Pages

Monday, November 30, 2009

Jom Main Kite.......


Hmmm, kalau bosan2 apa kata pi le kat Taman Metropolitan Kepong, kat sana memang ramai sangat orang main layang-layang.. Memang tempat tu meriah sangat, maklumlah angin kat sana memang sesuai untuk main kites....

Tengok tu angin memang kuat sangat..... sampai terlepas kite Danish pegang.... Afiqah tersenyum dengan gelagat Danish..... So kat sana ada juga track untuk jogging dan ada play ground untuk budak2.. Hmmmm kalau tak bawa kite, boleh beli kat sana, harganya yang biasa about RM5 to RM10.... Alah suka suka aja kan..... Boleh spend masa ngan family....... So jangan tak pergi ya.....

Basuh Kereta Secara Auto or Manual?????

Yang mana satu pilihan anda hantar kereta untuk dibasih secara manual or auto (menggunakan mesin)?????????

Saya sering juga membasuh kereta kat BHP Jalan Genting Klang, Setapak... Yalah kat situ kalau anda fill-up the petrol for at least RM20 then anda dapat discount RM1 so anda perlu hanya membayar RM3 untuk basuh kereta sahaja (nak vakum kena tambah RM4 lagi).... Hmmmmm lagipun budak2 memang suka tengok keta tu masuk dalam benda alah tu.......

Kalau hantar kat kedai biasa yang mana orang yang tolong basuh... Oppppsss, mana ada orang tolong aja.. mesti kena bayar kan.... biasanya charge dia RM5 untuk satu kereta.... Tapi kat luar aja kan.... Kat dalam kalau nak vacuum kena tambah le.......

Apa-apa pun yang penting keta tu kenalah selalu basuh...... he he hee... kalau rajin boleh basuh sendiri kan...........

Sunday, November 29, 2009

Perfume Mana Pilihan Anda?????

So yang mana satu pilihan anda??? Perfume yang dah establish i.e. macam in this case, Acqua yang mana harganya mencecah RM200++ untuk 100ml ataupun perfume yang jenis inspirasi, i.e. One Drop Perfume yang berharga RM25 untuk 4 botol kecil @ 2.75ml setiap satu????

Sekarang ni dah banyak syarikat yang menawarkan perfume yang tiada alcohol... Kalau tak silap one drop perfumes ni adalah pioneer dalam bidang perfume yang berinspirasikan jenama terkenal........

So sebagai incumbent, memang tugasnya sangat mencabar untuk mempertahankan market share... tengoklah sekarang jenama-jenama baru sudah pun banyak di pasaran i.e. Kaff Perfume, yang menawarkan harga RM49 bagi 5 botol @ 3ml setiap satu...... ataupun Pure Mediterranean yang berharga RM28 untuk 4 botol @ 2.5ml setiap satu.....

So terpulang kepada pilihan masing-masing...... Memang ada pros and cons, apa-apa pun, jangan pakai berlebih-lebihan kan tak pasal2 ramai yang bersin pulak ya.....

Jom Enfa A+ (Tesco Ampang)

Apa ada kat Tesco Ampang......???? So hari ni ialah the last day untuk Enfa A+ Smart Camp..... Actually saja aja nak anak2 main activities yang disediakan leh Anfa.... Biasalah one of the ways to promote its products...... Tapi ok apa pi sana, bukannya paksa beli susu, just have fun......


Danish dan Afiqah had fun there... Mak bapak pun boleh juga tahu serba sedikit mengenai dengan DHA.. Yalah penting untuk perkembangan otak dan meningkatkan daya ingatan kan... Oooooo, rupa-rupanya, dalam telur dan ayam pun ada DHA.....


So selepas complete permainan / activities tu dapatlah goodies.. Apa benda yang dapat???? Sampel susu, colouring and sticker books, CD mengenai perkembangan dan pembelajaran kanak2......

Saturday, November 28, 2009

Berhari Raya..........

Suatu hari di hari raya......... Hayatilah hari raya Aidiladha ini... Pengorbanan adalah sangat penting dalam hidup kita ini tak kira dalam apa-apa segi sekalipun, wang ringgit, masa, harta, kasih sayang dan apa-apa yang boleh anda fikirkan....

Ianya berkait rapat dengan siapakah diri kita dan hubungan dengan orang lain...... Ingatlah orang lain dan jangan semata-mata pentingkan diri kita sahaja.....

Jom Kita Perbankan SMS pula......



"RM0.30 ATM Withdrawal RMXXXX from account no. XXXX on XX/11/2009 11:11:11. Your XXXX balance is RMXXXX. bankislam.SMS Sender 32462"

Inilah message yang saya terima daripa handset saya setelah membuat pengeluaran from ATM.... Senang bukan, inilah kelebihan perbankan sms daripada Bank Islam.....

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah layari laman web Bank Islam. Selain daripada itu saya boleh setkan berapa limit amaun pengeluaran dan deposit ke dalam akaun saya bagi membolehkan Bank Islam menghantar sms....

