Pages

Thursday, October 29, 2009

Bajet 2010 - Skim Persaraan 1Malaysia


"Kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, termasuk pemandu teksi, penjaja, petani dan nelayan, apabila mencapai umur persaraan. Ini kerana mereka tiada pencen atau simpanan di KWSP untuk hari tua. Untuk golongan seperti ini, Kerajaan akan menubuhkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP. Melalui skim ini, mereka boleh mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Sekali lagi sebagai bukti Kerajaan yang sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat, sukacita diumumkan bahawa bagi setiap 100 ringgit caruman, Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak 5 peratus tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak 60 ringgit setahun. Akan tetapi sumbangan Kerajaan ini adalah hanya untuk tempoh 5 tahun dan merupakan tambahan kepada dividen sedia ada KWSP. Sebagai contoh, sekiranya seorang nelayan berumur 35 tahun membuat caruman sebanyak 100 ringgit sebulan secara konsisten selama 20 tahun, beliau akan mempunyai simpanan terkumpul yang dianggarkan sebanyak 40 ribu ringgit pada umur 55 tahun kelak. Namun caruman ini tidaklah boleh dikeluarkan awal, kenalah tunggu sehingga mencapai umur 55 tahun."

Satu langkah yang baik oleh Kerajaan untuk menjamin masa depan golongan yang tiada pendapatan tetap, saya rasa ianya akan juga dipanjangkan kepada suri rumah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka apabila mencapai umur persaraan kelak. Ini macam force saving, lagipun ianya tidak boleh dikeluarkan sehingga berumur 55 tahun. Satu lagi kadar dividen yang akan diperoleh daripada KWSP adalah kompetitif dan terjamin.....

Saya berpendapat jumlah RM60 setahun maksimum yang akan diberikan oleh Kerajaan selama 5 tahun perlu ditambah mungkin kepada RM120 mungkin selama 10 tahun....... Jika anda tidak mahu menyertai Skim Persaraan 1Malaysia, boleh mengambil skim annuiti atau simpan di tempat lain, mungkin Tabung Haji tetapi sukar untuk kita berdisplin kerana ianya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.....

Jadi pilihan di tangan anda, apa-apa pun yang penting sediakan simpanan untuk masa depan, tidak kiralah di mana, janji tempat yang sah.......

No comments: