Pages

Friday, September 30, 2011

Jom Tempah Langsir @IKEA

Hari tu pi IKEA, nak buat langsir. Sebelum ni ada juga tengok-tengok dan bertanyakan mengenai benda alah ini. So inilah antara kain untuk buat langsir, boleh dikatakan not bad juga corak dan kualiti.

So pilih punya pilih berkenan le ngan Sofia, sorry ya kain tu dah diambil so tak ada le kat sini. Ianya @RM22.90 semeter. Nanti dah siap saya tayang kat sini kalau tak ada sebarang masalah.

So nak buat langsir untuk sliding door 3 pintu ianya perlu 14 meter lebih termasuk dengan "tie back" so jumlah semua @RM330. Yang ni tak termasuk dengan upah jahit sebanyak RM55. Kalau tak silap dalam masa 2 to 3 minggu siap le benda alah ni.

Thursday, September 29, 2011

Prestasi Kijang Emas September 2011

Just nak share mengenai harga @prestasi Kijang Emas 1/4 auns bagi bulan September 2011. By the way, harga ini untuk 2 September 2011 hingga 29 September 2011. Harga jualan dan belian dalam telah turun sebanyak 6.5%.

By the way, kalau kita ambil kita perbezaan harga jualan dan belian (spread), kejatuhannya lebih banyak iaitu melebihi 13% dalam tempoh satu bulan. Maknanya kalau anda beli sekeping Kijang Emas 1/4 auns pada 2/9 harganya RM1,493 then kalau jual hari ini, harganya adalah RM1,293 iaitu kerugian sebanyak RM200.

So macam saya cakap dalam entri yang lepas, melabur dalam emas tidak boleh lari daripada risiko, yang penting anda tahu mengenai apa yang anda laburkan dan ianya of course bukan untuk jangka masa yang pendek.

Rasanya instrumen yang berdasarkan emas, tidak kira syiling ke, wafer ke, akaun emas ke atau apa-apa yang melibatkan emas mengalami penurunan yang agak ketara bulan September 2011. Ini disebabkan keadaan kewangan dunia yang tidak menentu.

Adakah sekarang waktu yang terbaik untuk beli emas? Saya tiada jawapan untuk soalan ini. Fikir-fikirkan le. By the way, semasa entri ini ditulis harga emas pasaran hadapan adalah sebanyak USD1,626 per auns jika dibandingkan dengan melebihi USD1,900 per auns bulan lepas.

Barang Apa Paling Penting Dalam Hidup Anda?

Dalam kehidupan sekarang ini, boleh dikatakan banyak benda-benda baru yang sebelum ini tidak pernah kita tengok. So agak-agak, benda apa yang kita tidak boleh berpisah walaupun untuk sehari?
Just imagine, kalau sehari orang ambil your handphone. Bolehkah, anda hidup tanpanya? Yalah telefon ni sangat penting sekarang ini, ianya bukan barang mewah dan keperluan kepada kebanyakan orang or semua orang.

Tak kira apa jenis telefon, yang simple-simple or smartphone. Nak buat dan terima panggilan, sms ataupun access internet.

Maybe computer or laptop, terutamanya kepada blogger. Wait a minute, kalau dah ada smartphone, tak perlu le benda alah ini.

Or maybe television, apa kata kalau dalam sehari anda dok dalam hutan dan tak boleh tengok rancangan kegemaran anda, tak kira movies, berita, sukan or apa-apa. Pening juga hidup tanpa benda-benda kat atas tu.

So jom share, agak-agak benda apa yang penting dalam hidup anda @tanpanya hidup rasa macam tak lengkap aja. Entah apa-apa kan tapi itulah hakikat hidup sekarang.

Wednesday, September 28, 2011

Apa Cerita Darkbatman.com?

Ada terbaca di blog darkbatman dalam entri terbaru "pengumuman kepada semua pembaca darkbatman.com". Secara ringkasnya:
  • Blog ini adalah "kepunyaan" darkbatman dan penulis. By the way, siapakah yang dimaksudkan dengan penulis misteri ini? Adakah lelaki atau gadis?

  • Kontrak dengan Nuffnang telah dibubarkan dan blog ini tidak lagi menggunakan image Zuhry a.k.a Aie

  • Blog ini tidak lagi ada kaitan dengan Zuhry darkbatman
Entahlah memang tak faham mengenai blog ini. Apa-apa pun, diharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik agar tiada pihak yang tidak berpuas hati sama ada darkbatman ataupun penulis blog ini.

