Pages

Saturday, October 31, 2009

Apa Smaland IKEA dah Penuh!!!!!

Petang tadi pi IKEA, memang ramai sangat sampaikan tunggu parking pun dekat 15 minit... Pas tu pulak bila sampai tempat permainan kanak-kanak, Smaland ada pulak sign ni, dah penuh rupanya so kenalah tunggu lebih kurang 20 minit kot.....

Apa itu Smaland?? Ianya tempat mak bapak letak anak-anak masa pi tengok-tengok perabut or hiasan rumah dan macam-macam lagi ada sana...... Kiranya senang le tak payah pening kepala dengan anak-anak semasa kita jalan-jalan, tengok2 apa yang kita berkenan.... Tapi Smaland ni untuk kanak2 yang berumur 3 hingga 10 tahun... Sorry lah kepada yang ada anak kecil tu tinggal kat rumah ajalah.... Kat sana, memang tak payah bayar, dia bagi letak budak2 satu jam dan diawasi oleh staff IKEA.... Ada bilik bola, alah bola yang kecil tu banyak sangat, pas tu budak2 boleh tengok TV, colouring dan buatlah apa yang mereka suka.....

Danish dan Afiqah memang muka bosan aja, yalah sebab tak boleh masuk lagi, then Afiqah dengan selambanya pi ambil stool dan pi letak tempat orang main, apa ya, alah yang lompat2 tu... Afiqah memang suka sangat dengan colour pink...... Tu diaorang asyik tengok TV, citer spongebob kot..... Lagi satu Danish suka sangat pakai baju Ben 10.......


Inilah bear yang Danish colour, then tanya pulak Afiqah, mana pulak awak punya gambar, dia cakap, Afiqah dapat kawan tapi dia tak tahu pulak nama budak yang berumur 4 tahun tu... Aku tanya lagi macam mana boleh kawan ngan budak tu, Afiqah jawap dah budak tu senyum kat Afiqah then Afiqah kawan lah dengan dia..... Oklah untuk hari ni......

Bajet 2010 - Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

"Kerajaan adalah dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan cukai barangan danperkhidmatan (GST), terutamanya untuk menilai impak sosial (social impact study) terhadap rakyat. Tujuan kajian adalah supaya rakyat tidak dibebankan dengan pengenalan cukai ini, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan Kerajaan. Sekiranya Kerajaan melaksanakan GST, ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta pengecualian tertentu akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Kadar GST yang akan dikenakan dijangka lebih rendah daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada."

Pernah tak anda melihat iklan pizza hut ini? Cuba teliti berapakah harga sebelum cukai dan perkhidmatan??? RM7.95 dan apakah harga selepas??? RM9.15... Perbezaannya ialah 15%, secara senangnya diharapkan dengan pengenalan GST rakyat tidak perlu membayar 15% lagi......

Satu lagi kajian mendalam perlu dilakukan agar kadar GST tidak membebankan rakyat terutamanya golongan rendah dan sederhana.... Ini sangat penting kerana barang2 yang wajib tak perlu dikenakan GST.. Kalau yang mewah ke patutlah, letak tinggi sikit pun rasanya tak apa.... Yang penting inflasi negara tidak naik mendadak, rakyat happy dan govt pun happy dengan hasil cukai untuk tujuan pembangunan.....

Peningkatan.... Bagus.....

Semalam dah ambil buku rekod Afiqah, memang cikgu dia cakap baguslah....... Bukannya apa mula-mula masuk tadika, dia ni jenis yang pemalu dan tak banyak bercakap.... diam aja, sekarang tengok le, bila cikgu panggil nama dia... apa lagi Yes teacher, dengan suara dia kuat pula.....

Yang penting dia ada skill untuk berkawan dan komunikasi, bukannya nak suruh dia terror giler-giler, basic cukuplah... tapi kalau dia pandai sangat2 pun tak apa, yang penting tak nak push dia, lapipun baru aja lima tahun... kalau macam aku dulu, mana ada masuk tadika dok rumah main guli aja......

Friday, October 30, 2009

Bajet 2010 - Menambahbaik Pengangkutan Awam




Komuter
"Menambah 8 Electric Multiple Unit (EMU) yang baru dan membaikpulih 9 EMU oleh KTMB. Langkah ini akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan Komuter."

Bagi yang selalu naik Komuter ni selalu berdepan dengan masalah ramai pengguna sehinggakan susah nak masuk atau keluar. Satu lagi selalu tak mengikut masa. Di harap dengan adanya extra EMU dan baikpulih, ianya dapat melancarkan pergerakan dan mengikut masa yang ditetapkan.

LRT
"Menambah 35 unit tren Aliran Transit Ringan (LRT) oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad bagi laluan Kelana Jaya-Taman Melati. 4 unit tren telah diterima dan sedang beroperasi, manakala 22 unit akan diterima pada tahun 2010 dan bakinya pada tahun 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat."

Pengguna LRT juga menghadapi masalah sesak especially masa puncak, just tengok ajalah kalau naik tren nak ke office pada pukul 7.30 pagi ke atas sure susah nak masuk, kalau dapat masuk pun memang macam sardin, dibuatnya....... Satu lagi at least sebulan sekali mesti ada problem. Kalau dah ada tren yang lebih banyak semoga tak jadi masalah lagi.... Kita kan nak guna public transport kelas pertama... Kalau tak macam mana nak galakkan org guna public transport dan mengurangkan kesesakan di jalan raya......

STAR
"Membina laluan berbumbung menghubungkan stesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran. Stesen terlibat adalah Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jalan Sultan Ismail, PWTC dan Jalan Hang Tuah."

Rasanya naik STAR ni tak ada masalah sebab tak seramai orang naik Komuter atau LRT dan sebab itulah Kerajaan focus pada laluan berbumbung. So lepas ni, kalau nak ke Sogo ke, The Mall ke atau Pasar Seni, so tak ada masalah le kalau masa hujan sebab tak basah le.... So ini dapat memudahkan pergerakan dan merancakkan aktiviti perniagaan di tempat sekitarnya.....

Semoga dengan inisitif ini dapat mengalakkan rakyat untuk menggunakan kenderaan awam dan ini sangat penting terutamanya nanti kalau masa depan harga minyak di pasaran naik melambung lagi......

