Pages

Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik Kepada RM2.30 Satu Kilo

Mengikut Bernama, harga gula naik 20 sen kepada RM2.30 bermula Selasa (10 Mei 2011) sekilogram.

"Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50)."

Mengikut Malaysiakini, harga pada 1 Januari 2010 adalah sebanyak RM1.65 per kg dan kali ini adalah kenaikan yang ke-3 dalam tempoh setahun setengah.

10 comments:

Nik Zulkhairi said...

kawe suka ayat tu 'harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.' hahaha.. i likeeeee..

faiz said...

btol ckp diana...kenapa kena banding dengan negara lai...kita kena tgk faktor2 lain dlm sesebuah negara tu...

Unknown said...

alasan paling simple nak naikkan
harga gula senang je,,,,jagalah kesihatan anda gula membunuh hahaha
letak gambar pek gula tu kudung kaki ke d macam kotak rokok tu ha kan
cakap subsidi naiklah,lain negara lagi mahal la...apa2 pun kurangkan gula dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman,,,kejap lagi harga kueh dengan minuman ikut menyusul
masam muka la korang semua,,,inflasi2

Geng Borak said...

harga minyak ron95 bila nak naik?? huh!! macam2.. semuanya nak naik..

Anonymous said...

dengan kenaikan harga gula ini..setidaknya selepas ini ramai yang sedar mereka harus mula menjaga kesihatan diri selepas ini.

Myvitrd said...

confirm lepas ni harga kuih semua naik.. air minum pon naik juga.. bawa air minaral dengan roti jelah g opis lepas ni

Zaila Mohamad said...

itulah, kenapa suka bandingkan dengan negara lain??

lepas ni mari kita pakat tengok pesta kenaikan harga minuman & makanan kerana dek gula yang naik 20 sen tu

Anonymous said...

Gula naik 20 sen boleh dimaafkan kalau kualiti ok. Tapi gula sekarang ni makin tawar. Dulu 1 kg gula boleh bancuh 1 balang air secukup rasa, sekarang 1kg 3/4 balang airnya tak berasa. Gula thai RM2.3 tapi lelbih manis dari gula msia.

mrsid said...

bro...saloh year tuh..10 may 2011 bukan 2010...

Sharinginfoz said...

dear all: thanks for your comments

mrsid: betul tu kat graf tersilap tahun, thank you