bermain di Malaysia adalah pada tahun 1999.

Kepada semua peminat Arsenal, jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi pemain-pemain kegemaran seperti Fabregas, Van Persie, Andrei Arshavin, samir Nasri, Walcott, Wilshere dan ramai lagi.

Jangan lupa perlawanan persahabatan jelajah Asia antara Malaysia vs Arsenal pada 13 Julai 2011 @8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. By the way, harga tiket akan diumumkan kelak.

Sekejap Habis Sekejap Ada: Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Salam dan selamat tengah hari. Ingat lagi tak semalam mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Habis Dilanggan? So call salah satu branches, diaorang cakap memang dah habis tapi kalau pi branch, maybe ada lagi, kot-kot ada orang jual. Alamak susahlah kalau pi cawangan, then tak ada, buang masa pula.

Diaorang cakap tak boleh check kat dalam sistem. Kena pi kat kaunter then "try and error" le, kalau transaction tu masuk maknanya ada le. So kebetulan masa pi ada le pula. OKlah, baik masuk kat AHB jika dibandingkan dengan pelaburan Mudharabah @fixed deposit (FD) yang menawarkan pembahagian keuntungan sebanyak 2.85% - 3.35% setahun.

So keluarlah duit FD yang dah matang kat bank then masuk dalam AHB @expected dividend melebihi 6.0% setahun. Yang penting ianya berlandaskan shariah.

Satu lagi duit kat FD tu untuk sementara waktu, kalau ada pelaburan yang lebih baik dengan risiko yang berpatutan boleh le dipindah.

Apakah Tips Untuk Memperbaiki Mata Pelajaran Bahasa Melayu?

Semalam Danish ada ujian Bahasa Melayu, darjah tiga. So go through kertas soalan Bahasa Melayu (pemahaman). Dalam banyak-banyak soalan, tertarik dengan soalan nombor 28 iaitu:

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

"Pak Cik Halim menambat kambing itu pada sebatang pokok." Jawapan yang Danish buat ialah:
  • Pak Cik Halim menambat sebatang pokok pada kambing itu.
Itulah kenyataan yang perlu saya terima yang jawapan tersebut salah dan nak tergelak. Tapi tak apa, kena usaha lagi untuk tingkatkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Banyak gak beli buku cerita dan latihan tapi banyak lagi perlu diperbaiki.

Kalau ada tips macam mana nak tambahkan pengetahuan dalam Bahasa Melayu, sila-silalah share kat sini ya. Thanks in advance.

Monday, May 23, 2011

Meatball IKEA Halal ke Tak?

credit: eyriqazz

Ramai yang mempekatakan mengenai status halal or haram metball kat IKEA. So saya cubalah google nak cari mengenai pengesahan. So terjumpalah beberapa blogs yang menulis mengenai meatball IKEA halal or haram:
  • eyriqazz: IKEA meatball tak halal?|Saya tertipu...

  • teratakarmo: IKEA meatball halal atau haram, jawapan setakat ini mengatakan ia halal

  • edaolola: IKEA meatballs tak halal? erkkkk

  • akisferrero: IKEA meatballs tak halal?

  • hilalazmi: Meatball IKEA tiada sijil halal
Apa-apa pun, saya tak nak komen sama ada ianya halal tak halal. Lebih baik kita menunggu pengesahan, kalau rasa tak confident baik elakkan. Lagipun kalau tak silap sekarang ni food court kat IKEA ditutup.

Kadar Elektrik di Jangka Naik?

Mengikut Theedgedaily, Kabinet akan membuat keputusan sama ada menaikkan kadar elektrik ataupun kekal pada kadar sekarang akan diketahui pada hari Rabu ini (25 Mei 2011).

Kita tunggu dan lihat sama ada ianya akan dinaikkan ataupun tidak. Apa-apa pun, "ianya tidak akan membebankan rakyat". Itu sudah pasti kan?

Sekarang ni kos hidup semakin tinggi dan gaji hendaklah juga dinaikkan bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup. Maklumlah negera kita nanti ingin menuju negara yang berpendapatan tinggi. So apa komen semua mengenai hal kenaikan elektrik ini? Oppsss, jangan kita buat spekulasi ya, the best thing to do now is wait for the clarification.

Lagi berita menarik ialah mengenai pengurangan subsidi dijangka diumumkan juga minggu ini.

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Sudah Habis Dilanggan

Sebelum ini ada buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan dividen pertama yang diumumkan pada bulan April 2011 ialah sebanyak 2.17% untuk 4 bulan ataupun kalau kita kira untuk setahun ialah 6.5%.

Selepas ini dividen akan dibayar bagi tempoh setiap 6 bulan. Guess what ada call customer service kat Maybank bertanyakan mengenai AHB dan ternyata ianya sudah habis dilanggan. So kalau nak tambah tak bolehlah. Pegawai tu cakap, memang dah sebulan yang lebih sudah habis.

Lambat betul maklumat yang saya dapat. Since RM1 bilion sudah habis, hujung tahun nanti akan dibuka kembali @tambahan dana sebanyak RM500 juta.

So kepada yang berminat, kenalah tunggu hujung tahun, manalah tahu kot-kot dapat bonus bolehlah tambah. Satu lagi yang penting AHB ni berlandaskan syariah dan menawarkan dividen yang kompetitif.

Penting Ke Jadi Pelajar Cemerlang?

Penting ke jadi pelajar yang cemerlang? Sebagai contoh Cumulative Grade Point Average (GCPA) 4.0 or 4 flat dalam peperiksaan. Ramai juga yang bekerja keras @ulangkaji pelajaran semata-mata untuk mendapat keputusan yang sangat cemerlang semasa di universiti.

Disebabkan perkara ini, mereka tidak ada masa untuk bergaul dengan orang lain dan lebih kepada menjadi "ulat buku".

Bagi saya perlu ada keseimbangan di antara pelajaran dan benda-benda lain. Kat institusi pelajaran, bukan hanya kita belajar untuk akademik tetapi meningkatkan pengetahuan dalam bidang lain, i.e. pergaulan, komunikasi, menyelesaikan masalah, sukan dan banyak lagi.

So secara senangnya, dapat keputusan yang baik penting bagi mendapatkan "kunci" bagi membolehkan kita "shorlisted" @senarai pendek dalam temuduga bagi mendapatkan kerja. Kalau dah kerja orang tak kisah kita dapat 4.0 ke, 3.80 ke atau 3.20 ke. Yang penting boleh buat kerja atau tidak. Tapi janganlah pula belajar sambil lewa then dapat CGPA yang teruk, nanti susahlah. Rasanya 3.0 to 3.49 ok kot, apa pandangan semua?

Sunday, May 22, 2011

Keputusan dan Kedudukan Semasa @Terkini: Liga Super 22 Mei 2011

Pembetulan:
  • Kelantan seri 2-2 menentang Harimau Muda A memandangkan satu jaringan pada minit akhir perlawanan oleh Norshahrul Idlan Talaha tidak dikira @offside. Walaubagaimana pun, Kelantan masih berada di kedudukan teratas berkongsi 44 mata dengan Terengganu. Kelantan mempunyai kelebihan perbezaan jaringan 26 vs Terengganu 22 gol. Harap maklum [video @youtube (TV1 dan TV3)]

Keputusan dan Kedudukan Semasa @Terkini: Liga Super 22 Mei 2011.

Keputusan Semasa @Terkini: Liga Super 22 Mei 2011:
  • Kelantan mencatat kemenangan 3-2 di tempat lawan menentang Harimau Muda A setelah sebelum itu ketinggalan 0-1 dan 1-2. (Note: keputusan ini masih dipertikaikan sebab ada yang cakap Kelantan seri 2-2: anyway kalau seri Kelantan masih berada di tangga teratas sama point dengan Terengganu)

  • Terengganu menang selesa 3-0 vs Negeri Sembilan di tempat sendiri. Kemenangan ini menjadikan saingan liga semakin sengit