Contohnya jika terdapat pengeluaran atau kemasukan wang melebihi RM1,000, Bank Islam akan sms saya.... ini sangat berguna walaupun charge yang dikenakan sebanyak 30 sen setiap sms.... Contohnya gaji anda masuk then anda boleh tahu serta merta ataupun jika mak bapa masukkan duit or PTPTN masukkan wang,...

Selain daripada itu banyak lagi functions, seperti......balance inquiry, bills payament, transfer dan banyak lagi... tapi saya sering menggunakan untuk balance inquiry dan alert message...

So bagi yang belum cuba apa kata.... cuba-cubakan le.... yalah takkan internet banking aja... gunakan kelebihan teknologi untuk memudahkan urusan perbankan anda......

Nur Kasih - Beli DVD online (Diskaun 20% - RM79.20)

Nampaknya TV3 (click untuk info) telah melancarkan jualan DVD Nur Kasih melalui on-line dengan memberikan diskaun sebanyak 20% ..... By the way, harga di pasaran ialah RM99 tapi after diskaun harganya ialah RM79.20...


Borangnya anda boleh download di laman web TV3.... Sila baca mengenai terma-terma tempahan sebelum anda membelinya.....

Friday, November 27, 2009

Nur Kasih.... Jom beli DVD

So tadi ternampak iklan kat TV3, so hari ni ialah the last episod so bolehlah dapatkan DVD untuk koleksi....... TV3 akan terbitkan DVD untuk koleksi peminat2 semua........

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan yang Nur Kasih akan difilemkan kelak sebabnya dah ramai orang suka so apa lagi buat filem...... meletup tak meletup tak tahulah... So sama-sama le nantikan apakah kesudahannya........ Kesudahannya ialah Adam dan Nur dipertemukan akhirnya di dalam sebuah keretapi... So happy ending....

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DVD bolehlah rujuk Harian Metro esok....... Sorry tengok Harian Metro tadi, tak ada pun, anyway boleh rujuk post ni......

Selamat Hari Raya Qurban

Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Qurban kepada semua muslim di luar sana dan kepada yang lain selamat bercuti......

Raya2 juga apa yang penting, ingatlah orang lain.... Satu lagi kalau dah balik kampung tu, jangan lupa pulang on-time dan jangan bagi excuse dan ambil MC pulak... tapi kalau memang genuine apa nak buat kan..........

Jom Maybank2u


Kepada yang tak biasa dengan maybank2u... Just nak share sikit aja... Tak banyak.... Maybank2u ni ialah perbankkan internet bagi Malayan Banking Berhad... So bagi pelanggan2 yang ada akaun dengan maybank, sila pastikan yang anda memilih untuk internet banking semasa mengisi borang pembukaan akaun.. Kalau belum lagi then better check ngan ur bank....

Salah satu kemudahan perbankkan internet ni anda boleh check ur balance and at the same time boleh membuat pemindahan wang atau yang biasa orang guna ialah membuat pembayaran bil atau pembayaran lain.....

Bagi pembayaran bil, banyak syarikat yang boleh anda buat pembayaran contohnya TNB, Celcom, Digi, P1 Wimax, Syarikat Takaful dan banyak lagi.... So tak payah le anda bersusah payah nak pi pejabat pos dan beratur.... So senang bukan?????? Make sure password anda tu dijaga dengan betul dan jangan sekali2 bagi pada orang lain walaupun ada orang call dan cakap mereka adalah staff Maybank.... Selamat mencuba....

Thursday, November 26, 2009

Mimpi Dapat Buffered Earnings - Nuffnang, Kelakar kan???

Rasanya kelakar kan, macam tak ada benda lain nak dimimpikan, selamak termimpikan yang aku dapat buffered earning..... Hmmmmmm setelah mendapat 1st buffered earning last week, tadi baru check nuffnang, terkejut juga dapat 2 lagi buffered earnings...

Thanks le di atas sokongan bloggers yang tak bosan datang tengok blog ni walau pun masih baru lagi, i.e. less than 2 bulan.... Last time dapat buffered earning kat blog yang satu lagi, hari ni dapat bagi blog ni.....

So kali ni dapat ads on Virtual Malaysia Banner dan World Computer Security Day... So kalau mana-mana ads tu muncul, jangan segan2 le untuk click ya.... He he he.......

Bagi muslim, saya nak ucapkan selamat hari raya Qurban dan bagi yang balik kampung, selamat perjalanan pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan...... Have fun with families and friends and for the others, selamat bercuti.....

Pizza Hut, Just OK......


Hmmmmm semalam ada order pizza kat Pizza Hut..... Biasalah budak2 nak makan something different. He he he inilah untungnya ada anak.. Bila nak makan something ke or nak buat something cakap anak yang nak biarpun mak bapak yang sebenarnya kan.... So order Chicken Supreme dan Hawaiian Chicken......



