Pages

Monday, October 10, 2011

Sedapnya Ayam Penyet @Restoran Ayam Penyet Ria Wangsa Maju

Semalam pi makan kat Restoran Ayam Penyet Ria. Ianya terletak di belakang Wangsa Walk. Dah berapa kali melalui tempat ini tapi baru dapat merasai keenakan ayam penyet. For me ianya lebih sedap daripada yang ada di Wangsa Walk.

Mula-mula masuk dan cari tempat duduk. Pelayan akan bagi kertas dan pensel. Since menu dah ada tulis le apa yang nak then diaorang akan datang ambil order or bagi aja kertas tu kat staff.

Inilah ayam penyet, memang garing dan ianya bersama dengan timum, tempe dan of course sambal belacan. Ianya pada harga RM7.90 dan kalau rating saya bagi 8.1 out of 10.

Ingat nak makan sotong penyet (ada ke?) tapi tak ada so ambil le udang penyet, besar juga dan ada le 5 ekor, memang garing gak. Pada harga RM7.90 sepinggan memang boleh dikatakan berpatutan. Yang ni saya bagi 7.9.

Ni Afiqah punya, memang suka betul ngan telur rebus dan digoreng. Dua biji telur ngan benda-benda lain @RM3.90. Yang ni nak bagi rating juga ke? OK le, 7.7.

Sesetengah orang tak kisah makan nasi tanpa kuah tapi bagi saya mesti berkuah so ambil le sup sayur asam @RM4.00. Memang bolehlah benda ni. Sekadar untuk menjadikan nasi berkuah nak not bad le. 7.6 out of 10 boleh le.

Ni airnya, teh O, air sirap dan jus epal.



So semua sekali RM40.15 termasuk dengan cukai perkhidmatan @10%. Saya memang recommend untuk mereka yang belum pernah ke sini. Menu jimat pun ada, kalau tak silap ianya pada pukul 11.30 pagi hingga 3 petang. Satu set lebih kurang RM10, termasuk lauk, nasi, sup dan juga air. So apa lagi, cubalah makan ayam penyet di Restoran Ayam Penyet Ria, 33G, Jalan Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur @03-4143 7889.

15 comments:

Awan Fantasia said...

benda sedap memang mahal,kan..

[Klik Sini] Diana Amir Pakai Tudung

eelobor said...

pernah makan gak kat wangsa walk. bagi saya biasa jer... ada tempat lain lebih sedap. yang tempat nie, belum cuba lagi... mungkin lain kali kalau kebetulan lalu situ boleh cuba kut

Farra said...

pernah makan ayam penyet kat subang..mmg sedap..owh i think i like this food very much

relevan said...

Sedap !

hazman aka species1980 said...

pernah gak rasa ...tapi kat branch di bangi....makan ngan famili okey laa

Azman Roslan said...

tak pernah lagi makan ayam penyet ni, heheh.. nak try la nanti..

Nazz@Purple said...

nak terai la...=)

InGkLate said...

pedas smpai xboleh nk telan..huhu

Anne said...

fuhhh...my peveret nih. suka sangat makan ayam penyet. tapi kt kuching ada ayam bakar penyet..sedap!!

mamaNoriz said...

berbaloi la sbb besar portion nye kan...

asyik makan luar je eh :)

ishiko said...

sotong penyet ada.. pun sedap..
wahhaaa.. murah, nampak cam best ni..

ZYASH said...

Pernah makan ayam penyet ne...Keriuk2 dia memang best... Sambal dia pun ok....Kecur liur ha....

KiD said...

air ada rating tak?? hehhee

Ain Salleh said...

ni yg depan wangsa walk kn ??

Sharinginfoz said...

ain salleh: memang betul ianya kat luar wangsa walk boleh keluar melalui A&W