  • Selangor mencatat keputusan upset setelah kalah kepada Pahang 1-2

Kedudukan Semasa @Terkini: Liga Super 22 Mei 2011:
  • Kelantan mengekalkan kedudukan di tangga teratas setelah menang malam ini dan mengumpul 46 mata daripada 21 perlawanan

  • Terengganu melonjak naik ke tangga ke-2 mendahului Selangor dengan 44 mata

  • Selangor jatuh ke tangga ke-3 dengan 42 mata

Kelantan vs Harimau Muda: Liga Super 22 Mei 2011

Pembetulan: Kelantan 2-2 Harimau Muda A. Jaringan matyo minit2 terakhir tidak dikira sebab offside. Harap maklum. video @youtube (TV1 dan TV3)

Update: Kelantan 3-2 Harimau Muda A (live @trwfmradio)
  • Confirmed Kelantan menang 3-2 (Keputusan dan kedudukan terkini!!!)

  • Permainan tamat tapi tidak dipastikan sama ada Kelantan menang or seri (nanti dikemaskini setelah mendapat pengesahan)

  • 86": Penyerang sensasi Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua untuk Kelantan dan Kelantan masih berpeluang untuk berada di tangga teratas. Larian solo yang cantik! Kelantan 2-2 Harimau Muda A

  • 82": Pahang menambah satu lagi gol dengan Pahang 2-0 Selangor. Tinggal 8 minit lagi. Cukup selesa Terengganu untuk berada di tangga teratas setelah Kelantan dan Selangor ketinggalan

  • Harimau Muda mendahului Kelantan dengan 2-1. Terengganu bakal berada di persada liga!!! Izzaq Faris Ramlan sekali lagi menjaringkan gol

  • Perlawanan di Sabah sudah selesai dengan keputusan T-Team membawa balik 3 mata penuh setelah menang 3-1

  • 65": Terengganu 3-0 Negeri Sembilan, memang jaring banyak betul Terengganu sekarang ni, bakal menjadi pencabar kepada Kelantan dan Selangor

  • Kad kuning pertama untuk malam ini setelah Shakir (Kel) mengasari pemain Harimau Muda

  • Perlawanan separuh masa pertama dimulakan dengan Harimau Muda membuat pertukaran di mana Wan Zack Haikal dimasukkan menggantikan Thamil Arasu

  • Keputusan separuh masa pertama
    • Kelantan 1-1 Harimau Muda A
    • Felda United 0-1 Perak
    • Johor FC 1-1 Perlis
    • Kedah 0-0 Kuala Lumpur
    • Pahang 1-0 Selangor
    • Terengganu 1-0 Negeri Sembilan
    • Sabah 1-3 T-Team (sudah minit ke-75)

  • 31": Kelantan menyamakan kedudukan hasil jaringan Chanturu

  • 32": Pahang 1-0 Selangor, Terengganu 1-0 Negeri Sembilan. Jika keputusan untuk 3 pasukan teratas kekal, nampak gaya Terengganu bakal berada di persada liga buat kali pertama

  • 14": Harimau Muda A mendahului Kelantan dengan 1-0 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan
Previous Entry
Hari ini, 22 Mei, perlawanan bola sepak Liga Super diteruskan lagi untuk perlawanan yang ke-21 daripada 26. Sudah pastinya perlawanan pasukan-pasukan yang berada di kedudukan 3 teratas, Kelantan, selangor dan Terengganu menjadi perhatian ramai.

Pukul 8.45 malam ini, pendahulu Liga Super, Kelantan akan menentang Harimau Muda di tempat lawan, Stadium Shah Alam, Selangor. Perbezaan 1 mata menjadikan perebutan liga sangat sengit di mana, Selangor yang berada di kedudukan kedua bakal bertandang ke Pahang untuk menguatkan kedudukan.

Manakala Terengganu yang hanya dipisahkan 2 mata dengan Kelantan nampak agak selesa bermain di tempat sendiri lawan Negeri Sembilan. Sama-sama le kita tunggu keputusan terkini perlawanan Liga Super hari ini.