For me rasanya Domino's pizza lagi ok.... Yalah kalau delivery Domino ni dalam masa 15-20 minit dah dapat, si pizza hut ni janji 30 minit tapi datangnya 30++ sikit... Apart from that, rasa Domino lagi superior..... Tapi kauorang tanya kalau dah tahu sedap Domino apasal order pizza hut pula.... he he he, itulah misteri......... So hidup anda jangan dipenuhi oleh misteri..... Macam tu ke??? Hentam ajalah......


Tapi apa yang penting Afiqah suka sangat ngan supnya.....

Fixed Deposit (Simpanan Tetap)

Kalau anda rasa tak nak guna duit yang anda ada dalam tempoh masa tertentu, contohnya 3 bulan, 6 bulan atau setahun, bolehlah consider menyimpannya dalam fixed deposit (simpanan tetap) or FD instead of savings account.....


Apakah kebaikan menyimpan di dalam FD??? Sebagai contoh kalau anda menyimpan RM1,000 di dalam akaun simpanan Wadiah, indicative profit rate is 0.5% setahun, so dalam masa setahun anda akan memperoleh RM5 tetapi jika anda menyimpan di dalam FD bagi jangka masa setahun pulangan yang anda bakal terima ialah RM25 setahun.....

Bezanya ialah RM20 setahun... Mungkin anda cakap alah beza tak banyak pun... Hmmmm memanglah sebab anda menyimpan RM1,000 tapi kalau anda menyimpan RM10K, so bezanya RM200... He he he.....

Ingat ya saya bezakan simpanan biasa dengan simpanan tetap, so janganlah compare dengan simpanan di Tabung Haji ke, institusi kewangan lain ke, simpanan unit amanah ke, atau beli saham ke..... Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kalau anda tidak bercadang untuk guna duit tersebut cubalah diversify tabungan anda tapi ingat kalau anda tiba2 nak guna duit tersebut let say dalam masa 6 bulan, kemungkinan besar anda tidak akan menerima keuntungan bagi apa yang anda simpan dalam masa 6 bulan yang lalu....

Apa-apa pun sebagai customer, check terlebih dahulu terma-terma sebelum anda membuat keputusan untuk menyimpan.... Selamat menyimpan........

Wednesday, November 25, 2009

Ya Kasih...... Bukanlah Nur Kasih Le.......

Danish and Afiqah, selalu sebut, ooooo ya kasih... Hmmmm aku ingatkan apa rupa-rupanya, diaorang nak cakap Nur Kasih... Oooooo macam tu, so aku google le kat internet, so very surprising to see that 2.05 million hits on google.... wow banyaknya entries mengenai Nur Kasih..... Lepas tu kalau click posting pasal Nur Kasih adalah sebanyak 155,000... Hmm memang hit le citer ni.......

Then aku pi le kat web TV3 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama ni.... So ni sinopsisnya bagi yang tak berkesempatan atau tak pernah tengok citer ni.......



Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.



Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Begitulah ceritanya so this week ialah episod terakhir.. By the way, citer ni ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat kul 9 malam......

Sinopsis Nur Kasih Episod 26

Aliya memberitahu Nur Amina bahawa dia redha jika aidil berkahwin dengan Nur Amina. Nur Amina berang kerana mereka beranggapan dia tidak mampu hidup sendiri. Nur Amina menolak dan tetap setia menunggu Adam pulang.

Nur Amina mengambil keputusan untuk bekerja semula di syarikat milik Adam. Pada mulanya, mereka semua keberatan tetapi akhirnya mereka memberi kebenaran.

Ketika menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur, Nur Amina bertemu dengan Adam. Nur Amina membawa Adam pulang. Mereka semua terkejut bercampur gembira melihat kepulangan Adam.

Antara gambar-gambar di dalam citer Nur Kasih.....

Asyik main games ya.....

Hari tu ada beli controller games ni... Sebab dah lama dah rosak, so baru aja beli, lagipun sekarang kan musim cuti sekolah... Games ni kiranya sambung kat TV dan more on educational games......

Catridges dia tu banyak jenis i.e. macam Nemo, Thomas and friends, Barbie dan banyak lagilah cartoon2 yang terlibat sama... Hmmmm sambil main sambil belajar adalah suruh lengkapkan suku kata / perkataan, ada yang suruh mengira, campur tolak dan banyak le lagi....

Tapi yang susahnya, biasalah bila dah main games, kadang2 leka juga kan.. Nak suruh mandi pun susah, so kenalah jadi tegas dan at the same time tak boleh nak suruh 24 jam belajar kan.. He he heeeee..

