Pages

Sunday, April 28, 2013

Dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Boleh Mencecah 30% Setahun

Pada bulan lepas, dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diumumkan sebanyak 4.25% bagi tahun 2012. Kadar ini boleh dikatakan sangat competitive. Tapi actually dividen sebenar yang dinikmati lebih tinggi terutamanya kepada mereka yang membayar cukai pendapatan. Jom kita tengok.
Simpanan dalam SSPN ni boleh mendapat pelepasan cukai maksimum RM6,000 setahun. So maknanya kalau yang bergaji tinggi dan telah mencecah banjaran pendapatan bercukai melebihi RM100,000, mereka akan jimat cukai sebanyak 26%. So secara keseluruhan jumlah dividen yang dapat ialah 30.25% (4.25% + 26%).

Banyak tu, maknanya kalau yang buat simpanan bersih dalam SSPN sebanyak RM6,000, jumlah sebenar dividen adalah RM1,815, iaitu RM255 dalam bentuk dividen yang dimasukkan dalam akaun SSPN dan RM1,560 adalah penjimatan cukai pendapatan.

So apa lagi simpan le dalam SSPN dan yang penting ianya berlandaskan syariah.    

Saturday, April 27, 2013

Anak Pi Sekolah Ganti, Lepak-Lepak Ngan Wife

Hari ini anak-anak pi sekolah ganti pasal cuti hari raya Cina sebelum ni. Lambat juga diaorang nak ganti. Anyway so pi le ke clubhouse kat tempat kerja untuk makan dengan wifey. Bagus juga tak ramai orang so bolehlah lepak-lepak kan?
Order air tembikai ngan air kedondong. First time cuba air kedondong, not bad juga since benda alah ni dicampur dengan lime dan sour plum. By the way, buat reservation melalui telefon, so sampai aja, makanan terus dihidang. 
Suasana kat sini pun memang santai. Sesuai benar le, hmmmm tapi tak bolehlah nak bawa anak-anak yang berumur di bawah 12 tahun. Dah peraturan macam tu, ok le juga kan.
Ni chicken chop, memang sedap ngan ayamnya yang garing dan coleslaw yang mengiurkan. Ditambah pula dengan sos memang perfect hidangan ini. 
Satu lagi namanya Lanai Fried Chicken. Nasi goreng ngan telur dan sambal udang. Dalam tu juga ada ayam. Yang bestnya ada dua cucuk sate. Makan ngan keropok memang sedap.
Ni le dessert yang wifey nak makan sangat, apa lagi kalau tak embun menitik. Bila campur ngan gula melaka rasanya memang best. 
Beginilah rupa embun menitik sebelum dititik dengan gula melaka. Sagunya yang sedap dan ada aiskrim di atasnya.
 
Buah-buahan kena makan jangan lupa ya. Anyway semua sekali untuk hidangan kat atas tu adalah RM21.20. Memang cukup murah dengan suasana yang santai. Lain kali bolehlah pi lagi.

Tuesday, April 23, 2013

Cantik Betul Pemandangan Hujan from Awan

He he he, gambar ni dicilok from facebook. Memang cantik betul pemandangan hujan yang keluar dari awan. Memang sungguh menakjubkan. Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya untuk kita berfikir.

Monday, April 22, 2013

Jom Lunch di Anggerik Terrace Hotel UITM Shah Alam

Hari tu pi Shah Alam, so singgah cari makan kat Hotel UITM.
So pi le jalan-jalan cari makan kat Anggerik Terrace. Jom kita tengok makanan apa yang ada kat sana.
Ni just menu ya, belum tengok kat dalam lagi ya.
Nampak tak apa yang saya nampak? Kalau tak nampak cuba besarkan ya, starter ada, soup ada pilihlah yang mana berkenan di hati ya. 
Kalau yang minat masakan barat, no problem, ada aja kat sini.
Yang local pun ada, anybody nak cuba nasi goreng?
Sebut pasal pencuci mulut, banyak gak pilihan dengan harga yang berpatutan.
Ni pula air panas or sejuk.
Kalau nak makan nasi putih ngan lauk pun ada. Jom kita tengok apa yang kitaorang makan hari tu.
Tunjuk dessert dulu le ya. Yang ni chocolate lava @RM8.90, muffinnya berperisa coklat then diletakkan aiskrim kat atas dan sos coklat membasahi makanan ni. Boleh tahan juga, tak terlalu lemak macam kat sesetengah tempat.

