Pages

Sunday, May 29, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan.

Keputusan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan:
  • Kelantan menang tipis 1-0 lawan Pahang di tempat sendiri. Kemenangan ini sangat bermakna untuk Kelantan memandangkan hanya tiga permainan tinggal sebelum tamatnya persaingan Liga Super musim ini. Jaringan ketua pasukan Piya mencerahkan peluang untuk Kelantan berada di persada liga manakala Matyo gagal menyempurnakan sepakan penalti

  • Terengganu kalah tipis 0-1 kepada Kedah di laman sendiri

  • Selangor pula mendapat kemenangan selesa di tempat sendiri dengan 2-0


Kedudukan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 tamat perlawanan:
  • Kelantan merampas kedudukan tahkta daripada Terengganu setelah menang 1-0. Setelah bermain 23 permainan, Kelantan mengumpul 47 mata

  • Terengganu yang kalah berkongsi mata dengan Kelantan tetapi berada di tempat kedua walaupun mempunyai perbezaan gol yang sama TETAPI Kelantan mempunyai kelebihan jaringan yang lebih besar iaitu 46 berbanding Terengganu 45

  • Selangor mengekori rapat dengan hanya 2 mata berbeza. Nampaknya persaingan tempat pertama sangat sengit dan kemungkinan besar kedudukan akan ditentukan sehingga pada perlawanan terakhir

Keputusan Terkini @Semasa Liga Super 28 Mei 2011 setelah tamatnya separuh masa pertama kecuali Harimau Muda vs Sabah (tamat permainan):
  • Kelantan vs Pahang: Kelantan mendahului Pahang dengan 1-0. Kemenangan untuk malam ini sangat-sangat penting buat tuan rumah bagi memberi saingan yang sengit bagi menjadi juara liga

  • Terengganu vs Kedah: Pendahulu liga, Terengganu ketinggalan 0-1 kepada Kedah di gelanggan sendiri. Jika keputusan kekal, kemungkinan besar, Terengganu akan berada di tempat kedua, apa-apa pun bergantung kepada keputusan Kelantan vs Pahang

  • Selangor vs Negeri Sembilan: Pasukan yang berada di tempat ketiga, Selangor yang ketinggalan 5 mata jika dibandingkan dengan Terengganu perlu menang malam ini bagi mencerahkan peluang untuk bersaing merebut tempat pertama. Kedudukan semasa seri tanpa jaringan

9 comments:

Esempoi said...

harap kelantan dapat rampas takhta liga kembali

Kaki Wayang said...

semangat nak sokong bola malaysia agak kurang skit slps dah lama skuad emas negara kita tak beraksi slps menang AFF hari tu...lagi pun skg mood champions league pagi nanti

Blog Berita Online said...

terengganu mmg susah nk menang kalau lawan kedah ni. sejak dari dulu lg. kalau menang pun dengan jaringan tipis. biasanya perlawanan berkesudahan dengan seri.

KiD said...

adoooii.. bila laa Perak nak naik..
Hadiah Baru dari NUFFNANG!

darul said...

dah rampas pun.....

afiqazizan said...

akhirnya selangor dah tak kalah lagi dah..sebaliknya dah menang balik..haha.

eelobor said...

Alhamdulillah...... mat yo, apek, farisham & chanturu pula melaporkan diri dengan skuad kebangsaan. pemain TRW di beri rehat 2 hari. tak sabar2 nak tunggu final piala FA. jom ke bukit jalil bro....

Hans said...

gembira betul Kedah menang semalam

Miecyber said...

Pahang duduk kat bawah...Adehhh...

Video Gol Champion League Final 2011 .Barcelona 3 - Manchester United 1