Thursday, October 29, 2009

Bajet 2010 - Skim Persaraan 1Malaysia


"Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, termasuk pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan, apabila mencapai umur persaraan. Ini kerana mereka tiada pencen atau simpanan di KWSP untuk hari tua. Untuk golongan seperti ini, Kerajaan akan menubuhkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP. Melalui skim ini, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Sekali lagi sebagai bukti Kerajaan yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat, sukacita diumumkan bahawa bagi setiap 100 ringgit caruman, Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak 60 ringgit setahun. Akan tetapi sumbangan Kerajaan ini adalah hanya untuk tempoh 5 tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP. Sebagai contoh, sekiranya seorang nelayan berumur 35 tahun membuat caruman sebanyak 100 ringgit sebulan secara konsisten selama 20 tahun, beliau akan mempunyai simpanan terkumpul yang dianggarkan sebanyak 40 ribu ringgit pada umur 55 tahun kelak. Namun caruman ini tidaklah boleh dikeluarkan awal, kenalah tunggu sehingga mencapai umur 55 tahun."

Satu langkah yang baik oleh Kerajaan untuk menjamin masa depan golongan yang tiada pendapatan tetap, saya rasa ianya akan juga dipanjangkan kepada suri rumah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka apabila mencapai umur persaraan kelak. Ini macam force saving, lagipun ianya tidak boleh dikeluarkan sehingga berumur 55 tahun. Satu lagi kadar dividen yang akan diperoleh daripada KWSP adalah kompetitif dan terjamin.....

Saya berpendapat jumlah RM60 setahun maksimum yang akan diberikan oleh Kerajaan selama 5 tahun perlu ditambah mungkin kepada RM120 mungkin selama 10 tahun....... Jika anda tidak mahu menyertai Skim Persaraan 1Malaysia, boleh mengambil skim annuiti atau simpan di tempat lain, mungkin Tabung Haji tetapi sukar untuk kita berdisplin kerana ianya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.....

Jadi pilihan di tangan anda, apa-apa pun yang penting sediakan simpanan untuk masa depan, tidak kiralah di mana, janji tempat yang sah.......

Wednesday, October 28, 2009

Bajet 2010 - Caruman KWSP


"Jika semua masih ingat, semasa pengumuman Pakej Rangsangan Pertama dulu, Kerajaan telah membentangkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman KWSP secara sukarela daripada 11 peratus kepada 8 peratus selama 2 tahun mulai 1 Januari 2009. Terkini, mengambil pandangan umum dan memandangkan keadan ekonomi dijangka pulih, sukacita saya mengumumkan untuk membenarkan kadar potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa secara serta-merta. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2011, caruman pekerja KWSP akan dikekalkan pada 11 peratus."

Mengikut bajet, ianya berkuat kuasa serta-merta tetapi check dengan KWSP website ianya seperti berikut:

"KWSP Alu-alukan Bajet 2010 Fokuskan Kesejahteraan Rakyat

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memuji Bajet 2010 yang memberikan penekanan utama kepada kemakmuran negara dan rakyatnya.

Sehubungan itu, semua pengumuman berkaitan KWSP seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2010 sedang dalam proses perincian dan maklumat lanjut mengenai pengumuman tersebut akan diumumkan selepas 15 Disember 2009 sebelum dilaksanakan pada awal Januari 2010.

Tarikh : 26 Oktober 2009

Bagi pekerja yang telah menurunkan caruman kepada 8%, ianya boleh dinaikkan kembali kepada 11% jika anda mahu, jika tidak kadar akan kekal pada 8% sehingga hujung tahun 2010. Saya rasa mungkin jika anda mahu kekal 8%, anda tak perlu berbuat apa-apa tapi jika anda ingin naikkan kepada 11% mungkin anda diperlukan mengisi form yang akan dikeluarkan oleh KWSP kelak...

Apakah implikasi jika anda memilih untuk naikkan caruman kepada 11%.??

Contohnya anda berumur 25 tahun dan gaji sekarang ialah RM2,000 sebulan, dan dividen KWSP ialah 5% setahun...... Untuk tahun 2010, pendapatan kasar tolak KWSP akan berkurangan sebanyak RM720 (3% X 2,000 X 12) tetapi saving anda apabila anda berumur 55 tahun kelak akan bertambah sebanyak RM3,112. Anda fikirkanlah sama ada anda ingin berbelanja RM720 sekarang atau ingin berbelanja RM3,112 pada masa 30 tahun akan datang......

Saya berpendapat, bagi yang telah memilih untuk berada pada 8%, kekalkanlah sebab rasanya impaknya tak maksima, he he he, sebab perbezaannya tak ketara..... lagipun untuk satu tahun lagi then boleh membantu negara untuk menjana ekonomi......


Tak dapat 100% tak apa.....


Cepatnya baru aja semalam ada exam untuk maths, hari ni dah dapat keputusan..... Tak apalah Danish tak dapat 100% pun tak apa, dapat 96% tu pun dah kira OK sangat.... Hmmmm, memanglah kekadangan perbezaan beberapa markah pun boleh menentukan kedudukan untuk darjah 2 nanti...



Bila tengok betul-betul rasanya cikgu silap kira. Sepatutnya danish dapat 98%, hmmmmm nanti esok danish bawa semula kertas periksa ni dan bagi kat cikgu suruh cikgu check semula..... cakap kat cikgu, danish tak kisah cikgu silap kira janji dapat 98%.

Darjah Satu, Cepatnya.............



Hmmmm, kejap aja rasanya dah nak habis Danish berada dalam darjah satu. Jumaat ni dah kena hantar semula buku teks dan ambil pula untuk darjah dua........

So, bolehlah kot tengok-tengok buku teks tu, maklumlah kan cuti sekolah lama, takkan nak mengadap komputer dan tv ajakan...... Rasanya result exam yang akan menentukan kelas akan diketahui sebelum cuti kot..... harap-harap danish dapat berada dalam kelas yang OK sikit.. Macam aku dulu teruk juga semasa darjah satu hingga tiga, maklumlah tadika pun tak pergi.....

Tuesday, October 27, 2009

Bajet 2010 - Bonus / Saguhati Kakitangan Awam / Pesara

UPDATE:
BONUS RM500 BAGI KAKITANGAN AWAM DAN PESARA


PREVIOUS ENTRY:
"Sememangnya kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat adalah dihargai. Lalu baru-baru ini, saya telah mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak 500 ringgit kepada penjawat awam kumpulan sokongan. Sukacita saya ingin mengumumkan bayaran khas ini dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib Kerajaan. Bayaran khas ini akan dibuat pada bulan Disember tahun ini. Langkah ini memerlukan peruntukan tambahan sebanyak 400 juta ringgit. Ini menunjukkan Kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara. Oleh itu, Kerajaan berharap supaya penjawat awam dan pesara menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya."