7 Habits of Highly Effective People (7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan)

Pernah tak anda mendengar mengenai the 7 habits of highly effective people (7 tabiat orang yang amat berkesan) oleh Stephen R. Covey??? Kalau tak pernah saya ingin berkongsi apakah 7 tabiat tersebut...... Anyway sekarang ni dah ada tabiat yang ke 8, apa-apa pun saya share 7 iaitu:

  1. Be proactive (Jadilah proaktif / ada inisiatif)
    Maknanya di sini, kita bertanggungjawap untuk membuat pilihan dan kebebasan untuk memilih..... Contohnya orang yang tidak mempunyai sifat ini akan membuat sesuatu tindakan berdasarkan mood, emosi dan juga perasaan tanpa berfikir terlebih dahulu.... i.e. kalau anak tumpahkan kopi di atas meja, tangan kita terus naik tapi yang mempunyai sifat proaktif, akan berfikir dahulu dan membuat tindakan dengan lebih rasional...... banyak lagi contoh i.e. kalau ada sesuatu tugas kita akan merelakan untuk membuatnya bukannya paksa rela........

  2. Begin with the end in mind (Bermula dengan penyudah di dalam minda kita)
    Maknanya di sini apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara kita bayangkan apakah output / penyudahnya, dari situ kita buatlah kerja kita.. i.e. kalau kita ditugaskan untuk membuat kek, kita bayangkan macam mana kek kita kelak, apakah warnanya, sedap ke tak.... macam mana kita nak hias.. ni macam kita berangan2 / expect apakah kesudahannya....

  3. Put first things first (Memberi / membuat keutamaan)
    Di dalam hidup kita banyak benda yang kita hendak lakukan dan kadang2 or selalunya kita tak tahu nak buat yang mana dahulu... So kita perlu tahu perkara mana yang sangat penting dan urgent / sangat segera dilakukan..... so kita buat yang itu dulu le... Contohnya, nak update blog dulu ke siapkan assignment??? He he he sendiri mau ingat le....

  4. Think win-win (Berfikir secara menang-menang)
    Untuk memperoleh efektif dan perhubungan yang berkekalan, ianya memerlukan kebaikan bersama.. So kita tak boleh fikir pasal diri kira aja... Tabiat ini berkait-rapat dengan sifat kepimpinan kita dan impak kepada orang lain.... So kalau nak buat something, jangan fikir kebaikan kita aja atau selalu beralah biarpun kita rugi.... So sama-sama untung le... Contohnya mak nak makan nasi kandar anak pulak nak makan MCD, so takkan itu pun nak gaduh so kenalah cari jalan... Apa susah sangat belilah MCD (takeaway) pas tu pi le makan kat kedai nasi kandar.... He he he macam tu le lebih kurangnya....

  5. Seek First to understand, then to be understood (Fahamilah terlebih dahulu, untuk difahami)
    Confuse, tak apa jangan risau, kalau kita nak orang memahami diri kita so kita perlulah memahami orang lain terlebih dahulu. So kat sini listening skill sangat penting... Kita tempatkan diri kita di dalam diri orang lain.... Tapi janganlah kita berpura-pura untuk memahami orang lain......

  6. Synergise (secara senangnya 1+1=more than 2)
    Maknanya output daripada kerja berkumpulan lebih banyak / baik daripada kerja seorang diri... Untuk memperoleh output yang berkesan, ahli-ahli dalam kumpulan tersebut hendaklah memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur dan juga jangan kedekut ilmu or berlagak pandai or macam dia aja yang bagus..... So untuk mencapai ini, kita hendaklah hargai perbezaan tersebut, yalah setiap orang ada kelebihan masing-masing... so gunakan le....

  7. Sharpen the saw (Perbaharui tabiat)
    Kat sini kita hendaklah sentiasa memperbaharui fizikal, mental, spiritual dan social / emosi kita.... Yalah kita kena jagalah kesihatan dalam semua sudut kita, i.e. untuk fizikal, hendaklah melakukan exercise, tidur dengan secukupnya dan pengurusan tekanan / stress.. Bagi mental yang penting ialah membaca buku atau cara kita berfikir.... Bagi kerohanian of course ibadat kita, tidak hanya dengan melakukan solat tetapi ibadat2 lain, meluangkan masa dengan alam.. i.e. tengok bintang-bintang dan lain-lain ciptaan Allah dan akhirnya on social / emosi, i.e. meeting new people, mengeratkan lagi hubungan dengan orang yang sedia ada......

So kalau ingin mengetahui lebih lanjut bacalah buku atau benda2 yang berkaitannya......

Tuesday, November 24, 2009

Buat Latihan Sikit2 ya Danish....


Yalah cuti sekolah ni beli buku sikit kat Danish in addition to buku yang dia dapat sebagai pelajar berpotensi tempoh hari.... Hmmm susah juga ya nak ajar budak2 especially waktu cuti sekolah ni... Tak apa sikit2 aja bukannya expect nak habiskan semua buku dalam masa seminggu.... He he he dalam masa sebulan, entahlah.... Kita tengoklah nanti.....

Hmmmmm, bukan semata-mata buat kerja or tengok buku, ada masa main games, ada masa tengok tv, makan dan sebagainya..... tak boleh pressure budak2 ni kan hilang minat nak belajar siapa yang susah, lu pikir le sendiri.........

Suratkhabar Lama??? Jangan Buang......