Muffinnya memang panas dan bila campur dengan aiskrim memang perfect. Secara keseluruhan saya bagi 7.9 since aiskrimnya cair sedikit.
Banana boat kat sini sedap juga @RM7.90. Diletakkan bersama cookies yang dipotong dua. Yang ni pisangnya lembik sedikit maybe sebab terlebih masak tapi secara keseluruhan OK juga dengan harga ni. Hmmmm, bagi 7.4 ok kot untuk menu ni.
Strawberry choco, hmmmm begitulah namanya, kiranya ice-blended ala-ala strawberi le. Memang sedap dan teksturnya memang lembut dan tak terlampau sejuk macam kat sesetengah tempat sampaikan tak boleh nak telah. Benda alah ni berharga RM9.90. Hmmm, rating untuk benda alah ni ialah 7.7 out of 10 ya.
 Soup ni percuma aja sebab ada promosi bulan ini bila kita beli masakan barat. Sedap dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Memang layak bagi 8.0 out of 10.
 Yang ni namanya Chicken Napolitana. Macam-macam nama diberi. Actuallay ianya adalah spaghetti dan ayam yang digrill. Harga untuk menu ni adalah RM13.90. Memang kuahnya pekat dan rasa tomato yang enak.
Habis comot Afiqah makan benda alah ni. Memang dia suka betul ngan spaghetti ni. Ayamnya just OK. Secara keseluruhan ianya 7.6 out of 10.
Yang ni pula mushroom chicken. Chicken chop le senang kira. Tapi sosnya mana? Diaorang cakap sosnya dah meresap, macam tak ada aja. So kitaorang minta sos lain. Yang kecil-kecil atas ayam tu macam ubi kentang or ubi kayu yang dihiris kecil. Yang ni pula RM16.90. Yang ni biasa aja, so bagi rating 7.3 out of 10.
Ni adalah nasi goreng pagodo @RM12.90. Ayamnya memang saya suka betul, ianya garing dan terasa rempahnya, ditambah pula dengan acar dan keropok dan lada, menjadikan ianya suatu hidangan yang baik. Nasinya digoreng ala-ala cina. Then yang bagusnya ada hirisan telur dadar. Memang sedap menu ni. Rating untuk nasi ni saya bagi 7.7 out of 10.

Anyway bahagian untuk makanan memang banyak so kenyang betul makan kat sini.
 Untuk menu kat atas ngan air milo semuanya adalah lebih kurang RM80. Kalau nak air masak ianya free ya. Anyway dapat tahu mengenai Anggerik Terrace daripada nadot-"Murah dan Sedap"

Sunday, April 21, 2013

Homemade Embun Menitik

Hari tu makan embun menitik @sagu berendam kat office sempena perpisahan kawan pejabat. Then wife pun teringin le nak makan so apa lagi dibuatnya sendiri. Guess what, for me memang menjadi dengan rasanya tak beza sangat. Yang sedapnya, santannya lebih lemak dan pandannya terasa.
Kalau nak buat benda alah ni mesti ada sagu, just masak sagu dengan air aja then letaklah warna apa yang berkenan di hati. Kebetulan sirap hijau ada lagi so hijaulah warna sagu ni.
Bab santan pula, masak then masukkan daun pandan baru rasanya lebih sedap. Mengenai kepekatannya terpulanglah ya. 
Yang menitiknya adalah gula melaka. Gula melaka ni perlu since dalam semua benda yang dimasak tak dicampur dengan pemanis so inilah sebagai penitiknya, sebab tu le orang panggil embun menitik kot.
Then masukkan aiskrim baru moden sikit kan.