So kakitangan awam lain dan pesara juga dapat pemberian saguhati sebanyak RM500 daripada Kerajaan dan akan dibayar Disember ini. Baguslah at least dapat mengurangkan bebanan mereka especially belanja untuk anak-anak sekolah..... Bagi kakitangan sokongan jangan lupa RM250 telah pun diberi sebelum Raya Puasa yang lepas so dapatlah balance RM250 nanti...... Walaupun pemberian saguhati kali ini hanyalah RM500 ianya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan... Memanglah kalau boleh dapat RM1 ribu ok juga.........

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 - Menstruktur semula skim subsidi minyak



"Minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Keadaan ini membebankan Kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi. Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi. Kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010. Sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada. Pendekatan untuk memberi subsidi bagi kumpulan sasar sahaja akan juga digunakan untuk komoditi lain."

Secara mudahnya ialah bermula awal 2010, Kerajaan akan make sure subsidi minyak akan dinikmati oleh orang yang memerlukan sahaja. Di sini Kerajaan memberi indicator bahawa org yang guna kereta mewah dan rakyat asing akan membayar petrol dengan harga yang lebih mahal. Macam mana mechanismnya tidak dijelaskan dengan detail tetapi akan menggunakan MyKad. Di harap Kerajaan dapat minimakan salahguna, sebagai contoh, kalau anda bergaji tinggi (ni boleh check dengan LHDN) then your MyKad akan ditag sebagai orang yang tak perlu subsidi, then apa kata kalau dia suruh wife dia pi isi minyak?????

Ataupun, rakyat Malaysia tolong isi minyak untuk warga asing atau setiap orang diberi limit untuk menerima subsidi i.e. RM100 sebulan..... Apa-apa pun, kita tak perlu speculate dan tunggu announcement daripada Kerajaan. Sekali lagi diharap tak ada kebocoran atau salah guna sistem yang akan diperkenalkan kelak.....

Bagi anda di sana yang guna kereta mewah atau rakyat asing, bersedialah dengan sistem baru...........

Jom Makan KFC

Hmm, anak-anak aku hari ni nak makan KFC pula. Memang makan KFC sedap juga tapi kalau selalu memang bosan le.....

Afiqah memang suka sangat makan ayam goreng, memang tak sah kalau tak beli ayam.... Hmmm, tapi rasanya tak adalah sampai menjilat jari....


Danish pulak memang suka makan nugget, entahlah jenis yang tak makan nasi, tak tahulah apsal takut sangat ngan nasi, masa kecik2 dulu memang makan tapi sekarang kalau bagi RM100 pun tak nak makan nasi.....

Bajet 2010 - Cukai Pendapatan Individu

Semasa perbentangan bajet 2010 oleh Menteri Kewangan / PM Jumaat lepas, terdapat 4 perkara mengenai Cukai Pendapatan Individu. Walau bagaimanapun, saya terdapat 2 perkara yang saya ingin kongsikan:
  1. "Kerajaan sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat. Dalam Bajet 2009, Kerajaan telah mengurangkan kadar cukai individu maksimum daripada 28 peratus kepada 27 peratus. Bagi memastikan kadar cukai pendapatan individu kekal kompetitif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan lagi daripada 27 peratus kepada 26 peratus, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Berikutan dengan ini juga, kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus."

    Dengan bahasa mudahnya ialah cukai individu maksimum telah diturunkan kepada 26% mulai tahun taksiran 2010. Apakah implikasinya dan siapa akan mendapat manfaat daripada announcement ini? Saya berpendapat apabila kadar cukai maksimum diturunkan secara automatik tax bracket yang lain juga akan turun. Sebagai contohnya kalau sebelum ini pendapatan bercukai anda ialah 13%, maybe ianya akan turun juga kepada 12%. Begitulah harapannya.

    Di sini saya ingin mengupas mengenai mereka yang berpendapatan bercukai sebanyak RM250,000 setahun. Sekali lagi, berpendapatan bercukai bukannya pendapatan sebanyak RM250,000 setahun......... Bezanya ialah berpendapatan bercukai telah ditolak dengaan pelepasan, i.e. individu sebanyak RM8,000 (sebelum ini), KWSP, anak dan lain-lain lagi.....

    Contohnya kalau anda berpendapatan bercukai sebanyak RM300,000 setahun, perbezaan cukai ialah sebanyak RM500. Macam mana nak kira? (RM300,000 - RM250,000) X (penjimatan 1%, iaitu penurunan daripada 27% kepada 26%)
    .

  2. "Di samping itu, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan mencadangkan pelepasan diri dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 9 ribu ringgit. Ini bermakna, setiap pembayar cukai akan menikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak 1 ribu ringgit. Pelepasan ini juga berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010."

    Bahasa senangnya ialah pelepasan diri dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM9 ribu mulai tahun taksiran 2010. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bercukai anda sebanyak RM40,000 setahun, tax bracket anda ialah 13% so, dengan adanya peningkatan pelepasan diri sebanyak RM1,000 extra (RM9 ribu - RM8 ribu), so cukai anda sekarang akan berkurang sebanyak RM130 (RM1,000 X 13%).

    So kesimpulannya, dengan kenaikan pelepasan diri ianya dapat mengurangkan cukai yang anda perlu bayar, i.e. dalam kes di atas sebanyak RM130 tetapi anda kena ingat bahawa kerajaan akan mengenakan cukai perkhidmatan / caj kad kredit sebanyak RM50 bagi kad utama. So jika anda mempunyai 2 kad, net effect ialah anda jimat RM30 (RM130 daripada penjimatan cukai pendapatan - RM100 bagi pembayaran cukai perkhidmatan kad kredit).


Sunday, October 25, 2009

Good Luck My Son


He he he, just nak bagi surprise kat my son, Danish. Dia dah pun tidur, esok pagi-pagi nak bagi kat dia. Just to say good luck, maklumlah ada exam esok. Biarpun hanya exam akhir tahun untuk darjah satu tapi I think we should show that we care about them.....

