Pages

Saturday, October 15, 2011

Keputusan Terkini Kelantan vs Terengganu: Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 14 Oktober 2011

Keputusan terkini (semua perlawanan) dan video jaringan


Perlawanan Kelantan vs Terengganu: Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 14 Oktober 2011: KELANTAN 2-2 TERENGGANU (jom coffeemate)
  • PERMAINAN TAMAT DENGAN TERENGGANU MENANG AGGREGATE 5-3, MENERUSKAN PERJUANGAN KE PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA. TAHNIAH KEPADA TERENGGANU DAN KELANTAN, SATU PERMAINAN YANG BAIK, KELANTAN MEMANG TAK BERNASIB BAIK WALAUPUN MENDAPAT BANYAK PELUANG
  • 92": Kelihatan mercun dibaling ke arah pemain Terengganu yang mengambil sepakan sudut
  • 90": 4 minit masa tambahan
  • 87": Sepakan percuma untuk Kelantan dapat dikeluarkan dengan tandukan Marzuki. Marzuki memang bermain dengan baik terutamanya bola tinggi
  • 83": Sepakan oleh Manaf dapat ditepis oleh Fahmi dan Terengganu mendapat sepakan sudut pertama. Sepakan sudut dipersia-siakan
  • 80": Tinggal 10 minit lagi permainan
  • 77": Kelantan mendapat sepakan percuma di luar korak penalti. Rizal Fahmi membuat sepakan tapi dapat ditangkap baik oleh Sarbinee
  • 73": Terengganu bermain dengan 10 orang akibat Nik Zul dibawa keluar akibat kecederaan
  • 70": Kapten pasukan, Piya menjaringkan gol dengan baik. Sekarang ni secara aggregate Kelantan 3-5 Terengganu. Kelantan perlu 3 gol lagi
  • 69": Kelantan mendapat penalti setelah terkena tangan Marzuki
  • 65": Kelantan membuat pertukaran ketiga
  • 58": Kelantan terus membuat serangan untuk menambah gol seterusnya
  • Kelantan dapat gol pertama hasil jaringan Azamuddin
  • Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Jom rehat sebentar dengan coffeemate
  • Permainan tamat separuh masa pertama dengan Kelantan 0-2 Terengganu dan Terengganu mendahului dengan 5-1 secara aggregat, Kelantan perlu menjaringkan 5 gol dan mengharapkan Terengganu tidak menambah lagi jaringan jika ingin melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia.
  • 45"++: Chanturu dibawa keluar dan digantikan oleh Ramzul. Azamuddin menjaringkan gol tetapi tidak dikira akibat offside. For me ianya tak offside sebab bola berada di udara semasa Azamuddin membuat larian
  • 45": 4 minit masa tambahan. Chanturu membuat sepakan leret dari jauh tetapi dapat ditangkap kemas oleh Sarbinee
  • 43": Kelantan membuat pertukaran, Izuan dimasukkan menggantikan Zaman. Joseph Kallang Tie (Ter) dilayangkan kad kuning. Norshahrul hilang pertimbangan setelah ditackle
  • 42": Hampir mendapat gol ketiga untuk Terengganu akibat kelekaan Kelantan
  • 39": Ashaari menjaringkan gol kedua untuk Terengganu setelah sekali lagi meloloskan diri setelah tidak dikawal baik oleh pemain pertahanan Kelantan. Kelantan 0-2 Terengganu
  • 36": Sepakan sungguh baik oleh Piya tetapi terkena tiang gol sebelah kiri. Memang tak bernasib baik
  • 35": Sepakan percuma sekali lagi oleh Kelantan just di luar kotak penalti
  • 32": Sepakan percuma Piya diluar kotak penalti terkena benteng
  • 29": Terengganu menyerang dan nyaris-nyaris dapat menjaringkan gol akibat salah faham antara pemain-pemain Kelantan
  • 27": Kad kuning kedua untuk Kelantan dilayangkan kepada Subramaniam kerana menarik baju Manaf. Update: T-Team 1-0 Sabah
  • 25": Chanturu membuat hantaran cantik dari sebelah kiri pintu gol tetapi dapat dikeluarkan oleh Sharbinee
  • 24": Sepakan cantik oleh Matyo tetapi dapat ditepis cantik oleh Sharbinee
  • 23": Sepakan penjuru pertama untuk Kelantan diambil oleh Matyo tetapi dikeluarkan oleh pemain Terengganu
  • 21": Piya mensia-siakan peluang menendang bola melepas padang setelah mendapat hangtaran cantik Azamuddin
  • 18": Gol pertama telah dijaringkan di Kelantan setelah Terengganu melakukan counter attack dan dengan tenang Ashaari menewaskan Khairul Fahmi. Ashaari bijak meloloskan diri dari perangkap offside. Kelantan 0-1 Terengganu
  • 17": Setakat ini di semua tempat keputusan masih seri tanpa jaringan kecuali Negeri Sembilan 1-0 Felda United
  • 14": Pemain kelantan melakukan tackle dari belakang tetapi tidak dikenakan kad kuning, pemain Terengganu diusung keluar. Setakat ini penguasaan adalah Kelantan 65% dan Terengganu 35%
  • 13": Kad kuning pertama dilayangkan kepada Khairan Ezuan kerana melakukan terjahan yang kuat ke atas pemain Terengganu
  • 11": Tendangan cantik oleh Piya direct ke pintu gol tetapi terkena palang, memang tak bernasib baik. Penjaga gol, Sarbinee sudah tertewas
  • 7": Ashaari (Ter) berada di dalam kotak penalti menantikan hantaran tetapi terlebih dahulu dikeluarkan oleh pemain pertahanan Kelantan, Subramaniam
  • 5": Kelantan terus mengasak bagi mendapatkan gol awal setelah ketinggalan 1-3 dalam permainan pertama di Terengganu
  • 3": Tandukan oleh Azamuddin melepasi palang gol Terengganu. Satu serangan baik oleh Kelantan di hadapan penonton sendiri
  • Perlawanan baru sahaja dimulakan. Sama-sama kita tunggu keputusan terkini Kelantan vs Terengganu dalam suku akhir kedua Piala Malaysia

5 comments:

nur said...

TAHNIAH YE TERENGGANU..

SEBAB MUSTAHILLA KAN NAK DAPAT 5 GOL TU..

hazman aka species1980 said...

hurmm....kelantan dan perak telah tunjukkan aksi terbaik malam tadi...bukan rezeki tahun nie

Zura said...

suke sbb selangor layak..:)

n@m@n said...

klate xdok luck mlm td...

zati embong said...

riang hatiku..

na na na na ganu kite!