Secara keseluruhan memang berpuas hati dengan makanan embun menitik even ni kali pertama wife masak benda alah ni.

Saturday, April 20, 2013

Jom Beli Wallet dan Purse Kat Sogo

Hari ini pi Sogo then belilah wallet dan purse. Maklumlah dah lama tak beli benda alah ni nak ianya dah tak elok sangat.

So saya rembat yang Alain Deloin dan wife yang BUM. 
Actually kat Sogo ni macam-macam jenis ada, puas pilih, last-last ambil yang kat atas tu.
Macam yang wanita pula, ianya kena pi kat kaunternya, i.e. kalau kat BUM, semua purse BUM le ada kat situ, kalau yang lelaki senang sikit ianya diletak satu tempat.
Ni yang saya punya, lepas diskaun harganya lebih kurang RM60. Saya tak tengok harga yang sebelum sebab macam tak logik aja. Anyway yang wifey pun harga lebih kurang sama. Wallet or purse ni bukannya kita selalu tukar kan, so rasanya ok le dengan harga tu.
Ni yang lama punya, entah berapa lama saya guna, jenama pun sama juga. Tak suka tukar-tukar jenama, tak  kira le wallet ke, kasut ke or pakaian.
Tengoklah keadaannya memang sudah nazak kan? Apa yang penting bagi saya, tukar benda alah ni bila perlu bukannya suka-suka tukar kan. Kalau tak percaya tanya eyriqazz yang baru tukar tayar kereta baru, sebab memang perlu.

Friday, April 19, 2013

Sedap Ke Embun Menitik?

Baru-baru ini pi makan sempena dengan farewell kawan satu pejabat. So pi le makan ramai-ramai. Memang ini adalah salah satu pencuci mulut kegemaran kitaorang. Nak tahu namanya, ianya dipanggil embun menitik. Entah macam mana diaorang dapat nama ni.

Yang nyata ianya adalah sagu gumpal yang dimasak then dimasukkan ke dalam santan dan di atasnya ada aiskrim. Pas tu kalau nak makan campur sekali dengan gula melaka. Memang perfect dan of course sangat sedap. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Yang ni saya bagi rating 9.1 out of 10. Harganya pun sangat berpatutan, kalau tak silap tak sampai RM4.
Then masa tu saya makan nasi goreng cina, ada ayam goreng dua bahagian, telur dan of course nasi goreng tu ada udang dan ayam. Anyway keropoknya agak keras sikit then nasinya pun keras sedikit. Tapi secara keseluruhan boleh tahan. So saya bagi rating nasi ni 7.1. Harganya kalau tak silap RM7.00++. Then satu lagi ambil air tembikai tanpa ais, saja aja tak nak ais kan. Memang sedap air ni dan harganya pun murah, RM3.50 kalau tak silap.

So apa lagi jom embun menitik, rakan blogger, eyriqazz pun suka dengan embun menitik.

Thursday, April 18, 2013

Harga Emas Hari Ini, sharinginfoz vs eyriqazz

Apasal ramai sangat cari mengenai harga emas hari ini? Adakah disebabkan harga emas kebelakangan ini turun dan dijangka hari yang akan datang ianya tidak stabil? Entahlah apa yang penting, kalau kita buat investment tak perlu letak semua sekali di sesuatu tempat.

Anyway harga emas hari ini di KFH adalah RM128.78 untuk belian dan RM141.79 untuk jualan.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya tokey emas @eyriqazz "Harga Emas Hari Ini".
Yang peliknya kat website Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia, ianya tidak memaparkan harga emas terkini, sebab apa ya?