Satu Pagi di Tesco


Baru saja balik dari Tesco Ampang tadi. Oklah ramai juga orang tapi kaunter kat sana cepat juga jika dibandingkan dengan hypermarket lain. Boleh dikatakan tiap2 minggu kitaorang pi Tesco sebab senang, parking banyak pas tu semua benda ada kat sana. Anak-anak pun suka. Kalau pi sana, selalu juga breakfast kat kedai mamak tu, nasi lemak dia memang sedap......

Hmmmmm, satu lagi kat Tesco ni kalau beli yang Tesco Choice boleh dikatakan setanding dengan jenama terkemuka.... Kualiti ok pada harga berpatutan. Tapi sesetengah orang tak suka dengan jenama Tesco, biasalah tu ada yang suka dan ada yang tak kan.

Bajet 2010 - Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar (PTPTN, KTMB, Broadband, Netbook dan Biasiswa)

Dalam bajet yang dibentangkan baru-baru ini, terdapat 4 inisiatif bagi menjaga kebajikan golongan pelajar:
  1. "Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia"

    Ini berita baik kepada pelajar yang mana sebelum ini terdapat complaint daripada ibu-bapa mengenai anak mereka mendapat keputusan terbaik dalam SPM tapi tak dapat biasiswa. Tapi nak dapat top 30 dalam negara bukan senang. Kena belajar dengan konsisten.


  2. "Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah muda kelas pertamaa atau setaraf dengannya bermula 2010"

    Hmmmmmm, apa lagi inilah peluang, kalau dapat 1st class tak payah bayar loan, yang mana kalau tak silap saya faedah yang dikenakan adalah masih 4%. Lagi satu loan tu bukannya kejap, bila dah kahwin dan ada anak loan PTPTN masih tak habis dibayar lagi. Tetapi ini yang dapat 1st class aja, mungkin kerajaan perlu pertimbangkan i.e. diskaun 50% kepada yang dapat 2nd class upper, ke.... Sebab bukannya senang nak dapat 1st class, berapa kerat ajalah...... Apa-apa pun, satu benda yang baik oleh govt.



  3. "Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah. Untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010"

    Oklah tu diskaun 50% tetapi harap-harap janganlah pula ada restriction macam kalau nak travel hari weekend tak dapat diskaun pula or masa cuti sekolah tak boleh guna pula or kalau nak book on-line tak boleh.... Biarlah ianya flexible. Sebagai ilustrasi, jika seorang pelajar ingin menaiki train dari Alor Setar ke KL, harga biasa bagi kelas kedua ialah RM81 sehala, so sekarang ni hanya perlu bayar RM40.50, so jimatlah......... macam buy one free one le.....

  4. "Menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh 2 tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010"

    Di pasaran, pakej broadband yang paling murah ialah Streamyx 384, iaitu RM60 sebulan (sumber: Digi website). Yang ini dowload speed of 384kps. Yang tu hanyalah langganan broadband aja tapi yang kerajaan umumkan ialah langganan dan netbook. Tetapi mengapa hanya 2 tahun kerana nak habiskan pengajian Ijazah memakan masa 3 tahun ada yang 5 tahun. Satu lagi diharapkan servis OK le tak nak le nanti tersangkut-sangkut, yalah dah ramai pakai takut ianya terjejas pula. Apa-apa pun, satu lagi inisitif yang bagus daripada govt.

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 - Kad Kredit (Budget 2010 - Credit Card)

"Dewasa ini perangkaan menunjukkan bahawa penggunaan kad kredit adalah semakin meluas. Bilangan kad kredit meningkat daripada lebih 2 juta pada tahun 1997 kepada 11 juta sehingga Ogos 2009. Bilangan tersebut tidak termasuk kad caj sebanyak 285 ribu yang telah dikeluarkan pada ketika ini. Sebagai langkah untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah, Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak 50 ringgit setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yaang diberi percuma. Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak 25 ringgit setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan. Langkah ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januai 2010."

Apa maksudnya?

Ini maknanya bermula 1 Januari 2010, charge akan dikenakan sebanyak RM50 setahun bagi setiap kad kredit utama dan kad caj. Di samping itu, RM25 setahun dikenakan kepada kad kredit tambahan.

Komen:

Sekiranya dalam market ada 50% kad kredit utama dan 50% kad kredit tambahan, Kerajaan akan memperoleh pendapatan daripada kad kredit sebanyak RM412.5 juta setahun dan RM14.25 juta daripada kad caj. Semuanya berjumlah RM426.75 juta setahun. Pendapatan ini akan digunakan untuk pembangunan negara.

Pada pandangan saya, ianya tidak akan mengurangkan penggunaan kad kredit dan tak ramai orang akan cancel kredit card yang ada sekarang dengan pengenalan cukai ini. Walau bagaimanapun, bagi yang mempunyai banyak kredit card i.e. 6, cukai yang kena dibayar ialah RM300 setahun. So kalau kad tu tak utilise, saya berpendapat baik di cancelkan sebelum akhir tahun ini. Buat apa nak pegang kad kredit kalau kita tak guna. Seperti yang saya sarankan sebelum ini, limit kan kad kredit sebanyak dua sahaja.

Diharapkan dengan ini, dapatlah kiranya tujuan utama pengenalan cukai ini, menggalakkan perbelanjaan berhemat dapat dicapai.

Mari Bercuti di Cameron Highlands

Ini gambar just nak share semasa bercuti di Cameron Highlands. Memang seronok dan temoat yang menarik untuk membawa keluarga ke sana. Cuacanya sungguh sejuk dan nyaman.


Tempat yang kami stay ialah Strawberry Park. Entahlah apasal bagi nama tu pulak mungkin disebabkan straberry memang famous kat sana. Danish dan Afiqah memang suka sangat datang sini yalah keadaannya berbeza dan berlainan.

Kalau yang nak having fun with family, boleh juga pi kat strawberry farm, bolehlah petik sendiri strawberry, kalau tak silap RM20 untuk dua orang, tetapi aku masuk sekeluarga 4 orang, bukannya beza pun, hmmmmm memanglah harga RM20 tu lebih mahal jika dibandingkan dengan yang dah siap di pack, tetapi sekali sekala ok apa.

Tapi kalau nak sedap bila beli strawberry tu makan terus baru fresh, kalau rasa macam masam boleh letak coklat, memang sedap. Kalau tak percaya cubalah.