Anda mempunyai banyak suratkhabar kat rumah?? Jangan pulak dibuangnya, sebagai rakyat perihatin dengan alam sekitar dan impak kepada negara, apa kata kalau kumpul banyak2 suratkhabar atau benda2 lain yang boleh dikitar semula, then pi bawak kat pusat kitar semula.... Macam newspaper tu, satu kilo 10 sen, he he he memang tak banyak tapi pi le bawak sana..... Hmmmm, just nak share saya berjaya hantar kat pusat tu, newspaper campur ngan majalah, semuanya lebih kurang 83 kilo, so dapatlah RM8.30... He he he memang tak banyak, saya rasa win-win sebab dapat buang semua "sampah2" dan at the same time dapat something eventhough tak dapat sekeping duit merah.....

So ni kat Tesco Ampang, ianya dibuka setiap hari bermula 10 paagi hingga 10 malam.... Hmmm, botol kaca, plastik, kain dan banyak lagi boleh dihantar kat sana... So apa lagi, jadilah rakyat yang prihatin..... Anda mampu melakukannya........

Monday, November 23, 2009

Perodua MPV - Alza


Officially, hari ni (23 November 2009), Perodua just launced a new MPV, Alza to compete with Proton Exora......Hmmmmm, sorrylah tak dapat ambil gambar ramai sangat, biasalah first day, ni aja gambar yang sempat diambil..... Berdasarkan quick talk dengan sales person dia cakap ada 6 colours pas tu pulak kalau book sekarang maybe dalam masa 3 bulan dapatlah.. Then satu lagi mulai Januari 2010, mereka akan keluarkan 2,000 unit setiap bulan.... Then dia cakap tak sure dah berapa banyak Alza telah dibook oleh orang ramai before today's launch...


Range harga (OTR) untuk Alza ialah RM55,490 hingga RM70,146(yang ni Advance Version - tak ada dalam senarai di atas) .... So kalau berminat bolehlah pi mana-mana showroom atau boleh call Encik Azrul - 017-266 3110. Saya nak tekankan kat sini saya just sampaikan, tak kenal pun Encik Azrul dan tak dapat apa-apa komisen.... So pi le tengok2.....

Perodua MPV - Alza


Officially, hari ni (23 November 2009), Perodua just launced a new MPV, Alza to compete with Proton Exora......Hmmmmm, sorrylah tak dapat ambil gambar ramai sangat, biasalah first day, ni aja gambar yang sempat diambil..... Berdasarkan quick talk dengan sales person dia cakap ada 6 colours pas tu pulak kalau book sekarang maybe dalam masa 3 bulan dapatlah.. Then satu lagi mulai Januari 2010, mereka akan keluarkan 2,000 unit setiap bulan.... Then dia cakap tak sure dah berapa banyak Alza telah dibook oleh orang ramai before today's launch...


Range harga (OTR) untuk Alza ialah RM55,490 hingga RM70,146(yang ni Advance Version - tak ada dalam senarai di atas) .... So kalau berminat bolehlah pi mana-mana showroom atau boleh call Encik Azrul - 017-266 3110. Saya nak tekankan kat sini saya just sampaikan, tak kenal pun Encik Azrul dan tak dapat apa-apa komisen.... So pi le tengok2.....

Dah Activate Digi Broadband

Dah pi Digi centre kat Times Square, memang ramai jugak orang kat situ.... Hmmmm lepas tu pi customer service then ambil nombor.... Pas tu jumpa staff diaorang bagi le surat menang contest Digi Broadband dan modem..... Then bagi IC dan isi borang.... lepas tu dia cakap dalam masa 24 jam bolehlah guna.....

Yang bagusnya lebih kurang dalam masa 6 jam, staff Digi call tapi aku tak sempat ambil call then aku message kat dia then inilah reply dia....

"Sy dr digi times square, no broadband dh aktif n dh blh pakai daa..... tq." Memang baguslah perkhidmatan diaorang ni........

So macam mana nak install benda alah ni... Mula-mula masukkan modem tu kat USB port then bila dah detect new hardware follow aja steps tu.... hmmm install le hardware tu..... Hmmmm speed dia ok juga........ Cubalah tengok graph kat bawah tu but it is early to say.......

Port Dickson - We are Coming......

Hmmmm, memang seronok kan dapat pi Port Dickson... Actually tak kisah le mana-mana janji dapat spend masa ngan keluarga atau orang tersayang...... Macam biasalah PD ni terkenal ngan pantainya yang indah...... actually tak le indah sangat, he he he. Afiqah dan Danish suka sangat pi sini lagipun dekat ngan KL kan jika dibandingkan dengan tempat2 lain.......


Kat tepi pantai dapat buat sand castle seronok le budak2.... Tak apa jangan risau kotor sikit aja... Lagipun dapat melatih budak2 untuk mengaktifkan tangan2 mereka pas tu pula bagi chance le diaorang nak jadi kreatif kan.... Apa-apa pun yang penting enjoy..........

