Nak ringkaskan mengenai perkara ini:
- Pendaftaran dan borang permohonan adalah secara percuma dan pelaksanaan adalah pada bulan Januari 2012
- Syarat-syarat akan diberitahu kelak. Penyaluran wang adalah melalui Pos Malaysia dan bank-bank termasuk BSN
- Sabar ya dan tak perlu pegi ke kaunter LHDN untuk pertanyaan selagi belum ianya belum diberitahu lebih lanjut.
"Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta borang permohonan adalah secara PERCUMA."
"Syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui Kenyataan Media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui Kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik termasuklah Bank Simpanan Nasional."
"Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini dinasihatkan agar bersabar dan tidak perlu mengunjungi kaunter-kaunter perkhidmatan kami pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran sehinggalah semua urusan perlaksanaannya siap dilakukan. Atas perhatian dan kesabaran mereka kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih."
12 comments:
bab duit free mmg suma org pun laju
kalau bekerja sendiri & pendapatan RM3k agaknya layak tak memohon yer.. Org dgr pasal duit, mesti tak sabar nak tahu mcm mana nak apply.
KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK
BERGELAR DATUK TAPI TAK MAMPU UNTUK SARA HIDUP
mak kawan pun layak la nie nak memohon
Mesti ramai yang beratur nak duit rm 500 ni
nk tny jugak cam lekat lekit tu..kalo kerja sndiri leh apply jgak ker? layak ker erk...
saper taknak duit free kan...
Sabar2 !
Dgr je kerajaan nak bg duit, semuanya lajuuuu je kan.
RM500 ni sekali je kan? ermm
jangan ada yang ejas slip gaji udah ler.. hehehee
haa.. havoc gak sal duit 500 rm ni...
Assalam...
Ingatkan tersilap dengar hari tu...
harap2 lah pemberian nye telus dan adil utk serata rakyat kan...
Post a Comment