Pages

Saturday, June 27, 2015

Apa Ada di Pasar Ramadhan TTDI 2015

Tadi kebetulan pi area TTDI so singgah le kejap di Pasar Ramadhan TTDI untuk cari juadah berbuka. 
Ramai betul yang beratur kat satu gerai ni.
Rupa-rupanya mereka inginkan putu piring. Mesti sedap ni.
Putu piring ni kalau makan panas-panas sure terangkap tapi kenalah tunggu waktu berbuka ya. Kan sekarang ni kita berpuasa. So far ni kali pertama saya terjah di Param 2015 di TTDI.
Sate sudah semestinya salah satu makanan yang ada di param.
Siapa suka dengan tepung pelita. Sebut aja tepung pelita mesti teringatkan Paya Jaras. Tepung Pelita Paya Jaras ni memang terkenal. Tagline diaorang "Rasa Sebulan Rindu Setahun". Sekarang ni harga dia 5 ketul untuk RM3 berbanding dengan tahun lepas 6 ketul. Dengan confidentnya pi le kat depan tu untuk beli tapi rupa-rupanya ....................
Ramai yang beratur kat belakang so kena Q le ya.
Yang uniknya tepung pelita ni hanya dijual sebulan aja dalam setahun. So tunggu le puasa tahun depan pula ya. Satu lagi yang unik memang diaorang guan daun pandan dan bukannya perisa.
Kat TTDI ni juga ada masakan Kelantan yang diterbangkan khas dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Setiap hari ada delivery. Tapi hari Ahad Kak Noh ni tak jual kat param TTDI since dia nak juga berbuka ngan family.
Inilah yang istimewa percik perut ayam. Memang susah nak cari kat KL.
Ni benda yang grill ada juga.
Chicken wrap pun sodap. Lamb pun ada.
Tengok sotong ni teringat masa beli kat Taman Melawati
So belilah seekor untuk makan nanti. Anyway selamat berbuka semua.

Friday, June 26, 2015

Pembatalan Hak Milik dituntut Kereta di JPJ

Baru-baru ini saya telah pi ke JPJ Wangsa Maju untuk membatalkan hak milik dituntut bagi kereta saya memandangkan loan telah habis setelah membayarnya dalam tempoh 7 tahun. Lega rasanya sekarang ni loan kereta sudah habis dibayar.

Proses untuk pembatalan senang aja, just bawa geran kereta ke pejabat JPJ. Kalau kat Wangsa Maju tu, ianya kat tingkat atas. Then pi kat kaunter nombor cakap nak buat pembatalan hak milik dituntut then diaorang bagi nombor. Actually masa pi tu diaorang bagi nombor kat kaunter warga emas. Kelakar betul, then bila nombor dipanggil just bagi geran aja, then staff JPJ check dalam sistem diaorang then akan cop "Batal Melalui Sistem" then cop JPJ cawangan then diaorang sign. Siap le itu aja. Senang bukan.

Sunday, June 21, 2015

Colek Ayam dan Ketupat Sotong di Kedai JJ Kak Wok TTDI Shah Alam

Sebelum ni dah beberapa kali pi beli nasi kak wok di Kedai JJ TTDI Shah Alam. Semalam ternampak kat facebook Kedai Nasi JJ yang mereka ada buat jualan sempena bulan Ramadhan.
So apa lagi tadi terus terjah pi cari nasi kak wok untuk berbuka. Kedai JJ ni dibuka dari pukul 3.00 petang sampai kul7.00 petang sempena bulan puasa. Manakala malam pula dibuka dari pukul 8.00 malam hingga 12 tengah malam.
Gulai ayam siap dibungkus asing supaya ianya tahan lama untuk berbuka. Mengikut pekerja kat situ, kalau kita makan untuk bersahur pun boleh, so tak basi le.
Inilah yang saya cari sampai ke Shah Alam iaitu colek ayam yang mana quite famous juga di Kelantan. Harganya adalah RM15 untuk sebungkus.  
Dalam ni ada ayam, popis, paru, fish ball dan macam-macam lagi le. Sorry le tak buka lagi, tunggu waktu azan ya.
Kalau yang minat ketupat sotong pun ada harganya RM10 untuk 4 ekor.
 Colek kerang dan buah pun ada dengan harga RM5.
 Kalau yang minat onde-onde or buah melaka ianya dijual pada harga RM2. Kalau tak silap ada 8 ketul.
Sira pisang dan sagu pun ada. So begitulah juada berbuka yang ada kat Kedai JJ TTDI Shah Alam aka kak wok.