Sorry kualiti gambar tak clear sebab kena kecilkan size sebab nak upload susah sangat.. Size besar ni pun takes quite some time....

Most Valuable Brands 2009 (Jenama Paling Bernilai 2009)


Adakah anda tahu jenama apakah yang paling bernilai pada tahun 2009 di Malaysia??? Berdasarkan The Edge (ni kiranya suratkhabar mengenai business / economy yang diterbitkan setiap minggu), jenama paling terkemuka ialah Public Bank, Maybank, CIMB, Celcom dan Parkson (top 5).........Hmmm memangkan 3 daripada 5 tempat teratas ialah bank.. Memang kita tahulah bank banyak membuat keuntungan........ Lain-lain syarikat yang worth to mention ialah Astro (8), Giant (13), TV3 (18), Airasia (19) danBonia (30)....

Kriteria yang digunakan untuk menentukan "most valuable brands" antaranya adalah jenama tersebut mestilah atau dimiliki oleh syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia atau Bursa luar negara... Seterusnya jenama tersebut mestilah made in Malaysia sekurang-kurangnya 10 tahun...

So bagi jenama antarabangsa, di dalam senarai top 30, 18 adalah daripada Amerika Syarikat, memang seperti yang kita jangkakan..... seperti coke, McDonald's, Disney, Pepsi dan Nike.... Negara lain yang berada dalam carta tersebut ialah Jepun (Toyota, Honda dan Sony) dan of course telefon yang anda pakai Nokia (Finland).. Bayangkan negara yang kecil seperti Finland berjaya mengeluarkan jenama yang mana seluruh dunia memilikinya....

Untuk kita fikirkan... bilakah negara kita dapat mengeluarkan satu jenama yang mana bila disebut seluruh dunia akan mengenalinya.... Saya rasa Airasia boleh mencapai status itu suatu hari nanti tapi masih jauh perjalanan............

Sunday, November 22, 2009

Assam Laksa, Sedap Ke????


Tadi pi lunch kat Jusco Wangsa Maju, kat food court.. So beli le assam laksa, harga including tax ialah RM5.15.......

Hmmm, my view is that biasa aja, kalau ikutkan my rating is 5.5 out of 10... So faham2 ajalah, masam sangat pas tu telur rebus pun tak ada, yang adanya ialah bawang besar, timun pas tu sikit nenas, entahlah memang tak berapa le.......

Tapi rasanya ramai gak yang beli, yalah nampak dalam gambar macam sodap aja, bila makan hmmmm!!!! Kalau tak percaya apa kata pi sana pas tu cubalah sendiri then bolehlah inform kitaorang manalah taahu kot2 my taste ni different than yours......

Apa Benda Afiqah????

Ni sms Afiqah / Danish yang hantar kat phone... Terkejut juga macam mana dia boleh type pulak.... Aku dulu umur awal 20-an baru tahu bermain dengan handphone, tapi budak2 sekarang belum masuk 7 tahun dah pandai.. Memang advance le budak2 sekarang....

"Mummy afiqah taru yan ini mummy yan INI MUMMy colour the same letters"

Entahlah kauorang faham ke apa dia tulis tu.. Aku memang tak faham.... Bila balik tanya dia apa benda sebenarnya......

Afiqah pun bagi buku.... Rupa-rupanya dalam buku latihan untuk budak2 umur 5 tahun tu ada le exercise.... exercise tu macam ni le lebih kurang.....

"Colour the same letters." Oooooo macam tu kena warna huruf yang sama.... Yalah dalam satu baris tu ada 3 huruf yang sama dan satu lagi huruf yang berlainan...."

Jual Burger Boleh Jadi Mewah Ke?????


Malam semalam aku pi le beli burger, biasalah sebiji burger ayam RM2.50.... Guess what tak sampai 5 minit berada di situ, rasanya lebih 30 bijik burger orang order.. Hmmmm burger dia memang sedap, daging tu dia belah dua pas tu pulak letak mayonis dan lada hitam in between....

Rasanya dalam satu hari, dia mula jual kul 5 petang maybe sampai kul 1 pagi kot..... adalah 200 or 300 bijik terjual... Paling koman pun aku rasa setakat 100 bijik tu sure habis.... Hmmmm bayangkan untung bagi sebijik dapat RM1.00 to RM1.50 so dalam seminggu setakat RM1,000 tu senang2 aja kot..... Hmmmm kalau sebulan kiralah berapa RM4,000........ Banyak tu, income tax tak payah bayar.....

