Pages

Monday, October 31, 2011

Macam-Macam Troli Ada

Hari tu pergi pasar pagi kat Taman Melawati, biasalah hari Sabtu, pagi-pagi ramai datang ke sini untuk membeli ayam, ikan, sotong, ketam dan macam-macam lagi. Yang menjadi keunikannya ialah orang ramai yang membawa pelbagai jenis troli.

Yang biasa ialah seperti dia atas.


Yang ni lebih kurang juga tetapi nampak lebih solid.

Yang ni memang unik, jenis berjaring dan menggunakan plastik berbanding yang sebelum ini, besi.

Yang ni macam nak pi airport aja, pas tu pula, memang tak nampak apa kandungannya. Apa-apa pun, bawalah apa yang kita nak bawa janji capai tujuannya. Bagi saya, tak bawa troli pegang plastic bag aja. Pas tu letak dalam kereta yang sebelum itu dah letak suratkhabar bagi mengelakkan terkena karpet kereta.

Sunday, October 30, 2011

Arsenal Menang Bergaya 5-3 Lawan Chelsea: 29 Oktober 2011

Arsenal menang dengan bergaya menentang Chelsea di tempat lawan, Stamford Bridge. Arsenal mendapat 5 gol manakala boloss 3 gol. Robin Van Persie yang juga kapten Arsenal telah menjaringkan hatrik. 2 gol lagi dihasilkan oleh Andre Santos dan Theo Walcott.

Chelsea pula mendapat 3 gol from Frank Lampard, John Terry dan Juan Mata.

Dengan kemenangan 5-3, Arsenal melonjak ke tangga 6 dan jika permainan yang menarik ini berterusan, Arsenal boleh kembali ke kedudukan 4 teratas Liga Perdana Inggeris musim ini. Di samping itu, Robin Van Persie boleh menjadi penjaring terbanyak nanti.

FINAL PIALA MALAYSIA: NEGERI SEMBILAN 2-1 TERENGGANU. Untuk ulasan lanjut mengenai keputusan Piala Malaysia, jom tengok kat akudansesuatuz.

Saturday, October 29, 2011

Golden Palm Tree @Team Building

Semalam ada buat team building kat Golden Palm Tree, Sepang. Memang sungguh cantik gak tempat ni. Tengoklah from gambar kat atas.Kitaorang dok unit bawah, kat atas lagi cantik pemandangan kan?

Pemandangan from luar bilik, lepak-lepak tengok pemandangan kat luar.

Memang jauh gak from lobby ke tempat menginap tu, so kenalah naik buggy. Kalau jalan memang letih le juga.

Makan boleh le tahan gak, apa lagi jom kita terjah dessert.

Ni antara makanan untuk makan malam, buffet style, belasah aja le.

Tak sempat nak ambil gambar katil, cukup ngan sofa aja le.

Mujur ada internet walaupun ianya bukan wifi, so bolehlah update. Nanti kalau ada kelapangan, saya tulis lagi ya.

Thursday, October 27, 2011

Jom Download Free Anti-Virus Kaspersky Untuk 1 Bulan

Bagi yang tercari-cari dengan anti-virus apa yang nak guna apa kata try Kaspersky Internet Security 2012 (KIS 2012). Mula-mula download file then boleh follow install kat komputer ya.

Mula-mula keluarlah benda alah ni yang menyatakan persediaan untuk install KIS 2012. Anyway, memang ok yang ni terutamanya yang selalu menggunakan internet.

Selepas tu anda akan nampak yang ni, kata alu-aluan from Kaspersky untuk meneruskan installation.

Sebelum nak install mestilah kena setuju dengan terma-terma.

Dah click, then tunggulah installation selesai.


So then kena le pilih sama ada nak guna activation code ataupun percubaan. Since yang ni untuk trial version so tick le yang ni ya.

Lepas tu ianya akan check the code.

Dah berjaya install benda alah ni

So komputer ada perlindungan untuk 30 hari. Selepas ni bolehlah beli Kaspersky Internet Security 2012 kalau berpuas hati ya.

Wednesday, October 26, 2011

Apa Maksud "Stay Hungry. Stay Foolish" Steve Jobs?

Siapa tak kenal dengan Steve Jobs? Sebut aja produk Apple mesti teringatkan Steve Jobs. Beliau telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2011. Just nak share mengenai ucapan Steve Jobs pada tahun 2005 di Stanford.

