Pages

Sunday, June 21, 2015

Colek Ayam dan Ketupat Sotong di Kedai JJ Kak Wok TTDI Shah Alam

Sebelum ni dah beberapa kali pi beli nasi kak wok di Kedai JJ TTDI Shah Alam. Semalam ternampak kat facebook Kedai Nasi JJ yang mereka ada buat jualan sempena bulan Ramadhan.
So apa lagi tadi terus terjah pi cari nasi kak wok untuk berbuka. Kedai JJ ni dibuka dari pukul 3.00 petang sampai kul7.00 petang sempena bulan puasa. Manakala malam pula dibuka dari pukul 8.00 malam hingga 12 tengah malam.
Gulai ayam siap dibungkus asing supaya ianya tahan lama untuk berbuka. Mengikut pekerja kat situ, kalau kita makan untuk bersahur pun boleh, so tak basi le.
Inilah yang saya cari sampai ke Shah Alam iaitu colek ayam yang mana quite famous juga di Kelantan. Harganya adalah RM15 untuk sebungkus.  
Dalam ni ada ayam, popis, paru, fish ball dan macam-macam lagi le. Sorry le tak buka lagi, tunggu waktu azan ya.
Kalau yang minat ketupat sotong pun ada harganya RM10 untuk 4 ekor.
 Colek kerang dan buah pun ada dengan harga RM5.
 Kalau yang minat onde-onde or buah melaka ianya dijual pada harga RM2. Kalau tak silap ada 8 ketul.
Sira pisang dan sagu pun ada. So begitulah juada berbuka yang ada kat Kedai JJ TTDI Shah Alam aka kak wok.

3 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

byknye pilihan....rindu colek ayam....

mama tisya said...

colek ayam dapnye

eelobor said...

murah sangat doh tu ketupat sotong RM10 untuk 4 ekor. semalam orang rumah pun buat....boleh makan sampai puas hati