Minggu lepas pergi ke Hari Usahawan anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Sorry guys kali ini banyak gambar le pula @16 keping.
Ni persembahan yang Afiqah masuk. Dok kat belakang tak nampak jelas, cari ya yang mana satu Afiqah. By the way, kalau tak silap kelas dia dapat nombor satu untuk darjah satu.
Selepas buat persembahan, dok tengok persembahan-persembahan kelas lain le pula.
Ni antara makanan yang dijual. Macam-macam ada. Ayam goreng, keropok, kentang goreng dan nugget. Kiranya kaunter western le ni. Oppssss, keropok ni western ke?
Rojak buah pun ada, tertelan air liur terbayangkan benda alah ni.
Nak yang berat sikit, laksa pun ada. By the way, nasi lemak jangan lupa ya.
Lepas beli makanan dan minuman, apa lagi cari port untuk makan.
Yang tensionnya perangai manusia, bila dah makan takkan tak tahu nak masukkan dalam tong sampah. Hampeh betul.
Inilah kaunter yang menjadi tumpuan. Apa lagi kalau tak, yang jual spray ni.
Memang seronok betul diaorang main.
Sembur jangan tak sembur. By the way, kalau tak silap RM4.00 per bottle.
Permainan pun ada. By the way, kalau nak main ke, beli ke, kena guna kupon. Salah satu cara sekolah nak tingkatkan pendapatan untuk kegunaan murid-murid.
Danish tak ketinggalan main pancing apa benda le ni.
Kalau nak beli ikan pun ada.
Bunga untuk hadiah kepada cikgu dan orang tersayang boleh juga dibeli.
Kalau nak buat something berbeza, apa kata derma darah.
Lastly, tempat yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar, rumah hantu @rumah berpuaka. Memang ramai betul yang beratur, setiap masa tak kurang 30 orang. Overall, memang menyeronokkan, ada persembahan, jual makanan, barang-barang, cabutan bertuah, permainan dan macam-macam lagi. Yang penting kalau boleh sebagai ibu-bapa, turut serta aktiviti yang dijalankan dan beri sokongan moral pada anak-anak.
8 comments:
wah seronok betul....meriah pun ader. berbeza sungguh masa zaman kita sekolah dulu2 kan? huhuuhuhuh... memories sungguh
mmg meriah hari usahawan sekolah ni kan...teringat time study hari tu..
kreatif sekolah ni buat aktiviti yek
meriah betul.banyak aktiviti.
meriahnya...mesti kena sokong anak2..kalau tidak kesian dorang..
kt sekolah pun ada org jual ikan laga
meriahnya....best pulak tengok...
whoaaa....dasat betul la skang .... umah antu pun ada gak yea... sape la jadi antu tu
Post a Comment