Pages

Wednesday, October 12, 2011

Bajet 2012: Bantuan Persekolahan RM100, Siapa Tak Nak Ambil?

Dalam ucapan Bajet 2012, baru-baru ini PM @Menteri Kewangan ada mengumumkan mengenai bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5.

"Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional."

Mengikut Timbalan Menteri Kewangan dipetik dari Berita Harian, "Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lalu."

"Mohd Puad berkata, cara bantuan itu disalurkan kepada pelajar terbabit akan ditentukan tidak lama lagi dan peruntukan berkenaan akan diagihkan sebelum akhir tahun ini. "

Komen: Agak-agaknya siapa yang tak nak ambil pemberian ini? Jom kita buat survey.

14 comments:

ZaridaIshak said...

kalau ada peruntukan untuk tadika, tak kan tak ambil... tahun depan masih ada anak yang belum layak...

Myvitrd said...

Bab duit ni mana ada org taknak kan bro.. tapi kalau rasa duit dah terlebih2 dan rsa duit tu ada org lain yg lagi memerlukan.. ada baiknya tak payahlah ambil.. kalau nak ambil juga boleh lepas tu bagi dekat aku ye.. hehehe

velasrizal said...

sape xamek mmg rugi beb

Mak lagenda said...

Agak2 ada ke yg tak nak klu dah kata nak bg DUIT FREE?

amirah said...

kadang2 terlupa pun ada bantuan ni..

miss nina said...

ini insentif pilihan, utk yg perlu better ambil. kalau yang ambil nak panjangkan utk sedekah pun bagus juga

sahromnasrudin said...

amek je la..leh beli uniform kan

Unknown said...

ada ke yg tak nak amik?

mmg betul kerek tu

tak pun anti kerajaan kan

hahaha

zati embong said...

duit 2 bnyak yg leh guna.haruslah ambik O.o

eelobor said...

pengalaman kawan la kan... malah ada lagi di kalangan orang2 kita yang cuba untuk menipu demi semata2 untuk menerima bantuan. jadi dalam kes gini, rasanya peratusan yang tak ambik bantuan tersebut adalah kecil walaupun memang ada

Hadi Angry Bird said...

ala sapa tk nk ambik ak pon ambik juga sapa tk nk ambik bagi la ak kkkkk

MeOriKa said...

Nak Tanya Tiap2 Bulan ke dpt? atau setahun Hanya seKali sahaja? x specifikasilah ttg ni? Mcm Mana Nak buka akaun BSN, adKah Perlu Bayar ketika membuka aKaun ketika itu?

munira chan said...

adakah bantuan rm100 untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 diberi setiap tahun???

Sharinginfoz said...

meorika dan munira chan: setahu saya ianya untuk sekali aja melainkan Kerajaan umumkan tahun depan pula. By the way, pemberian akan dibuat sebelum cuti sekolah, cikgu akan bagi terus tunai RM100 kepada ibu-bapa