Dalam ucapan terebut beliau menyentuh 3 kisah iaitu "connectin the dots", "love and loss" dan "death". Di akhir ucapan beliau mengulangi perkataan ini, "Stay Hungry. Stay Foolish". So apa makna perkataan-perkataan ini? Inilah contoh yang saya dapat from google:
  • Lakukan kerja untuk mendapatkan sesuatu berbanding dengan suka complaint
  • Lakukan sesuatu perkara dengan pelbagai cara walaupun anda gagal
  • Bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu perkara yang kita ingini
  • Jangan berpuas hati dengan apa yang kita dapat, selalu berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik
  • Selalu mencuba walaupun orang lain cakap perkara tersebut adalah mustahil
  • Keluar daripada kepompong kehidupan selesa
  • "Hungry" bermakna mahu sesuatu yang lebih dan "foolish" bermakna membuat sesuatu perkara tanpa berfikir mengenai risko. Kalau kita campur dua perkataan ini maknanya hidup hanya sekali, buat sesuatu perkara yang bermakna dan dapatkan sesuatu yang kita mahu walau apa-apa pun
  • Jika kita "hungry" dan "foolish" kita tidak kisah untuk belajar. So belajarlah sesuatu yang baru
Bagi saya setelah kita selesaikan sesuatu perkara, lakukan perkara yang lain, jangan hanya berpuas hati dan terus lena dalam kesenangan. Di samping itu, belajarlah perkara baru.

Tuesday, October 25, 2011

Beli Kaspersky Internet Security 2012 Murah @Melalui Internet Tak Kena Blacklist ke?

Tak sampai seminggu lagi anti-virus Kaspersky Internet Security 2011 akan tamat so sekarang ni dalam process untuk renew / upgrade ke Kaspersky Internet Security 2012. Dah call kedai di Plaza Low Yat, harganya RM110 untuk 3 lesen dan kat Carrefour Wangsa Maju @RM105 (kalau tak silap) tapi tak ada stock.

Kat internet ramai juga orang jual benda alah ni, memang murah at RM60 or ada yang RM50 tapi ianya untuk key aja. So tak ada kotak or CD. Pasal kotak ngan CD tak kisah sangat takut, benda tu tak genuine. Terbaca juga kat internet yang selepas 1 bulan ada kes kena block.

Masa Kaspersky Internet Security 2011 saya beli yang original @dalam kotak pada harga RM105 then satu lesen lagi jual pada user lain melalui internet @RM30 so effectively RM75 le saya spent.

So tengah fikir le ni sama ada nak beli yang original or beli terus from internet. Kalau dalam hati sekarang ni lebih kepada beli yang original. Maybe kawan-kawan ada pengalaman mengenai perkara ini. So bolehlah bagi pandangan ya.

Monday, October 24, 2011

Tak Ada Diskaun Saman DBKL

Ingat tak entri sebelum ini mengenai kena saman DBKL sebab parking tempat yang tidak dibenarkan? So minggu lepas pi le kat kaunter DBKL untuk bertanyakan mengenai saman ni. Tanya punya tanya diaorang cakap memang sekarang ni dah tak ada rayuan so kenalah bayar mengikut jadual yang ditetapkan i.e. RM150 dalam masa 15 hari.

So lain kali memang kena hati-hati untuk parking ya. Kalau nak parking juga make sure pindah tempat lain sebelum pegawai DBKL membuat rondaan. He he he.

Sunday, October 23, 2011

Arsenal Cemerlang, Manchester United Dibelasah City

Arsenal bermain dengan cemerlang di The Emirates dengan kemenangan bermakna 3-1 menentang Stoke City. Dua gol dijaringkan oleh Robin Van Persie setelah dimasukkan pada minit ke-67. Sebelum itu Arsenal mendapat gol pertama hasil jaringan Gervinho. Gervinho bertindak cemerlang malam ini setelah membantu Persie menjaringkan dua gol.

Di dalam perlawanan satu lagi Manchester United kalah teruk menentang Manchester City dengan kekalahan 1-6 di tempat ssendiri setelah Jonathan Evans (Man Utd) dikenakan kad merah pada minit ke-47. City tidak mensia-siakan peluang dan menjaringkan gol: Mario Balotelli (2 gol), Edin Dzeko (2 gol), Aguero (1 gol) dan David Silva (1 gol). Gol tunggal Man Utd dijaringkan oleh Darren Fletcher).

Setakat entri ini ditulis kedudukan terkini Liga Perdana Inggeri 23 Oktober 2011 menyaksikan Manchester City merampas tahkta from Man Utd dan Arsenal melonjak ke kedudukan ke-7 from 10.

Apa Ada di KL Festival City @Setapak

Ada shopping mall yang baru dibuka di area Setapak @Wangsa Maju pada hari Khamis lepas, 20 Oktober 2011. Apa lagi kalau tak KL Festival City yang beralamat di 67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Sempena dengan pembukaan, from 20-23 Oktober 2011, bagi yang berbelanja RM50 dan lebih dapat recycle bag.

Nak masuk dalam Festival City ni memang penuh parking semalam so kenalah parking kat basement area kondo. Ni ramai yang beratur nak dapatkan free lukisan karikator.


Kedai emas memang banyak lebih daripada 4 kot.