Satu lagi kalau bosan-bosan melawat strawberry, bolehlah pi tengok kaktus. Memang banyak jenis pokok kaktus kat sana.

Friday, October 23, 2009

Ringkasan / Intipati Belanjawan / Bajet 2010 / Summary of Budget 2010

BAJET 2011


Berikut ialah ringkasan budget 2010 yang baru sahaja selesai dibentangkan:
  • Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband
  • Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
  • Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
  • Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
  • Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
  • Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
  • LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
  • Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
  • Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
  • Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
  • Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
  • Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
  • Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
  • Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas - ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
  • Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
  • Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
  • Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
  • Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
  • Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

Nanti saya akan memberi ulasan dan pendapat saya mengenai bajet yang dibentangkan hari ini.

Malunya aku!!!!!!


Tahu tak apa terjadi hari ni??? Malunya rasanya. Beria-ria call AAM, kete aku tak boleh start, rasa nak marah aja kat AAM sebab janji 45 minit to 1 jam tapi dia datang lebih kurang 1 jam 15 minit. Aku nak juga marah kat Proton, baru aja kete tu diservis selepas raya pose baru-baru ni, kalau bateri kereta weak cakaplah boleh juga tukarkan terus.

Ni tak menyusahkan aja. Guess what, bila pomen AAM datang dia bawak keluarlah gadget dia, tengok bateri, hmmmmmm bacaan 11.1 kalau biasa 12 kot. Aku pun tak faham. Lepas tu dia suruh aku start, memang tak boleh start punya, apa diaorang ingat aku call AAM suka-suka ke.

Lepas tu pomen tu cuba start, rupanya gear kat R, memang le tak boleh start, lain kali kalau nak start kete tu, make sure gear kat N or P. He he he.....

Apa yang dapat aku pelajari ialah:
  1. Check dulu sama ada hon kete tu bunyi ke tak, kalau bunyi kuat maknanya bukan masalah bateri
  2. Make sure sebelum start kete, gear bukannya kat R atau D
  3. Kalau nak tahu lebih-lebih tanya pakar

Thursday, October 22, 2009

Perlindungan - Takaful / Insurans




Mengapa perlu ambil takaful / insurans?

Ianya sebagai perlindungan atau untuk menjamin masa depan anda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Contohnya, jika berlaku kematian. Ini sangat penting terutamanya bagi yang mempunyai tanggungan, tidak kira isteri atau anak-anak. Bayangkan sekiranya anda meninggal dunia kelak, macam mana dengan anak isteri anda jika tidak disediakan wang yang secukupnya.

Ambillah dari sekarang. Anda masih tidak terlambat. Bagi yang mempunyai anak, bolehlah bermula dengan sedikit, i.e. RM50 sebulan, jika duit dan banyak tambahlah. Banyak syarikat yang menawarkan takaful atau insurans. Sebagai contoh Takaful Malaysia, skim siswa. Apabila cukup masa, i.e. anak anda sudah mencapai umur 18 tahun bolehlah kita mengeluarkannya, sama ada ingin keluarkan sekaligus ataupun setahun sekali sehingga anak anda berumur 21 tahun.

Jika ditakdirkan anda meninggal dunia, syarikat takaful akan meneruskan pembayaran bagi pihak anda so anda tidak perlu risau. Kunjungilah mana-mana syarikat takaful / insurans dan carilah polisi yang sesuai untuk anda. Anda masih tidak terlambat.

Wednesday, October 21, 2009

Bercuti di Port Dickson

Just nak share gambar-gambar semasa bercuti di Port Dickson. Tak ingat pula, masa tu berapa umur anak-anak aku. Sebelum tu eloklah aku kenalkan dengan sepasang anak aku. Yang lelaki tu Danish berumur 7 tahun dan yang pompuan tu Afiqah berumur 5 tahun.

Memang Danish dan Afiqah suka sangat pi ke PD. Yalah kekadang dok kat KL bosan juga kan dengan keadaannya. Kat sini boleh pi main-main kat pantai. Gambar di atas di ambil kat Teluk Kemang. Kalau pi PD tak singgah kat sini memang tak sah. Ramai yang datang, especially masa weekends.



Kat sini juga, bebudak memang suka main kereta, maklumlah boleh bawa sendiri. Konon-kononnya macam bawa kereta macam orang dewasa. Tak mahal, cuma RM3 untuk masa lebih kurang 5 hingga 7 minit. Tapi yang tak tahannya anak aku yang pompuan ni takut sikit. Itu masa dulu sekarang ni dah tak takut. Nanti lain kali boleh visit lagi PD.

Perancangan Kewangan


Semua orang perlu merancang kewangan tidak kira sesiapa sahaja, yang kecil mahupun besar, sama ada banyak atau sedikit. Yang penting apa yang kita dapat kita kena belanja secara berhemah. Seboleh-bolehnya simpanlah sedikit wang yang kita dapat untuk apa-apa tujuan di masa akan datang.

Berikut ialah tujuan mengapa kita perlu merancang kewangan:
  1. Untuk tujuan kecemasan: manalah tahu jika sesuatu berlaku di luar jangkaan kita pada masa depan, contohnya kereta rosak, anak sakit, telefon hilang dan macam-macam lagi. Jika kita tidak ada sedikit wang untuk tujuan ini, maknanya kawan atau mak bapa lah tempat kita tuju.
  2. Untuk tujuan pendidikan: manalah tahu anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tidak kisahlah sama ada untuk mendapat kerja atau gaji yang lebih baik, ingin berehat daripada alam pekerjaan atau disebabkan jiran anda sambung pelajaran. Lainlah kalau anda dapat biasiswa atau sponsor daripada ibu-bapa. Pendidikan anak-anak di masa depan juga sangat penting
  3. Kerana ingin berkahwin: yang ni untuk bujang aja, kalau yang dah kahwin kenalah dapat permission daripada first wife dulu. Sekarang kalau nak kahwin, rasanya kalau tak ada RM15,000 to RM20,000 susahlah, so rancanglah awal-awal lagi.
  4. Untuk menimbang cahaya mata, bagi yang dah berkahwin, kedatangan anak di dalam rumahtangga dapat merapatkan lagi hubungan suami-isteri tetapi kita hendaklah bersedia lebih awal, banyak perbelanjaan yang diperlukan, contohnya pampers, susu, bil perubatan dan banyak lagi.
  5. Untuk membeli barang yang kita idamkan: contohnya kita hendak membeli telefon bimbit yang berharga RM2,000. Banyak cara kita boleh memperolehinya, contohnya, pinjam duit member, hutang kad kredit, bayar secara ansuran tetapi yang digalakkan ialah dengan membeli secara cash. Tetapi untuk mendapatkan cash sebanyak RM2,000 bagi kebanyakkan orang tidak senang kerana banyak perbelanjaan lain perlu diutamakan, so pandai-pandailah simpan, i.e. RM200 sebulan selama 10 bulan
  6. Untuk tujuan perubatan: Bagi yang tiada perlindungan insurans / takaful atau majikan tidak cover, ini adalah sangat penting especially sekarang ni kosnya telah meningkat dengan mendadak so simpan-simpanlah.
  7. Bagi tujuan persaraan: Kita tidak boleh mengharapkan simpanan KWSP semata-mata, perlulah kita simpan sebahagian daripada gaji kita. Kita tidak boleh mengharapkan anak sahaja.

Monday, October 19, 2009

Slurpee's Contest

I have entered the Slurpee's Contest and voting period is between 19 October and 25 October. I really appreciate it if you could vote the pictures below and do not forget to verify the voting once they send the verification request to your e-mail. Please click the link, which is best view using Forefox.

Contest (Please click here)

Saturday, October 17, 2009

Pengalaman Dengan Nuffnang

Hari ini saya ingin menulis sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya dengan Nuffnang. Apa itu Nuffnang? Nuffnang.com ialah syarikat pertama dan peneraju di Asia-Pasifik bagi sektor pengiklanan melalui blog-blog. Secara senangnya, Nuffnang akan menemukan syarikat yang ingin mengiklankan barang-barang mereka dengan bakal-bakal pengguna melalui bloggers.

Apa yang bloggers akan dapat daripada Nuffnang? Terdapat ganjaran kewangan kepada bloggers yang meletakkan iklan di dalam blog mereka. Pendapatan mereka akan dikira bergantung kepada purata pelawat yang unik (average unique visitors). Ini bermakna kalau anda melawat 100 kali dalam blog saya dalam sehari, ianya dikira sebagai 1 pelawat yang unik bukannya 100. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut sila layari website Nuffnang.

Sekarang saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya sendiri bersama Nuffnang. Lebih lima tahun dahulu saya telah menulis blog tetapi sudah berhenti. Pada 2 Oktober lepas, saya menulis kembali kerana saya ingin berkongsi maklumat dengan pembaca di luar sana.

Pada minggu pertama, terdapat 352 pelawat unik (secara purata 50 sehari) ke blog saya. Seterusnya pada minggu kedua, ianya meningkat kepada 462 pelawat unik (secara purata 66 sehari), ianya peningkatan sebanyak 32%. Saya tahu banyak benda yang perlu saya pelajari lagi untuk meningkatkan pelawat ke blog saya.


Dalam tempoh 2 minggu tersebut, pendapatan yang dijana melalui Nuffnang ialah RM28.30, memang tak banyak tetapi ianya sekadar suka-suka aja. Di sini saya ingin memberi kredit kepada blogger "Great Teacher Onizuka" yang telah link kan blog saya.

Friday, October 16, 2009

Tips - How to Increase Visitors to Your Blog

Since tomorrow is weekend, saya tak nak pembaca semua tak perlu berfikir mengenai subjek kewangan lagi, so di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai tips untuk meningkatkan pelawat ke blog anda:

  1. Pastikan blog anda selalu dikemaskini, kerana pembaca tidak suka melawat blog yang mempunyai tulisan yang sama

  2. Pilihlah topik yang menarik dan jangan sekali-sekali "copy and paste" from other blogs, buatlah sedikit kelainan dan biarlah mempunyai identiti tersendiri

  3. Jangan lupa lawati blog yang terkenal dan ramai pelawat dan jangan lupa tinggalkan komen dalam blog tersebut, dengan itu bolehlah mereka melawat blog anda pula

  4. Jangan segan-segan untuk bertukar-tukar link dengan bloggers lain, kita kan saling memerlukan antara satu sama lain

  5. Kurangkan grafik di dalam blog anda kerana ianya akan melambatkan pelawat mengunjung ke blog anda

  6. Promosikan blog anda kepada kawan-kawan, tidak kiranya melalui facebook dan lain-lain media

  7. Apabila anda mengunjung blog lain yang mempunyai "shout box", jangan lupa tinggalkan link blog anda

  8. Apabali kita berforum, letakkan alamat blog anda di bawah nama anda sebagai "signature"

  9. Akhir sekali, kalau tak berjaya juga, cubalah cara lain dan tanya bloggers yang berjaya, selamat mencuba.

Wednesday, October 14, 2009

Tips Membayar Bil

Cubalah ikuti tips yang boleh kita ikuti apabila ingin membuat pembayaran bil tidak kira sama ada ianya bil elektrik, internet, air, telefon dan apa-apa aja:

  1. Pembayaran perlu dibuat di dalam masa yang ditetapkan, jangan bayar lambat nanti tak pasal-pasal perkhidmatan terganggu atau anda dikenaka charge lewat bayar

  2. Buatlah auto-debit sama ada ditolak terus daripada akaun bank ataupun kad kredit anda, sesetengah syarikat akan memberi diskaun jika cara pembayaran dibuat menggunakan kaedah ini

  3. Lebih menjimatkan masa dan wang anda sekiranya pembayaran dibuat menggunakan perbankan internet, i.e. maybank2u, sangat mudah dan banyak syarikat yang boleh kita buat pembayaran

  4. Jika anda masih suka menggunakan perkhidmatan pejabat pos, eloklah kiranya kita tetapkan waktu yang sesuai, i.e. pada hari minggu dan kumpulkan bil-bil anda untuk mengelakkan kita pergi ke pejabat pos beberapa kali dalam sebulan hanya semata-mata untuk membayar bil

  5. Simpan pengesahan pembayaran, i.e. cetakan komputer, resit atau sebagainya untuk mengesahkan kita sudah membuat pembayaran tersebut

  6. Elakkan membuat pembayaran pada saat akhir kerana ianya berkemungkinan besar pembayaran tersebut tidak akan tertera pada bil yang akan datang, ini akan menyulitkan kita

  7. Akhir sekali, kalau dah guna tu, pandai-pandai le bayar, mana ada benda yang free

Tuesday, October 13, 2009

Tips Membeli Rumah



Kebanyakkan daripada kita ingin memiliki rumah / tempat untuk berteduh sendiri jika dibandingkan segelintir yang gemar untuk menyewa. Berikut ialah serba sedikit mengenai tips untuk membeli rumah:
  1. Sebelum membeli hartanah, anda hendaklah mengetahui tujuan pembelian tersebut. Adakah ianya untuk disewa (atau dijual setelah hartanah tersebut siap) atau untuk didiami. Jika untuk disewa, belilah condo / apartment keranya ianya mudah disewa dan cari lokasi yang banyak permintaan dan bukannya tempat yang anda suka diami.

