Pages

Thursday, December 24, 2015

Sedap Makan Kat Restoran Golek-Golek Selera Kampung

Baru-baru ini kami pi makan kat Restoran Golek-Golek Selera Kampung yang terletak di Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak. Nak tahu lebih lanjut or nak booking boleh call di nombor 016-226 9140. Anyway just hati-hati bila nak naik or turun tempat ni sebab memang curam kawasan ni since ianya terletak macam kat atas bukit aja.
Kat sini banyak tempat yang berlainan boleh kita duduk. 
Dalam bilik macam suasana kampung pun ada.
Kalau nak tengok kenderaan kat MRR2 pun boleh.
Danish posing kejap sebelum makan.
Kalau yang couple ala-ala candle light dinner pun ada.
Yang jenis ni pun ada.
Jom kita tengok menu kat Golek-Golek. Sempoi aja menunya guna kertas A4 yang memang sudah lama aja.
Kat sini memang femes ngan ikan bakar. Actually ikan bakar aja ada, jangan mimpi kalau nak makan ikan siakap tiga rasa, memang tiada. Sayur bakar pun sodap.
Masakan kampung seperti telur itik boleh didapati.
Minuman pada harga yang berpatutan.
Dessert nak tak?
Kalau tak nak makan nasi boleh order western food, tapi ianya bukan daripada Golek-Golek. Ianya kalau tak silap Lava Rock.
Pasta macam sedap aja.
Bagi kanak-kanak kalau nak nugget pun ada.
Boleh order air tembikai 1 liter pada harga RM10. Untuk dua orang sesuai juga, tiga pun boleh. Kalau tak cukup minta satu jug ya pada harga RM15.
Ikan bakar boleh dikatakan sedap juga, saya tak ambil yang sambal petai. Masa saya pi hari tu harganya RM33, kiranya siakap bakar di Golek-Golek ni berpatutan ya.
Sayur ni memang saya syorkan pada yang datang kat sini. Bendi bakar ngan cili yang pedas memang sangat-sangat sedap.
Semua sedap aja, sotong telur masin celup tepun ni memang garing dan menepati selera.
Kami makan bertiga dan anak sorang lagi makan western. By the way, nasi, lauk, sayur dan air termasuk ngan milo semuanya RM71. Boleh le. By the way, masa tulis entri ni saya baru balik dari makan kat sini lagi bersama dengan extended family. Memang highly recommended kat sini cuma satu aja, parking memang susah especially kalau datang lambat. Kalau tak silap ianya dibuka dari pukul 7 petang hingga 12 tengah malam. Apa-apa pun, call or whatsapp dulu sebelum pergi dan saya syorkan booking ya, sebab memang ramai datang sini.

2 comments:

Nurhuda Ismail said...

sodapnya nampak ikan bakar tuuu. tetiba jadi laparr

mama tisya said...

ada tgk bila lalu kt mrr2 tp blum ada ms nk try...oh western tu br ada kot sbb ada bc kwn pegi tkde plak menu western...sotong tu nmpk menarik...bkn ke kt sini buka weekend je