Pages

Sunday, December 27, 2015

Candle Light Dinner di Flora Kafe Ampwalk

Semalam pi Flora Kafe di Ampwalk di Jalan Ampang untuk menikmati dinner.
Candle light dinner je. Kebetulan anak-anak tak ada rumah ikut grandma pi rumah adik ipar.Suasa kat sini memang tenang dengan alunan lagu yang sungguh sesuai.
Memang kedai ni penuh dengan bunga. Nama pun Flora Kafe. Actually ni first time pergi ke Ampwalk.
Actually masa pilih tempat di ada beberapa tempat lain dalam kotak fikiran i.e. Bora Ombak dan juga Thirty8. Tapi last-last pilih tempat ni. Maybe next time kita pi Bora Ombak ngan Thirty8 ya.
Anyway kami ambil makanan masakan Melayu.
Kalau ikutkan package ikan tu masak asam pedas tapi kitaorang tukar so dapatlah masak cili padi. Sedap juga masakan kat sini, memang portion dia banyak giler, I don't think boleh habiskan untuk dua orang. 
Pas tu ada kailan ikan masin.  
Sambal udang pun sodap, actually semua masakan kat sini sedap.
Ayam goreng berempah
Yang ni pun kitaorang tukar daripada daging masak kicap kepada sotong masak kicap.
Sagu ni santannya sedap cuma sagunya lembik aja macam nasi impit.
 Kek pun disediakan, tak ada le besar.
Semua sekali RM250. Sekali-sekala oklah. By the way, kami suruh diaorang tapau makanan yang tak dapat dihabiskan tu, oklah kan termasuk dengan kek tu. Ianya ada dalam fridge semasa article ni ditulis.
Nak tahu lebih lanjut mengenai package candle light dinner, boleh call manager diaorang di 012-207 0166 atau 012-620 2505. Whatsapp aja untuk buat tempahan. By the way, memang saya temopah tu last minute. Masa tu bayar deposit RM200 transfer terus ke akan CIMB Flora Kafe.
Boleh juga check facebook or instagram Flora Kafe.

Thursday, December 24, 2015

Sedap Makan Kat Restoran Golek-Golek Selera Kampung

Baru-baru ini kami pi makan kat Restoran Golek-Golek Selera Kampung yang terletak di Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak. Nak tahu lebih lanjut or nak booking boleh call di nombor 016-226 9140. Anyway just hati-hati bila nak naik or turun tempat ni sebab memang curam kawasan ni since ianya terletak macam kat atas bukit aja.
Kat sini banyak tempat yang berlainan boleh kita duduk. 
Dalam bilik macam suasana kampung pun ada.
Kalau nak tengok kenderaan kat MRR2 pun boleh.
Danish posing kejap sebelum makan.
Kalau yang couple ala-ala candle light dinner pun ada.
Yang jenis ni pun ada.
Jom kita tengok menu kat Golek-Golek. Sempoi aja menunya guna kertas A4 yang memang sudah lama aja.
Kat sini memang femes ngan ikan bakar. Actually ikan bakar aja ada, jangan mimpi kalau nak makan ikan siakap tiga rasa, memang tiada. Sayur bakar pun sodap.
Masakan kampung seperti telur itik boleh didapati.
Minuman pada harga yang berpatutan.
Dessert nak tak?
Kalau tak nak makan nasi boleh order western food, tapi ianya bukan daripada Golek-Golek. Ianya kalau tak silap Lava Rock.
Pasta macam sedap aja.
Bagi kanak-kanak kalau nak nugget pun ada.
Boleh order air tembikai 1 liter pada harga RM10. Untuk dua orang sesuai juga, tiga pun boleh. Kalau tak cukup minta satu jug ya pada harga RM15.
Ikan bakar boleh dikatakan sedap juga, saya tak ambil yang sambal petai. Masa saya pi hari tu harganya RM33, kiranya siakap bakar di Golek-Golek ni berpatutan ya.
Sayur ni memang saya syorkan pada yang datang kat sini. Bendi bakar ngan cili yang pedas memang sangat-sangat sedap.
Semua sedap aja, sotong telur masin celup tepun ni memang garing dan menepati selera.
Kami makan bertiga dan anak sorang lagi makan western. By the way, nasi, lauk, sayur dan air termasuk ngan milo semuanya RM71. Boleh le. By the way, masa tulis entri ni saya baru balik dari makan kat sini lagi bersama dengan extended family. Memang highly recommended kat sini cuma satu aja, parking memang susah especially kalau datang lambat. Kalau tak silap ianya dibuka dari pukul 7 petang hingga 12 tengah malam. Apa-apa pun, call or whatsapp dulu sebelum pergi dan saya syorkan booking ya, sebab memang ramai datang sini.