  2. Carilah pemaju yang berwibawa kerana anda akan mungkin menghadapi risiko sekiranya hartanah tersebut tidak siap atau terbengkalai ataupun kualiti tidak menepati jangkaan anda

  3. Hartanah tersebut perlulah berada di kawasan yang strategik (infrastruktur yang sudah establish), crime-rate yang rendah, terdapat kawasan perumahan yang berdekataan dan yang penting kawasan tersebut tidak terlalu padat dengan penghuni atau aliran trafik kenderaan yang baik

  4. Pilihlah bank yang menawarkan kemudahan pinjaman yang fleksibal dan kadar keuntungan / faedah yang rendah. Periksa dengan bank sama ada anda akan dikenakan charge sekiranya membuat pembayaran lebih awal. Ini penting bagi yang membeli hartanah untuk tujuan pelaburan

  5. Buat survey dengan bertanyakan orang lain yang biasa dengan kawasan tersebut kerana mereka lebih mengetahui situasi / keadaan persekitaran tempat tersebut

  6. Buatlah bajet terlebih dahulu kerana anda memerlukan apabila hartanah tersebut siap, anda memerlukan wang untuk membuat pengubahsuaian, i.e. untuk membuat "kitchen cabinet", wiring untuk elektrik dan sebagainya

  7. Sebelum menerima hartanah tersebut daripada pemaju, periksa betul-betul jika terdapat kerosakan atau kualiti yang tidak menepati piawaan yang dijanjikan

  8. Jangan membeli hartanah disebabkan oleh kawan-kawan anda membeli di kawasan tersebut, buatlah penilaian sendiri dengan mencari seberapa banyak maklumat

  9. Bagi yang ingin membeli hartanah yang dilelong, tengok keadaan rumah tersebut terlebih dahulu dan jangan hanya berpandukan gambar atau cakap daripada penjual

  10. Akhir sekali, selamat membeli hartanah idaman anda, tidak kira apa jua tujuaannya.

Sunday, October 11, 2009

Tips Berkaitan Dengan Kereta


Anda ingin atau telah mempunyai kereta. Ikutilah sedikit tips berkaitan dengan kereta:




  1. Sebelum membeli kereta, fikirkan dengaan lebih mendalam adakah kita benar-benar memerlukan kereta atau disebabkan orang sekeliling kita mempunyainya. Jika tidak membelinya, bolehkan kita menggunakan pengangkutan awam, i.e. bas, LRT, motosikal atau menumpang kawan

  2. Kalau perlu juga, bolehlah consider membeli kereta terpaki dan setelah kita menggunakannya beberapa tahun bolehlah membeli kereta baru. Ini membolehkan kita menikmati "Non Claim Discount (NCD)" yang lebih tinggi. Apakah itu NCD? NCD ialah skim gaanjaran kepada pemegang polisi apabila mereka tidak membuat tuntutan (claim) bagi polisi tersebut dalam tempoh 12 bulan sebelum ini. Bagi kenderaan kegunaan sendiri, kadarnya adalah di antara 25% sehingga 55%.

  3. Bagi yang muslim, ambillah takaful dan bukannya insurans kerana ianya berlandaskan syariah dan jika kita tidak membuat sebarang tuntutan, sesetengah syarikat takaful akan membuat pembahagian keuntungan. Sila periksa terlebih dahulu sebelum kita mengambil apa-apa perlindungan ke atas kereta kita

  4. Jangan terlebih mengambil perlindungan, i.e. melebihi harga pasaran. Kebanyakkan orang akan mengambil perlindungan sehingga baki pinjaman

  5. Bagi penyenggaraan kereta, elokkan dihantar kepada pusat yang disyorkan, i.e. bagi kereta proton hantarlah ke pusat servis Proton di dalam tempoh jaminan walaupun ianya lebih mahal jika dibandingkan dengan pusat servis yang lain. Yang penting, jika apa-apa berlaku pada kereta ianya masih di dalam jaminan.

  6. Memandu kereta dengan berhati-hati dan patuhi peraturan di jalan raya; keselamatan terjamin dan kita boleh mengelakkan daripada di saman pihak berkuasa.

  7. Selalu periksa tekanan angin kerana tekanan yang tidak betul akan meningkatkan penggunaan petrol dan seterusnya akan meningkatkan perbelanjaan. Buat "balancing" dan "alignment" di waktu yang disyorkan.

  8. Jagalah kereta dengan baik, i.e. hantar untuk diselenggarakan, basuh kereta, pemanduan yang berhemah keranya kita akan menggunanya untuk tempoh masa yang panjang dan harganya bukannya murah. Lainlah jika kita ingin menukarnya setiap tahun.

Thursday, October 8, 2009

Tips Membeli-Belah

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk membeli-belah tidak kira untuk keperluan atau pun untuk suka-suka. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai tips-tips yang boleh diikuti:

  1. Jika ingin membeli belah pastikan kita tahu apa yang hendak dibeli, jika tidak kita akan membeli apa yang terlintas di fikiran
  2. Pastikan kita tidak berada dalam keadaan lapar, jika tidak kita tidak akan berfikir secara rasional, semua benda yang sedap / nampak sedap / menarik kita beli aja
  3. Luangkan masa untuk membeli belah, i.e. jangan membeli dalam keadaan tergesa-gesa kerana kita akan membuat keputusan yang tidak tepat
  4. Belilah barang yang berkualiti tetapi dengan harga yang berpatutan, i.e. boleh dikatakan barangan "Tesco Choice" mempunyai kualiti yang lebih kurang sama atau lebih baik daripada barangan yang berjenama
  5. Lawati tempat untuk kita membeli belah tersebut pada waktu yang sesuai, i.e. sebaik ianya dibuka untuk mengelakkan kesukaran mendapat tempat parking atau beratur panjang untuk membayar
  6. Pergi tempat yang menjual pelbagai jenis barangan, i.e. barangan basah, barangan kering, pejabat pos dan lain-lain lagi, untuk mengelakkan kita perlu melawati banyak tempat
  7. Bandingkan harga terlebih dahulu, ianya boleh dibuat dengan menyemak harga di dalam suratkhabar atau media lain
  8. Elakkan terpengaruh dengan iklan, i.e. beli apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita rasa murah tetapi kita tidak memerlukannya
  9. Beli waktu tidak ramai atau kurang orang mengunjunginya, i.e. beli barangan untuk hari raya sebelum jualan hari raya
  10. Belilah barangan buatan Malaysia untuk menjana ekonomi negara yang mana ianya akan membuatkan negara kita tidak bergantung kepada negara luar