Perlawanan-perlawanan hari ini: (semua perlawanan pada pukul 8.45 malam kecuali Sabah @8.15 malam)
  • Johor FC vs Perlis
  • Kedah vs Kuala Lumpur
  • Terengganu vs Negeri Sembilan
  • Pahang vs Selangor
  • Harimau Muda A vs Kelantan
  • Felda United vs Perak
  • Sabah vs T-Team
Kedudukan terkini sebelum perlawanan hari ini:

Tanah Runtuh Hulu Langat: Mengorbankan 16 orang Kanak-Kanak @Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa FELCRA

Update:
  • 16 maut dan 9 selamat sehingga pukul 5.30 pagi (Ahad, 22 Mei 2011)- Berita Harian

  • Kerajaan akan memberi RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa sebagai tanda (Berita Harian)

  • Kejadian tanah runtuh @youtube: TV3, KLpos, Abuantatube


credit (gambar): The star

credit (gambar): Berita Harian

Mengikut The Star, sehingga pukul 6.20 petang, 3 orang kanak-kanak terkorban akibat kejadian tanah runtuh yang melanda Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat. 2 kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 2.30 petang hari ini, Sabtu (21 Mei 2011).

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 6 kanak-kanak lain dan lebih daripada 15 orang lain masih terperangkap dalam runtuhan.

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan tanah di Rumah Anak Yatim Hidayah, Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat selamat.

Lain-lain entries mengenai tanah runtuh Hulu Langat:
  • akudansesuatuz: Tragedi Tanah Runtuh Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat 21 May 2011

  • lizarazak: (Gambar) Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

  • joegrimjow: Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim, 24 Orang Tertimbus

Saturday, May 21, 2011

Isteri Hussein Abu Hassan | Mahyon Ismail Meninggal Dunia 21 Mei 2011

Dapat berita daripada akudansesuatuz mengenai seniwati Mahyon Ismail (isteri kepada Hussein Abu Hassan), meninggal dunia hari ini, 21 Mei 2011 pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Jenazah Allayarham Mahyon Ismail, 69 tahun disemadikan di Tanah Perkuburan Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Al-Fatihah buat Allayarham Mahyon Ismail dan semoga ditempatkan bersama-sama dengan orang yang dikasihi Allah.

Sedap Ke Nasi Ayam Jusco Wangsa Maju?

Lepas pi shopping kat Jusco Wangsa Maju, singgah kat food court kat tingkat bawah. So beli le nasi goreng ayam @RM5.30 (after tax). Menu ni ada nasi goreng, ayam roasted, sup, timun dan lada.

Secara overall OKlah then bagi rating 7.6 out of 10. Ayamnya tak begitu garing, saya suka yang garing sebab tu le just OK aja tapi kalau yang tak prefer garing mesti suka ayamnya. Lada memang ok sebab kepedasannya memang mencabar. Sup memang sedap, terasa ayamnya. But nasi goreng memang tak rasa apa sangat, yang ada sedikit pedas. Kalau makan nasi goreng saja memang tak sedap le tapi dah ada ayam dan sup bolehlah.

Kekadang bila datang Jusco Wangsa Maju then nak makan kat food court rasanya kebanyakkan menu sudah dicuba kat sini.

Friday, May 20, 2011

Sedap Ke Cerita Kongsi Sampai Kutipan Filem Lebih RM6 Juta @7 Hari

Filem Kongsi lakonan Shaheizy Sam yang ditayangkan pada minggu lepas, 12 Mei 2011 berjaya mendapat pungutan tiket berjumlah RM6.21 juta hanya bagi tempoh 7 hari. Memang hot betul filem ini.

Just bayangkan ini hanya untuk 7 hari. Jika kita bandingkan dengan filem Merong Mahawangsa hanya mencatat RM6.50 juta setelah ditayangkan hampir 1 bulan (kalau tak silap). Tak mustahil jika Kongsi ini berjaya melepasi pungutan filem Khurafat @RM8.08 juta, paling banyak untuk tahun ini.

Entahlah apa yang hebat filem ini walaupun ramai yang tak berapa suka disebabkan plot yang kabur tetapi disebabkan aura Shaheizy Sam ianya melonjak. Kepada yang pernah tengok apa pandangan mengenai filem Kongsi? (Sumber: kutipan @FINAS).