So kalau nak berjaya dalam apa-apa business yang penting ada 4P.. Apa ke benda 4P tu......????
  1. Product (barang) - ni kalau macam burger ni mesti unik compared with other burger... Yalah what makes your burger is better than someone else.... So mesti sedaplah.....
  2. Place (tempat) - lokasi mesti strategik yalah takkan nak jual barangan kat tepi tong sampah kot.. Satu lagi kalau boleh jauhkan dengan pesaing-pesaing lain.. Lagi kurang pesaing lagi bagus, so customer kuranglah pilihan....
  3. Price (harga) - mesti berpatutan, yalah takkan nak jual burger sampai RM5.00 sebijik kot.. Tapi kalau ur product to memang dah establish, jual mahal pun orang beli... tapi secara ethicalnya margin keuntungan yang berpatutan perlu bagi setiap penjual... Yalah mentang2 ramai pelanggan main belasah aja....
  4. Promotion (promosi) - ini juga sangat penting, tak kisahlah promosi letak banner ke... mulut ke mulut ke atau apa-apa yang patut, yang penting customer tahu tentang kewujudan ur product......

Saturday, November 21, 2009

Dah Dapat Digi Broadband

So pagi tadi dapat hadiah bagi peraduan Digi Broadband. Cepat juga, tak sampai sebulan...... harap2 speed bagi download dan uploading pun cepat... Dia hantar menggunakan courier City-Link Express from Shah Alam...

He he he dapat free pun nak mintak lebih2 kan.. Hmmmm bukannya apa yang guna sekarang ni Wimax, janji 800kps tapi nak dapat 100kps pun susah.... So apa yang dia bagi ialah modem, cable untuk guna just in-case kalau kita guna desktop instead of laptop dan user guide....

Tapi belum activate lagi, maybe tengok le nanti kalau free.. So kena pi kat alah satu daripada pusat Digi baru boleh guna...... Kat Kuala Lumpur dan Selangor ni banyak juga tempat dia adalah 6 lokasi termasuk Pavillion, Times Square dan Solaris Mount Kiara..... Bagi yang state lain tu, adalah kat Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Sabah.. So tempat-tempat lain tu rasanya kenalah tanya Digi macam mana nanti....

Sorry guys tak boleh nak upload the images.. Tension betul....... rasa nak ketuk aja screen ni....... apasal slow sangat nak upload lately that's why just words only...

Hmmm bagusnya Digi ni kalau tempat anda tak ada coverage, anda masih boleh stilll guna EDGE tapi slow le......

Dah Cuti Sekolah

Hmmmm, hari ni dah mula cuti sekolah anak2..... Tak tahulah nak bawa pi mana lagi..... Lepaklah lagipun cuti sekolah lama kan...... Banyak masa lagi untuk difikirkan..... Tapi kalau tak ada aktiviti asyik dok rumah aja tengok tv, main komputer, games dan benda yang seangkatan dengannya.....

Apa kata kalau u all kat sana, ada apa-apa benda yang telah dirancangkan bolehlah kongsi sama.... Takkan nak suruh budak2 baca buku aja.... nanti bosanlah kan......

Apa-apa pun di cuti sekolah ni, biarlah ada perkara yang bermanfaat dan dapat mengeratkan hubungan sekeluarga.... Selamat bercuti bagi budak2 sekolah dan bagi mak bapa, selamat melayan anak2 dan bagi yang lain-lain boleh apa join cuti bersama......

Friday, November 20, 2009

MAPEX (Midvalley)

Kepada yang berminat dengan Malaysia Property Expo (Expo Hartanah Malaysia) bolehlah berkunjung ke MidValley Exhibition Centre (MVEC) dari 20-22 November 2009 (Jumaat hingga Ahad) bermula 10 pagi hingga 9 malam.....

Banyak pemaju hartanah berada di sana dan bolehlah membuat pertanyaan atau booking rumah yang anda minati.... Jangan lepaskan peluang ini.... Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Real Estate and Housing Developers Association Malaysia (REDHA) di 03-7880 8000...

Jom kita Link Sama-Sama (20 Terawal)

Jom link2 kembali lagi.... So kalau ada sesiapa nak link, ikuti langkah2 ini:
  1. Link kan my blog
  2. Letak dalam komen bersama dengan your blog address
  3. Then I will link back....
Cepat hanya untuk 20 yang terawal....... Make sure you link to my blog first, otherwise mintak maap banyak-banyak.....

Jom Link2 Kembali (20 Pertama)

Jom link2 kembali lagi.... So kalau ada sesiapa nak link, ikuti langkah2 ini:
  1. Link kan my blog
  2. Letak dalam komen bersama dengan your blog address
  3. Then I will link back....
Cepat hanya untuk 20 yang terawal....... Make sure you link to my blog first, otherwise mintak maap banyak-banyak.....

Dress-Up Princess

Masa pi MPH, Afiqah nak sangat benda alah ni.. Alah magazine Dress-Up Princess.. Hmmm, harganya RM5.90..... Entahlah apa yang cantik sangat ngan majalah ni.... Rasanya sebab macam cute kot gambar2 tu pas tu colournya pun jadi daya tarikan...


Anyway majalah ni pasal buat macam apa ya tak reti nak explain.. Kiranya untuk budak2 pakaikan baju dan accesories untuk patung tu le.. tapi berbentuk kertas.. I bet that tak sampai 3 hari mesti buang punya.. Biasalah budak2, anyway sekali sekala ok kot..