Tuesday, October 6, 2009

Tips Berkaitan Telefon Bimbit

Boleh dikatakan penggunaan telefon bimbit sekarang ini adalah menjadi satu perkara biasa dan bukannya barangan mewah. Tetapi di pasaran terdapat berbagai jenis telefon bimbit dengan pelbagai fungsi. Saya ingin berkongsi sedikit tips berkaitan dengan telefon bimbit:

  1. Belilah telefon mengikut kemampuan kita dan tidak perlulah kita bersusah payah untuk berlumba-lumba dengan kawan-kawan atau mengikut trend
  2. Bagi yang ingin menggunakan lebih dari satu kad sim (tidak kira untuk apa-apa tujuan), bolehlah membeli telefon yang boleh menggunakan dua sim dalah satu telefon. So, tak perlulah kita membawa dua telefon
  3. Ketahuilah apakah tujuan kita membeli telefon, adakah untuk membuat panggilan dan sms sahaja, kalau itulah tujuannya, tak perlulah membeli telefon yang mempunyai berbagai fungsi, i.e. mengambil gambar atau "movie", mendengar radio, penggunaan internet atau apa-apa lagi. Walau bagaimanapun, telefon yang berharga di bawah RM200 pun sekarang mempunyai berbagai fungsi
  4. Jika anda kerap membuat panggilan atau sms ke nombor tertentu, lebih baik jika kita melanggan "postpaid" yang memberi panggilan percuma atau sms ke nombor yang kita telah tetapkan, i.e. "celcom 1+5 plan". Murah dan menjimatkan.
  5. Jika anda tidak dapat mengawal penggunaan, gunalah pelan "prepaid" tetapi perlu diingatkan bahawa kadar untuk panggilan dan sms untuk "prepaid" adalah jauh lebih mahal dari "postpaid"
  6. Bayar bil (postpaid) atau top-up (prepaid) ontime untuk mengelakkan talian terganggu
  7. Berhati-hati untuk memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali terutamanya kawan internet
  8. Kalau boleh miss call aja kawan, biar dia call balik, baru jimat bil telefon
  9. Kadang-kadang membuat panggilan lebih murah daripada menghantar sms, i.e. telefon satu minit berbanding dengan hantar 5 sms, fikir-fikirkan lah
  10. Jangan lupa bawa charger atau charge telefon penuh jika ingin ke "outstation"

Sunday, October 4, 2009

Tips Menyimpan Duit

Memang sukar untuk menyimpan duit dan seringkali kebanyakkan daripada kita "complaint" bahawa perbelanjaan selalu melebihi pendapatan. Di sini terdapat sedikit tips yang boleh anda praktikkan:

  1. Mulakan sekarang jangan membuang masa
  2. Simpan walaupun sedikit pun, lama-lama banyak le tu
  3. Buat auto-debit, macam transfer terus ke Tabung Haji atau mana-mana bank lain
  4. Elakkan mentaliti untuk cepat kaya, i.e. melabur dalam pasaran saham yang mana kita tidak mempunyai kepakaran
  5. Berbelanja dengan berhemah, i.e. beli apa yang diperlukan, macam handphone tu jangan selalu sangat tukar mengikut perkembangan teknologi
  6. Tentukan matlamat seperti simpanan untuk masa depan ke, pendidikan ke, untuk apa-apa aja
  7. Simpan tempat yang sukar untuk dikeluarkan i.e. pilih simpanan tanpa kad ATM
  8. Hidup mengikut kemampuan kita jangan ikut cara orang lain
  9. Buat list sebelum ke pasar raya atau pusat membeli belah, beli apa yang ada dalam list aja
  10. Satu lagi, kadang-kadang beri penghargaan kepada diri kita atau kejayaan menyimpan

Friday, October 2, 2009

Pengurusan Kad Kredit

Sebelum saya berkongsi mengenai tips pengurusan kad kredit, saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kad kredit?

Kad kredit ialah sejenis alat / cara untuk membuat pembayaran. Ianya sebenarnya cara moden untuk kita berhutang. Maksudnya, beli dahulu dan bayar kemudian. Memang mudah untuk mendapatkan kad kredit, lihat sahajalah di pusat-pusat membeli-belah, begitu banyak orang yang mempromosikan kad kredit.

Apabila mempunyai kad kredit, kita amat sukar untuk mengawal perbelanjaan kerana kita tidak terasa yang duit sudah dibelanjakan. Hanya bagi kad pada cashier dan tandatangan aja. Cukup bulan bil sampai dan seperti biasa kita akan rasa terkejut melihat statement. Banyak kes bankrap disebabkan kad kredit di negara kita. Untuk itu sama-sama kita cuba mengelakkan terjerumus dalam masalah kad kredit.

Tips yang boleh digunapakai

  1. Jangan memiliki kad kredit melebihi 2 kad
  2. Kalau boleh bayar sepenuhnya setiap bulan, jika tidak bayar melebihi 5% daripada baki
  3. Gunakan kad kredit sebagai "mode of payment" dan bukannya sebagai cara untuk berhutang
  4. Buat "balance transfer" kepada bank yang menawarkan faedah / bunga yang rendah, baca terlebih dahulu terma-terma
  5. Berbelanja mengikut kemampuan

Why Sharing Information

I am sure you might ask me this question. Why should I share information with others? The simple answer is by sharing information, people will respect you and make your life more interesting as you have more people who like you. But one thing is very important is that you have to share something which can provide benefits to others.

It is not difficult to share. Just find something that you like and share with others. It does not really matter what type of information. I am sure everyone has something to share of. For this first writing, I am not going to write a lot but I leave it to all of you to think about.