Wednesday, April 17, 2013

Berapa Tambang Train KLIA Transit? KL Sentral to KLIA

Ni entri yang jenis saya tanya then pas tu saya jawab ya. Anyway banyak cara untuk kita pergi ke KLIA from Kuala Lumpur. Salah satu cara ialah dengan menaiki KLIA Transit. So tahu tak berapa tambang train tersebut @KLIA Transit from KL Sentral to KLIA? Jom kita tengok.
Ini adalah kalau kita beli tiket kat KLIA Sentral dan cakap kat dia nak pi ke KLIA. So tambang tiket untuk dewasa adalah RM35
Kalau nak murah boleh juga dengan mula-mula kat KLIA Sentral ambil tiket ke Salak Tinggi then keluar pas tu kat Salak Tinggi pula ambil tiket ke KLIA. Tapi of course ianya mengambil masa yang lebih. Tambangnya pula adalah RM15.70 (RM12.50+RM3.20).
Sebagai contoh kalau ambil KLIA Transit direct ianya memakan masa selama 35 minit manakala kalau ambil cara kedua ianya memakan masa selama 65 minit or 1 jam 5 minit or lebih 30 minit. Boleh tengok kat atas mengenai jadual perjalanan.

So kalau anda banyak masa why not lebih masa 30 minit tapi boleh jimat sebanyak RM19.30, ianya cukup untuk sorang lagi. Kalau nak cepat lagi boleh naik KLIA Express yang mana ianya tidak berhenti-henti dan mengambil masa selama 28 minit.

Anyway itu apa yang saya baca dari internet. So pilihan adalah ditangan anda. 


Pernah tak kawan-kawan buat cara ni?

Monday, April 15, 2013

Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Sebanyak 3.25% untuk 6 Bulan - Mac 2013

Mengikut Bernama, hari ini, 15 April 2013, dividen sebanyak 3.25% bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) telah diumumkan. Ianya bagi 6 bulan berakhir 31 Mac 2013. So kalau dalam setahun maknanya ianya berjumlah 6.60% (1X1.0325X1.0325). So ianya berdasarkan dividen yang diterima dilaburkan kembali ke dalam akaun AHB. So kalau kita tak laburkan dividen tahunan adalah 6.50% (3.25%+3.25%).

Tak kiralah dividen tahunan AHB sama ada 6.5% or 6.6%, so far ianya stabil pada kadar 3.25% setiap 6 bulan. Satu lagi apa yang penting pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera ni berlandaskah syariah dan dividen yang diberi telah mengambil kira pembayaran zakat, so tak perlu risau ya.

Ayway, tak sure pula bila dividen tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Maybank. Tunggu le ya. Kalau diikutkan sebelum ni pada bulan Oktober 2012, ianya dimasukkan sehari selepas ianya diumumkan.

Emas Jatuh Lagi - Pelabur Emas Pening Kepala

Hari Jumaat lepas harga emas di pasaran dunia turun 4%. Hari ni pula, semasa entri ini ditulis, ianya turun lagi melebihi 6% kepada USD1,407 untuk satu auns.

Memang sure pening betul kepada pelabur-pelabur emas. Saya berpendapat trend ini akan berterusan dalam masa terdekat.

Adakah Air Mineral Tak Ada Sebab Masalah Air di Kuala Lumpur?

Dalam beberapa hari yang lepas, banyak kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan air. Antara sebabnya adalah paip pecah. Hmmmm, memang kesian betul kepada mereka yang mengalami masalah air ni.

Kalau diberi pilihan antara air dan elektrik, sudah tentu ramai yang memilih air sebab ianya tak ada ganti.

Anyway semalam pi AEON, biasalah nak cari mineral water. Cari punya cari, memang yang bersaiz sederhana or besar, memang dah habis. Ada orang borong kot air ni. Hmmmmmm, diharap dalam beberapa hari lagi, masalah air ni pulih.