Siapa nak RM100,000 (Bank Islam - Al-Awfar)


Memang sangat kreatif Bank Islam ni..... Apa taknya sebelum ni mana ada bank Islam lain buat peraduan / cabutan bertuah macam ni...... Caranya ialah anda perlu simpan at least RM100 bagi akaun simpanan-i Al-Awfar dan setiap RM100 melayakkan anda mendapat 1 penyertaan secara automatik.....

So hadiah utama ialah RM100,000 dan cabutan akan diadakan setiap 3 bulan.... Maknanya kalau anda simpan RM1,000 anda akan mendapat 10 peluang tapi jika anda tidak dapat anda akan mendapat pembahagian keuntungan (macam interestlah kalau conventional banking) tapi memang tak banyaklah almost nothing..... Maybe anda akan dapat 40sen setahun bagi setiap RM1,000 dan kalau anda simpan kat normal akaun maybe anda akan dapat RM11.00

Macam tu le lebih kurang tapi saya berpendapat bank akan mendapat lebih keuntungan hasil daripada pengenalan akaun Al-Awfar... sebagai contoh..... Let say dalam masa 3 bulan Bank Islam dapat kumpul RM100 juta daripada pelanggan.. So pembayaran keuntungan based on 0.04% setahun ialah RM10,000 sahaja berbanding dengan normal akaun yang memberi keuntungan sebanyak 1.1% setahun ialah RM275,000...... So perbezaannya ialah RM265,000 (RM275K - RM10K) dan setelah ditolak dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM175,000, bank akan mendapat keuntungan sebanyak RM90,000 (RM265K - RM175K).....

So perhatikan, memang apa-apa benda yang bank lakukan, profit is the main consideration......

Thursday, November 19, 2009

Simpan Duit Anak-Anak


Sudahkan anda membuka akaun simpanan untuk anak2??? Jika belum apa kata kalau anda pergi ke bank atau mana-mana institusi kewangan untuk membuka akaun mereka.... Tak kisah berapa banyak kita simpan, janji biarlah berterusan....

Bukannya apa, itu juga untuk kepentingan mereka pada masa akan datang terutamanya kos pendidikan semakin meningkat.... Takkan kita nak mengharapkan PTPTN aja...... Contohnya kalau kita simpan Rm30 sebulan, setahun dah RM360 dan dicampur dengan duit raya or duit apa-apa, so jumlahnya sebagai contoh RM500 setahun..... So kalau dah sampai umur 18 tahun, cuba kira berapa jumlahnya, simpanan asas ialah RM9,000 dan jika dicampur dengan kadar dividen / keuntungan / interest (oopppsss, jauhi interest), katakan dividen jika disimpan di Tabung Haji @ 5% setahun.... Jumlah asas campur dividen tersebut ialah RM14,800. walaupun jumlahnya tak cukup untuk menampung perbelanjaan di Universiti kelak, tapi at least dapat membantu meringankan bebanan...

So apa lagi simpanlah untuk masa depan anak2 anda or bagi yang belum kahwin lagi, simpan untuk adik2 pun tak apa..... So kalau yang dah nak ada anak, sebaik sahaja dapat anak, buat birth certificate terus then pi le buka akaun, hmmmmmm mesti dapatlah sedikit sebanyak duit org tengok baby nanti......Perancangan kewangan untuk anak2 sangat penting juga.......

Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis bermula pada pukul 8 pagi, memang penuh dewan dengan mak bapa, budak2 sekolah dan tetamu jemputan...... Ianya bermula dengan paluan kompang bagi meraikan tetamu jemputan iaitu ketua PIBG dan cikgu2.... Setelah bacaan doa, majlis seterusnya disambung dengan konvo budak2 pra-sekolah dan seterusnya anugerah kecemerlangan pelahar dan diselang-seli dengan persembahan....

Danish mendapat anugerah pelajar berpotensi, entahlah apa kriteria yang digunakan, tak kisahlah janji dapat anugerah... So sebagai ibu-bapa kami bersyukur dengan anugerah tersebut.. Yalah dapat juga si Danish naik pentas..........

Semoga dengan anugerah ini akan membuatkan beliau bersemangat untuk mendapat lebih baik bagi tahun depan... Yalah tahun depan masuk kelas 2A, so takut dia rasa pressure, apa-apa pun semoga Danish dapat mengatasi semuanya.....

Nak selitkan gambar Afiqah sekali, he he he, saja aja takkan cerita hari ni pasal Danish aja... Macam biasalah bosan juga si Afiqah menunggu.... Hmmmm mujurlah selesai awal, kalau tak silap 10.30 compared with the expected time kul 12 tgh.....



Selepas majlis tu, apa lagi pi le ke kantin, tengok tu memang Afiqah lapar sangat walhal kat rumah dah makan.... hmmmm Danish pulak sakit mulut, kena ulser.... so tak boleh makan sangat... So lepas tu pi klinik dan doktor cakap kena banyak ambil vitamin C dan minum banyak air sikit...