Pages

Wednesday, April 10, 2013

Harga Tiket Flight Naik Melambung Akibat PRU13

Rasanya dah ramai yang tahu bahawa tarikh mengundi adalah pada 5 Mei 2013 (Ahad). Jom kita tengok harga tiket flight from Kuala Lumpur to Kota Bharu, Kelantan.
Yang ni adalah harga pergi dan balik kalau kita naik Airasia. So kalau bertolak from KUL-KBR pada 4 Mei 2013 dan from KBR-KUL pada 5 Mei 2013, harga keseluruhan adalah RM421. Ingat ya harga ini tak termasuk lagi dengan pilihan tempat duduk dan caj lain.
Untuk tarikh yang sama dengan Airasia, harga tersebut telah melonjak kepada RM798 jika kita naik Firefly. Memang mahal betul.
So kalau naik kapal terbang Malaysia Airlines pula, ianya lebih murah jika dibandingkan dengan Airasia. Hanya RM334 aja. Anyway harga ni tak termasuk dengan administration fee.

Jom kita tengok harga biasa untuk ketiga-tiga flight yang berlainan.
Harga promo biasa untuk Airasia hanyalah RM171 untuk pergi dan balik. Kalau harga biasa pun hanya tambah lebih kurang RM50 aja. So boleh dikatakan harga tersebut adalah separuh daripada harga semasa mengundi PRU13 ya.
Bagi Firefly pula tak sampai RM300. Bandingkan dengan harga hampir RM800 sewaktu PRU13 nanti.
Bagi Malaysia Airlines pula, harganya tetap sama tak kira hari biasa or PRU13.

So kesimpulannya, siapa cakap harga tiket flight Airasia murah? Tak semestinya ianya murah setiap masa, so pandai-pandailah survey ya.

Anyway tak ada orang nak sponsor ke tiket kapal terbang balik untuk mengundi ni. Anyway hari tu lepas bubar parlimen, ada dapat panggilan from Petugas XXX dan menyatakan mereka mahu bagi duit minyak kereta. Alamak, nak balik naik kereta mesti ramai betul orang dah le tu, hari mengundi pula hari Ahad. Macam mana ni. 

5 comments:

Insan Biasa said...

cepat btul dia naik hari ni, td dlm 12.30tgh sy check hrge sehala bawah 100 lagi...

Unknown said...

cepat betul naik..petang td dalam pukul 4 lebih tgk flight fire fly dr kb ke pen dalam 100 lebih t'masuk tax..igt nak beli terus tp duit dlm akaun xcukup..balik keje p la isi duit bg penuh kat akaun..tup2 bila tgk magrib td harga gila2 punya..melepas la jawabnya....

Hazmin said...

Tadi member ofis check lepas umum tarikh undi nak blk KB laju je naik.. Tapi dia sempat la sambar tiket murah.

amirah said...

aihhh susah jugak nak balik kg camni kan

AzianKhalil said...

hehe...ramai yang nnt tak buang undi