Pages

Sunday, October 16, 2011

Jangan Lupa Hari Terakhir Jualan Buku Murah Big Bad Wolf @16 Oktober 2011

Rasanya ramai yang tahu mengenai pesta jualan buku terbesar di Malaysia yang diadakan oleh Big Bad Wolf sejak beberapa hari yang lalu. Hari ini, 16 Oktober 2011 adalah hari yang terakhir. Memang berbaloi murah-murah. 1.5 juta buku boleh didapati dengan diskaun sehingga 75%-95%. Just imagine buku yang berharga RM30++ dijual pada harga RM8.00.

By the way, ianya diadakan pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tempat parking memang luas, itu tidak menjadi masalah dan of coure parking dan nak masuk ke pameran buku Big Bad Wolf adalah percuma.

Then, from parking nak pi ke tempat buku kena naik shuttle. Yang oknya, benda alah shuttle tu kerap kalau tak silap tak sampai 5 minit sekali.


Tak dapat duduk pun tak apa sebab perjalanan tak le jauh less than 5 minit.

Memang ramai orang datang maklumlah benda murah dan ianya dapat menanam minat membaca. By the way, semuanya buku dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam section ada, children, young adults, hobbies, IT, financial, fiction, non-fiction dan macam-macam lagi.

Buku dummies ni dijual kalau tak silap pada harga RM12. Tapi frust juga nak cari buku pasal "English Grammar for Dummies" tapi tak jumpa, sama ada dah habis or berada di dalam timbunan.

Kanak-kanak memang suka tak tahu nak pilih mana satu, janji ianya boleh mendatangkan minat yang berfaedah.

Ingat ya, buku yang dibeli tak boleh ditukar sama ada dengan wang ringgit or dengan buku lain. So check betul-betul sebelum keluar dewan Big Bad Wolf.

Memang nak bayar ramai betul yang beratur tapi tak menjadi masalah sebab banyak kaunter yang dibuka, memang lancar le mereka organise event ni. Tahniah kepada penganjur.

Kat luar dewan tu ada ambulans just in case ada kejadian yang tak diingini. Lagi satu tempat jual makanan pun ada, nampak le lori pizza hut. So memandangkan kitaorang pi dah petang semalam, so tak sempat sangat le nak tengok-tengok buku dengan teliti so belilah beberapa buah buku. Memang anak-anak gembira sangat, terpegun dengan jumlah buku yang ditawarkan. So apa lagi, kalau ada kelapangan jom pi ke jualan buku murah @Big Bad Wolf di MAEPS Serdang.

10 comments:

Anonymous said...

nik, ko dah sampai situ..aku tak tau la sempak ke tak

Farid Adam said...

Nak singgah kejap hari nih...

Ada sesiapa nak join?

SyUhAdA said...

mcm nk pegi je japgi..

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... kenapa macam kurang promosi je yea....?

Kuman Chaos said...

teringin nak p.. tapi jauh dari rumah... insyallah kalau next year tau pasai event ni lagi awal baru bleh plan.. tapi my bro dah tolong beli a few Coffee Table books on Military stuff... cheap nanti aku preview kat blog aku...

velasrizal said...

wah buku dummies tu pn ada gak

*∽ IZAN ∽* said...

owh seb baik terbaca entry nih. jap lagi nak gi terjah gakkk... thanks for sharing ;)

Ms Ef Abas said...

dah pegi, walaupun buku ribu riban tp yang dicari tak jumpa. last-last singgah MPH.

rasp said...

i went on the second last day...
bagus sbb pilihan buku dia masih byk...
and the event is well organised!
kudos to the organiser....
leh buat selalu hehehehe

miss nina said...

ruginya tak dapat ke sana.
betul2 murah.