Pages

Monday, November 2, 2009

Bajet 2010 - Rumah Terbengkalai


"Kerajaan amat prihatin masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah akibat projek perumahan terbengkalai. Setakat ini, terdapat 148 projek swasta yang terbengkalai melibatkan 49,913 unit rumah serta 31,824 pembeli rumah. Daripada jumlah ini, sebanyak 87 projek masih belum dapat dipulihkan di mana 41 projek terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana. Oleh itu, Kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan yang bersesuaian untuk memulihkan rumah kos rendah dan sederhana mengikut senarai projek sedia ada. Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan."

Memang bagus, di harap dengan langkah ini, pembeli rumah tidak akan menghadapi lagi masalah akibat rumah tak siap. Bayangkan dahlah rumah sewa kena bayar lepas tu pulak pinjaman bulanan rumah pun kena bayar tapi rumah tak siap-siap. Ini bukan kes yang baru sudah bertahun-tahun lamanya......

Maybe Kerajaan perlu mengkaji sedalam-dalamnya mengenai penjualan rumah hanya boleh dibuat setelah rumah tersebut siap..... Memanglah ini akan menyebabkan pemaju menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang untuk menbangunkan rumah.... Apa-apa pun, di harap apa saja langkah Kerajaan akan membantu pembeli rumah dan juga industri rumah.....


5 comments:

Faizal Azelan said...

Salam,

Aku sebenarnya rasa terpanggil untuk memberi komen dsebabkan :

1. Aku percaya ramai yang menjadi mangsa keadaan seperti nie. Kesian, bayar duit bulan2, tapi apa dapat
2. Kasihanilah dorang2 nie..ada yang berpendapatan di bawah kemiskinan, ada yang atas pagar, ada yang lintah darat (merujuk kepada sistem perbankan, yang dia tahu setiap bulan call,hntar surat,suruh bayar..amender? projek pun status terbengkalai
3. Melihatkan kawanku, 8 tahun bayar..yang ada..structure shja..pastu hutan banat keliling projek..apa kejadah ini semua.

Langkah terbaik dari Kerajaan untuk berbakti kpd masyarakat..

http://faizalazelan.blogspot.com/

zool said...

Betul tu.. cuma diharap ini mampu memberikan kesenangan kepasa rakyat

Sharinginfoz said...

Faizal: Yalah memang banyak kes berlaku dan harapan rakyat tak ada lagi kes macam ni di masa depan

zool: ya, itulah harapan kita semua....

Eyriqazz said...

Nik,

Pimp My broadband result dan kluar.Ko no. aku no. 37...Hahaha,ko nya lagi bagus sioot....Tahniah2...

Sharinginfoz said...

Eyriqazz: Thanks for the info...hmmmm dapat brodband digi free le kita ya