Tuesday, November 3, 2009
Bajet 2010 - Program Mikro Kredit Ar-Rahnu (Pajakgadai Islam)
"Program mikro kredit Ar-Rahnu merupakan satu instrumen penting dalam membantu golongan yang tidak layak mendapat pembiayaian dari institusi kewangan memperoleh modal perniagaan dengan mudah dan cepat. Program ini yang menggunakan emas sebagai cagaran telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua kalangan rakyat Malaysia. Sehingga 13 Oktober 2009, program ini telah melibatkan pembiayaan secara terkumpul berjumlah 4.7 bilion ringgit dan memberi manfaat kepada 3.7 juta pelanggan. Sebagai langkah untuk memperluaskan skim Ar-Rahnu, Kerajaan akan menggalakkan insitusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan pematuhan syariah, antaranya Bank Muamalat dan Bank Islam menawarkan skim ini."
Memang satu langkah yang baik oleh Kerajaan, so kalau sesiapa yang ada emas dan perlukan duit bolehlah menggunakan pajak gadai secara Islam so tak perlulah jumpa Along atau pi kedai pajak gadai biasa.... Jumlah yang dapat kita "pinjam" adalah berdasarkan harga emas semasa, tak kisahlah gelang ke, rantai ke... kalau anda ada jongkong emas pun boleh juga. Maybe pihak bank akan bagi "pinjaman", i.e. 70% daripada harga pasaran emas tersebut. Satu lagi, kaum wanita kat Kelantan suka sangat simpan duit dalam bentuk emas. Kalau tak percaya pergilah di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.... penuh dengan gelang emas di lengan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment