Pages

Saturday, April 27, 2013

Anak Pi Sekolah Ganti, Lepak-Lepak Ngan Wife

Hari ini anak-anak pi sekolah ganti pasal cuti hari raya Cina sebelum ni. Lambat juga diaorang nak ganti. Anyway so pi le ke clubhouse kat tempat kerja untuk makan dengan wifey. Bagus juga tak ramai orang so bolehlah lepak-lepak kan?
Order air tembikai ngan air kedondong. First time cuba air kedondong, not bad juga since benda alah ni dicampur dengan lime dan sour plum. By the way, buat reservation melalui telefon, so sampai aja, makanan terus dihidang. 
Suasana kat sini pun memang santai. Sesuai benar le, hmmmm tapi tak bolehlah nak bawa anak-anak yang berumur di bawah 12 tahun. Dah peraturan macam tu, ok le juga kan.
Ni chicken chop, memang sedap ngan ayamnya yang garing dan coleslaw yang mengiurkan. Ditambah pula dengan sos memang perfect hidangan ini. 
Satu lagi namanya Lanai Fried Chicken. Nasi goreng ngan telur dan sambal udang. Dalam tu juga ada ayam. Yang bestnya ada dua cucuk sate. Makan ngan keropok memang sedap.
Ni le dessert yang wifey nak makan sangat, apa lagi kalau tak embun menitik. Bila campur ngan gula melaka rasanya memang best. 
Beginilah rupa embun menitik sebelum dititik dengan gula melaka. Sagunya yang sedap dan ada aiskrim di atasnya.
 
Buah-buahan kena makan jangan lupa ya. Anyway semua sekali untuk hidangan kat atas tu adalah RM21.20. Memang cukup murah dengan suasana yang santai. Lain kali bolehlah pi lagi.

3 comments:

Vidalsisah vidal said...

Bagus gak skalik skala spend masa berdua-duaan, bertambah erat hubungan n kasih syg...^_^

HeNRieTTa JoSe said...

Eehhh murahnya.....hmmm tgk picta embun menitik tu..bru dtg idea....esok ptg ada potluck...bleh la rietta buat embun menitik....tinggal bli sgu ngn santan jerr....sebab gula merah dh sedia ada...

cimon said...

Anak2 bila nk dpt adik bro? :P