Pages

Monday, May 30, 2011

Sebab-Sebab Tidak Puas Hati Dengan Pekerjaan

credit: fizzfairuzz

Adakah anda pernah mengalami rasa tidak puas hati dengan pekerjaan? Kekadang perkara ini berlaku. So nak share sebab-sebab yang mungkin menjadi pendorong rasa tidak puas hati:
  • Tugasan dan peranan yang diberikan kat tempat kita kerja. Ada yang suka dengan cabaran rasa sungguh bosan apabila mendapat kerja yang simple-simple aja. Ada juga yang tension sebab asyik kerja dapat kat kita aja, orang lain tak banyak sangat diberi kerja. Mungkin juga sebab asyik buat kerja yang sama aja bertahun-tahun

  • Boss dan rakan kerja yang tidak kena dengan cara kita. Opppsss, takkan nak suruh orang lain suka dengan cara kita kan tapi itulah hakikatnya sebagai contoh boss yang suka pilih kasih atau favour sesetengah pekerja lain. Mungkin juga sebab rakan kerja yang malas atau asyik nak ambil credit daripada apa yang kita buat

  • Gaji dan manfaat kerja yang lain. Ini pun penting juga sebab ada yang tak puas hati terutamanya golongan generasi Y, sorry ya. Memang bila kerja yang pertama sekali akan tanya, nak bayar gaji berapa? So kalau sikit-sikit memang nak buat kerja pun malas. Kena juga tengok benefits kat tempat kerja tu, sebagai contoh jumlah cuti, bonus, peluang melanjutkan pelajaran dan macam-macam lagi
Itulah sedikit sebanyak, memang ada banyak lagi. So kalau tak puas hati dengan kerja, apa perlu anda buat? Buat dek aja le, teruskan hidup macam biasa ataupun ada yang sanggup tukar kerja or berhenti? Fikir-fikirkan le. Tak semua benda dalam dunia ni boleh buat kita happy dan tidak semua benda yang happy2 tu baik untuk kita.

14 comments:

eelobor said...

huhuhu, kekadang boring juga bila buat kerja yang sama setiap hari. tetapi itu tidak menjadi faktor utama bagi kawan. di opis kawan, kurangnya ada persefahaman dari segi budaya kerja berkumpulan.

KiD said...

selagi belum tutup mata.. kerja.. kerja.. kerja.. heheh
CASHOUT CHURPCHURP Pertama!!

Noriz said...

dulu Tun M penah dtg bagi talk kat jabatan sya dan dia ckp, "kat mana-mana pun ada cabaran keje, we hv to bear with it, sbb klu lari ke tmpat lain pun ttp ada cbaran juga no matter what...yg penting niat kena ikhlas mencari rezeki wlu apa pun dugaan" ...
renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Myvitrd said...

seperti kata pepatah langit tidak sentiasa cerah.. air laut ada pasang surutnya.. macam tulah juga namanya manusia.. tak pernah puas dengan apa yg ada.. bagi aku janji dah dapat kerja tu bersyukurlah.. sebab ramai lagi orang yg takda kerja dekat luar tu..

Apa pon kerja kena ikhlas

alimaz kembara terasing said...

sebab tak puas hati dengan kerja tu bukan apa.... selah satu nya tak tau bersyukur dgn apa yang ada....

kak ina kl said...

itulah cabaran hidup yang harus di tempuhi oleh semua orang di alam pekerjaan. Ada orang kata jika gaji tinggi tapi bila gi kerja rasa cam tak best dan ada pula kata gaji kecik tapi seronok gi kerja.

Terpulang kepada diri sendiri mampu atau tidak menghadapi alam pekerjaan. Kalau gaji kecik tak cukup..kalau gaji besar ..besar pulak kerak..eh eh..terlebih pulak..

faiz said...

yg penting ikhlas dgn apa yg kita buat...

eiela said...

redha jelah nampaknya, dah namanya makan gaji. kalau tak nak puas hati, kijo sendiri kan, semuanya sendiri yang kawal.

Latest Entri :
Monday Blues

sahromnasrudin said...

sy ok je..yg penting, bos ok..anak buah kan ok huhuhuhhh

velasrizal said...

yg ni preparation utk mid term ke

mamawana said...

Assalam,

Saya suka kerja saya. I love my job very much. Saya sayang pejabat saya.

Tapi masalahnya teamwork, bodek, berlagak, riak dgn setengah staff yg tunjuk pandai tapi sebenarnya tak pandai, sijil takdak, diploma takdak, degree jauh sekali tapi berlagak top... stress, tension dgn sikap bermuka2 depa. Ada yg suka ngumpat, yg tikam dari belakang...sob3 dah sakit teruk nak mati pun masih suka ngumpat2 satu opis.... ada spesis nih...Pedasss wooo

http://lautkasih.blogspot.com/2011/05/khasiat-buah-nona-ubat-kutu-ubat-cacing.html

lagenda said...

buat derk je..hahaha..Bg mak, bebanan kerja yg banyak tu, masih blh diterima cuma jgn bg tekanan!

D_08 said...

tahon lepaih le paling teghok pade awok...sampei ndak beghenti keje le mase tu...

Ardini Humaira said...

hehe dni tade kerja lagi tengah study ni bosan gak asik study ;p