Sunday, December 20, 2015

Rayani Air Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Pertama di Malaysia

Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, memulakan penerbangan sulung pada hari ini, 20 Disember 2015 dari KLIA2 ke Langkawi dan Kota Bharu.  Pada tahun depan ianya diperluaskan ke Kota Kinabalu dan Kuching. Operasinya berpusat di Langkawi.

So crew members wanita berpakaian patuh syariah dan makanan serta minuman adalah semuanya halal so tak ada le arak ya. By the way, penerbangan Rayani Air ni bukannya penerbangan tambang murah so ianya lebih kurang macam MAS le. So dapat 20kg had luggage percuma serta ada refreshment.

Boleh cuba ni nanti. Anyway masa article ni ditulis, tak dapat nak masuk website Rayani Air. Mungkin disebabkan ramai yang cuba nak masuk kot.


Kotak Misteri 2015 Berhasil

Tahun 2015 saya ada buat simpanan melalui kotak misteri yang mana setiap minggu saya akan letakkan dalam kotak ni at least RM10, so setelah hampir setahun so semuanya dapatlah RM1,010. Oklah kiranya bonus untuk tahun ni le ya.

So apa yang saya buat dengan hasil simpanan dalam kotak misteri ni? Saya masukkan dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang mana ianya berlandaskan syariah, dividen quite competitive about 6.5% setahun yang mana dibayar setiap 6 bulan dan ianya dibayar zakat sekali.

Anyway tahun 2016 boleh buat lagi kotak misteri.

3D Trick Museum di Penang Memang Real

Antara tempat menarik apabila melawat di Penang ialah Penang Trick Art Museum yang terletak di 10 Lebuh Penang. Boleh call 04-263 1628 untuk maklumat lanjut.  
Apa-apa pun beratur dulu ya untuk beli tiket.
Harga tiket untuk warganegara Malaysia ialah RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak or warga emas). Kalau yang warganegara asing ialah adalah RM25 untuk dewasa manakala RM15 untuk kanak-kanak. Mereka akan minta kad pengenalan untuk setiap pelawat.
Masa kami pergi hari tu opening hours adalah 9 pagi hingga 6 petang, kalau pi Sabtu or Ahad ianya sampai kul 8 malam.
So kami beli tiga untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak since anak teruna dah besar.Anyway jangan risau kalau nak ambil gambar, staff kat sini boleh tolong ambil gambar untuk kita.
Zam-zam ala kazam, mana nak pi ya. 
Kan saya dah cakap anak teruna kami dah besar.
Baik-baik kan tumpah teh tarik tu, nasib baik ada payung.
Ni tiba-tiba pula air laut ada jerung, cepat-cepat kita kasi tutup.
Berehat sekejap setelah lari daripada jaws. Sungguh selesa kita tidur.
Dah bangun kita main-main pula dalam bilik yang ada kerusi ni.
Banyaknya emas, minta satu keping lagi.
Jom kita terbang oppssss, naik basikal. Ingat lagi tak, basikal kat street art?
Tak dapat tengok panda yang real kat zoo negara, kat sini pun jadilah siap boleh naik sekali.
Jom kita main sky board pula.
Kita terbang le ya.
Mana pula datangnya? Kita tarik rambut. 
Nasib baik tak kena. Oklah secara keseluruhan kat 3D Trick Museum Penang ni memang menarik dan salah satu tempat yang patut kita terjah apabila sampai di Penang. Memang seronok dan satu memori yang indah.