Bagi nak makan roti, Papa Roti ada, memang baunya memenuhi tingkat bawah. By the way, mall ni ada 3 tingkat.

Salah satu daripada anchor tenants ialah Econsave. So bolehlah membeli-belah barangan kat sini ya.

Kedai DVD pun ada, Speedy. Rasanya kat mall lain benda alah ni pasti ada.

Satu lagi anchor tenant ialah Parkson.

Restoran untuk makan memang banyak yang berada di tingkat bawah antaranya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Secret Recipe, Subway dan macam-macam lagi. Tapi tak nampak le pula MCD or KFC.

Kedai buku, bolehlah terjah Popular.

Tempat kanak-kanak dan keluarga @games.

Kalau nak tengok wayang bolehlah singgah di cinema @MBO tapi belum buka lagi.

So nak tahu lebih lanjut boleh check kat touch screen directory. Bagi saya keseluruhan biasa-biasa aja, maybe lebih suka lepak kat Jusco. Nanti apa lagi, kawan-kawan yang dok berdekatan boleh cuba lawat kat sini.

Saturday, October 22, 2011

Memang Cepat Gak Baskin Robbins Balas E-Mail @Aduan

Lebih kurang 1 minggu yang lepas ada hantar e-mail kat Baskin Robbins sebab tak puas hati dengan service yang diberikan. So tak merasakan kek aiskrim then belilah Secret Recipe! Tak sangka tak sampai 3 hari terus dapat response from Baskin Robbins. Secara ringkasnya:
  • Mereka minta maaf di atas perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan
  • Ianya disebabkan kehabiskan dry ice memandangkan lebih 30 biji kek terjual dalam masa 2 hari
  • Mereka akui planning yang tidak teratur dan sepatutnya memberitahu terlebih dahulu mengenai perkara ini semasa saya membuat panggilan bertanyakan mengenai kek tersebut
  • Pengurus dikenakan tindakan dan telah memberitahu jabatan yang menguruskan latihan agar perkara ini tidak berlaku di masa akan datang
  • Sebagai tanda penyesalan, satu biji kek mini (untuk 2 hingga 4 orang) akan diberi secara percuma untuk meraikan ulangtahun yang akan datang.
Saya respect sebab tindakan segera diambil dan semoga mereka dapat memberi layanan yang baik kepada semua pelanggan di masa akan datang. Tengah fikir ni, nak order bila ya kek ini. Nanti bila masanya tiba saya akan cerita ya.

Friday, October 21, 2011

Kena Saman DBKL @Parking, Jom Tengok Berapa Kena Bayar

Beberapa hari yang lepas, in-laws datang Kuala Lumpur so lepak le kat my house. Oleh kerana ada kuota untuk parking kat situ dah habis so kenalah parking kat luar. Nasib tidak baik, pada hari terakhir kenalah saman oleh DBKL sebab parking tempat yang tak sepatutnya.

So dapatlah notis kompaun, kesalahan di bawah kaedah 12(4) atas kesalahan "kedudukan atau keadaan kenderaan mungkin atau menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan tidak diduga kepada pengguna-pengguna jalan lain".

Cari info kat internet so jumpalah tulis broframestone.

Kat atas ni saya ambil extract mengenai kadar kompaun mengikut tempoh bayaran. So kesalahan 12(4) tu kalau dibayar dalam masa 1-15 hari @RM150, 16-30 hari @RM200 dan 31-60 hari @RM300.

Kalau tak silap boleh buat rayuan dan dapat diskaun. Nanti saya akan cerita ya lebih lanjut mengenai pengalaman bayar saman kat DBKL nanti. Jom tengok adakah anda kena saman DBKL?

Thursday, October 20, 2011

Dah Dapat Dividen Amanah Hartanah Bumiputera Melalui Maybank @19 Oktober 2011

Hari tu ada tulis entry mengenai dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang diumumkan pada 6 Oktober 2011. So guess what, tarikh yang ditunggu 19 Oktober 2011 sudah datang dan bila check kat maybank2u dah masuk, so dapat le RMX32.93 codenya ialah APS (auto pay system), itu yang saya rasa le, betul tak betul belasah aja le.

Senang kan ada maybank2u boleh check terus sama ada ianya dah masuk ke tak. Nanti masuk lagi ya dividen AHB bulan April 2012 nanti ya.

Wednesday, October 19, 2011

Bajet 2012: Kenaikan Caruman Majikan KWSP Melibatkan Lebih 93% Pencarum Aktif

"Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP."

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lebih 93% daripada pencarum aktif KWSP adalah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan. Ini bermakna, mereka akan mendapat kesan langsung daripada pengumuman Bajet 2012 yang mana peningkatan from 12% to 13% caruman majikan.

