Inilah rupanya bisul, sebelum ini ingatkan benda alah ni kat punggung aja. Anyway kalau tak ada apa-apa minggu depan nak pi ke hospital untuk further treatment. Nanti saya akan update.
Sedikit maklumat mengenai bisul (credit: pusat maklumat rakyat @PMR)
- Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar
- Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit
- Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
- Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
- Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya
9 comments:
Aku tak penah dapat bisul lagi. Kalau tua-tua baru nak kena..pergh hilang macho nanti.
klu nak ikut petua org tua lama2, tumbuk daun setawar ( daun yg simpan dlm buku then leh tumbuh akar2 tu) kemudian tepek je kat bisul tu.
Ia menyejukkan dan mempercepatkan bisul tu baik..cubalah nik
hurmm.... kekadang ubatan tradisional pun bagus untuk bisul nie
uiiii sakit tu..... biase kene kat ;bawah; tu je.....ni kat muke pulak.... kesian anak mike En Nik....
aduii... kesiannya... terasa-rasa sakit pulak kat pipi saya... banyak2 sabar dgn kerenah Danish (klu ada...) kesian dia...
la kesian bdk ni..semoga cpt sembuh
bahaya jugak bisul2 ni rupanya
Salam semua: Thanks guys for your suggestion and wishes
Woo..
Cara mengubat bisul sepatutnya ada di web page ini:
Menghapuskan Bisul Cara Betul
Jangan dipecahkan gitu saja. Takut nanti jangkitan.
Post a Comment