Saturday, June 20, 2015

Jom Tengok Rama-Rama

Bercuti di Cameron Highlands baru-baru ini, sempat terjah Taman Rama-Rama yang bertempat di Brinchang. Nak masuk dewasa RM5 manakala kanakl-kanak dikenakan caj sebanyak RM2.
Namanya Taman Rama-Rama so ada le rama-rama kat sini. Cantik aja tapi rama-rama ni asyik dok kat bunga aja, tak nak gerak langsung.
Ni pula kitaran hidup rama-rama.
Macam kepompong aja.
Tengok tu penuh dengan serangga ni. 
Bergambar jap.
Ni le pokok tomato. Kalau makan terus pun sodap ni.
Kaktus pun ada.
 First time tengok pokok brocolli.
Siapa tahu nama bunga ni.
Ni le morning glory. Alah yang buat nasi kerabu tu guna bunga ni le.
Ular pun ada. So kalau datang ke Cameron Highlands jangan lupa visit Taman Rama-Rama ya.

Sunday, June 14, 2015

Memang Sedap Sotong Tepung Big Boss Squid

Semalam pi Pasar Malam Taman Melawati then ternampak le sotong celup tepung Big Boss Squid. Apa lagi terus terjah dan bertanyakan harga. 
Seekor sotong Big Boss Squid ni adalah RM9 so apa lagi tangkap seekor. Besar juga sotong ni, tengok tempat dipotong tu.
Selepas digunting hasilnya dapatlaah sekotak. Saya pilih yang spicy untuk dibawa balik.
Yang sedap lagi saya makan dengan pencicah cili padi yang dibeli masa kat Cameron Highlands baru-baru ni.
Pencicah yang saya maksudkan ialah Miera Chili Api Sauce yang berharga RM10 sebotol. Boleh call 019-255 5944 / 013-283 5569 untuk maklumat lanjut pasal pencicah ni. Memang sedap sangat, so far inilah pencicah yang paling sedap pernah saya makan. Memang pedas manis dan kena ngan selera saya.

Saturday, June 13, 2015

OK Juga Pakaian Bak Tailor Untuk Raya Tahun Ni

Tahun ni beli pakaian di Bak Tailor le pula. Of course bukan warna yang kat atas kami pilih. Nanti kalau post kat sini tak surprise le kan. Entahlah masa tengok kat facebook diaorang dan instagram jatuh hati terus dengan koleksi sedondon.  
So semua sekali RM762.15 untuk satu keluarga. Harga ni selepas diskaun 10%. Memang salesperson layan dengan baik dari kami bertanyakan mengenai koleksi di Bak melalui whatsapp sampailah masa ambil pakaian tersebut. Actually ada sikit yang perlu dialter.
Inilah 16 warna ditawarkan untuk koleksi Bak Micro Poly Cotton. Memang cantik-cantik colour yang ada. 
Ada yang cream, peach, pink, emarald green dan macam-macam lagi le.

Friday, June 12, 2015

Seronok Betul Anak-Anak Main Giant Bubble

Baru-baru ini bawa famili bercuti di Cameron Highlands. So salah satu dari tempat yang dituju ialah Mardi. Tak sangka kat situ ada satu gerai yang menawarkan permainan untuk kanak-kanak iaitu giant bubble. Alah yang main buih-buih yang ditiup tu.
Macam-macam pakej ada serendah RM4 dan kalau tak silap ada juga yang sampai RM8. Pilihlah yang mana berkenan.
Saja je nak cuba so ambil le yang RM5. Diaorang bagi satu basen dan juga satu batang yang macam jaring tu. So celuplah batang tu dalam basen yang ada cecair macam sabun tu.
 
Tengoklah Afiqah suka betul.
 So jadilah buih yang besar. Main jangan tak main.
Tiba-tiba le banyak pula buih. Anyway tak kisahlah pi bercuti kat mana ngan famili janji anak-anak bergembira.