Diharap simpanan tua nanti lebih banyak dan dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin nanti bagi meringankan beban masa tua. Antara statistik yang saya rasa menarik untuk dikongsi:
  • Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat from 71.5 tahun (1990) to 74 tahun (2008)

  • 70% daripada pesara menghabiskan duit persaraan dalam masa 10 tahun selepas persaraan
Fikir-fikirkan le ya.

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 19 Oktober 2011

Just quick update on Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 19 Oktober 2011:
  • Dua kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Manchester City menang.
  • Kita tengok le pula keputusan dua lagi kelab, Arsenal dan Chelsea yang akan berlangsng pagi esok
Untuk keputusan lanjut mengenai Liga Juara-Juara boleh tengok di akudansesuatuz.

Tuesday, October 18, 2011

Danish Dapat Bekas Air @Simpulan Bahasa

Hari tu masa dalam perhimpunan ada le cikgu tanya soalan, siapa tahu boleh datang ke depan dan jawab soalan. Masa tu soalannya ialah apa maksud "tangkai jering". Dengan confident Danish yang berada di darjah 3 pun jawab le kedekut, memang tepat sekali so dapatlah bekas air ini.

Pada hari sebelumnya Danish dah jawab soalan "berat seperti ....", apa lagi dijawabnya seperti KERETA. Memang salah ianya sepatutnya batu. Rasanya kereta lagi berat. He he he.

Apa yang penting bagi saya, ifat nak mencuba dan keberanian Danish. By the way, bekas air ni masih disimpan oleh Danish. Sayang le kot ngan benda alah ni.

Monday, October 17, 2011

Tak Ada Baskin Robbins, Secret Recipe Pun OK Juga

Frust betul dengan Baskin Robbins, plan nak cari kek aiskrim untuk birthday anak saudara tetapi sampai kat Jusco AU2, diaorang cakap kek ada tetapi dry ice dah habis. Masa call sebelum tu tak ada le cakap yang benda alah ice tu tak ada. Lagipun, tanpa ais, kek tu hanya boleh tahan sehingga 5 minit aja.

So pi le Wangsa Walk tangkap le Cheeze Choc kat Secret Recipe. Not bad juga rasanya kek ni. Makan ramai-ramai memang seronok. Kalau kitaorang berempat memang tak habis le. Apa-apa pun, selamat menyambut ulangtahun ke-10 untuk anak saudara, Erini.

Sunday, October 16, 2011

Jangan Lupa Hari Terakhir Jualan Buku Murah Big Bad Wolf @16 Oktober 2011

Rasanya ramai yang tahu mengenai pesta jualan buku terbesar di Malaysia yang diadakan oleh Big Bad Wolf sejak beberapa hari yang lalu. Hari ini, 16 Oktober 2011 adalah hari yang terakhir. Memang berbaloi murah-murah. 1.5 juta buku boleh didapati dengan diskaun sehingga 75%-95%. Just imagine buku yang berharga RM30++ dijual pada harga RM8.00.

By the way, ianya diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tempat parking memang luas, itu tidak menjadi masalah dan of coure parking dan nak masuk ke pameran buku Big Bad Wolf adalah percuma.

Then, from parking nak pi ke tempat buku kena naik shuttle. Yang oknya, benda alah shuttle tu kerap kalau tak silap tak sampai 5 minit sekali.


Tak dapat duduk pun tak apa sebab perjalanan tak le jauh less than 5 minit.

Memang ramai orang datang maklumlah benda murah dan ianya dapat menanam minat membaca. By the way, semuanya buku dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam section ada, children, young adults, hobbies, IT, financial, fiction, non-fiction dan macam-macam lagi.

Buku dummies ni dijual kalau tak silap pada harga RM12. Tapi frust juga nak cari buku pasal "English Grammar for Dummies" tapi tak jumpa, sama ada dah habis or berada di dalam timbunan.

Kanak-kanak memang suka tak tahu nak pilih mana satu, janji ianya boleh mendatangkan minat yang berfaedah.

Ingat ya, buku yang dibeli tak boleh ditukar sama ada dengan wang ringgit or dengan buku lain. So check betul-betul sebelum keluar dewan Big Bad Wolf.

Memang nak bayar ramai betul yang beratur tapi tak menjadi masalah sebab banyak kaunter yang dibuka, memang lancar le mereka organise event ni. Tahniah kepada penganjur.

Kat luar dewan tu ada ambulans just in case ada kejadian yang tak diingini. Lagi satu tempat jual makanan pun ada, nampak le lori pizza hut. So memandangkan kitaorang pi dah petang semalam, so tak sempat sangat le nak tengok-tengok buku dengan teliti so belilah beberapa buah buku. Memang anak-anak gembira sangat, terpegun dengan jumlah buku yang ditawarkan. So apa lagi, kalau ada kelapangan jom pi ke jualan buku murah @Big Bad Wolf di MAEPS Serdang.