Tuesday, September 27, 2011

Tips Kurangkan Stress @Tekanan

Kehidupan ini tidak boleh lari daripada cubaan, masalah, tekanan hidup @stress dan macam-macam lagi perkara-perkara yang negatif dan merunsingkan diri. Kali ini nak share mengenai tips untuk mengurangkan tekanan hidup @stress yang saya ambil from azlina:

  1. Biasakan diri dalam keadaan berwuduk

  2. Perbanyakkan baca Al-Quran

  3. Banyakkan solat sunat

  4. Selalu berdoa pada Allah

  5. Bersangka baik dengan Allah

  6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

  7. Ambil makanan yang seimbang

  8. Menangis dengan sepuas hati @jangan simpan dalam diri sendiri

  9. Hargai kebolehan diri sendiri

  10. Cintai diri sendiri
So memang banyak lagi yang boleh dilakukan, so apa lagi sharing time......

Monday, September 26, 2011

Bagus Juga Beg Recycle IKEA

Sekarang ini boleh dikatakan kebanyakan pusat membeli-belah mengenakan caj 20 sen bagi setiap plastik pada hari minggu. So dah menjadi trend sekarang ini ramai yang bawa beg plastik sendiri.

Saya memang tertarik dengan beg plastik yang dijual di IKEA. Memang harga berpatutan, tahan lama dan juga pelbagai saiz. Kalau datang sini, memang tak rugi beli beg ni. Boleh kita gunakan untuk tujuan lain di masa akan datang.

So sama-samalah kita menjaga alam sekitar dengan menggunakan beg recycle untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.

Sunday, September 25, 2011

Memang Mengancam Betul Samsung SII @LoveGalaxy SII

Memang sekarang ni ramai betul yang memiliki Samsung SII. Kat youtube macam-macam video diupload untuk memeriahkan lagi kehebatan Samsung SII. So nak share dua video yang saya rasa sungguh menarik perhatian.

Yang di @Perfect Match, sama ke tak wajah di dalam telefon vs kat luar? Memang gambar yang diambil melalui Samsung SII sungguh jelas.

Yang ni pula @My Entertainment, keseronokan bermain games menggunakan Samsung SII. Macam real aja.

Apa-apa pun, kalau nak tengok banyak lagi video mengenai Samsung SII, jom terjah "Spread Love on Samsung SII".

Saturday, September 24, 2011

Harga Emas Jatuh Teruk Hampir 6% Sehari: 23 September 2011

Mengikut data dalam CNBC, harga emas jatuh teruk semalam, 23 September 2011 sebanyak USD101.90 per auns kepada USD1,639.80. Kejatuhan ini adalah sebanyak 5.85%. Dilaporkan ianya disebabkan kenaikan kadar mata wang USD dan juga pelabur menjual instrumen emas bagi cover kerugian dalam pasaran saham. Emas jatuh paling teruk kali ini semenjak 2008.

Manakala Perak pula mengalami nasib yang lebih malang setelah kerugian 17.71% kepada USD30.101 per auns.

Macam saya cakap sebelum ini, melabur dalam emas pun ada risiko. Sama ada ianya waktu terbaik untuk beli atau tidak, ianya merupakan tindakan pelabur dengan mengkaji segala segi. Sebelum ini saya berpendapat harga emas boleh support pada nilai USD1,700 tetapi ianya nampak gaya susah sikit disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Kepada pemegang Kijang Emas, Dinar Emas Kelantan, Dinar Emas Perak, akaun emas dan juga apa-apa berkaitan dengan emas, article ini mesti igauan buruk pada mereka.

OKlah bosan-bosan ngan emas, jom kita tengok video @ Samsung Galaxy S11.

Friday, September 23, 2011

Pengalaman Berurusan Dengan Cash Converters @Ampang Point

Hari tu pi kat Cash Converters yang berada di belakang Ampang Point. Kat sana nak beli dan jual barang-barag terpakai boleh le. By the way, alamatnya adalah 96 & 97, Lorong Mamanda 2, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor or boleh call 03-4252 5025 or enquiry_my@cashconverters-asia.com.

So nak berurusan kenalah ambil nombor. Memang unik nombor tu ditulis atas CD.

Memang ramai juga orang-orang yang nak lupuskan barangan yang tidak lagi diperlukan. Masing-masing tawar-menawar harga yang mereka ingin jualkan. Ada juga yang berlalu dengan begitu sahaja maybe sebab harga yang Cash Converters tawarkan tidak sama dengan apa yang mereka expect.


Hari tu masa mengemas bilik anak-anak, ada le toys yang lama-lama entah berapa tahun disimpan dan memang tak digunakan. Memang banyak gak.

So diaorang cakap nak ambil benda alah ni RM10, so saya cakap RM15 boleh tak? Diaorang check dengan orang kat dalam tu then akhirnya RM13. Tak kisahlah lagipun barangan tu nak dibuang.

So kepada yang nak lupuskan barang, jangan expect harga yang tinggi. Memang susahlah lagipun mereka akan jual barangan kepada customer lain. So entahlah dengan harag RM13 berapa diaorang akan jual, maybe RM50 maybe RM20 entahlah. Apa-apa pun, senang hati dah tak pening kepala memikirkan benda alah ni dan jimat space.

Berurut di Tempat Terbuka RM1 Aja

Hari tu pi ke IOI Mall so nampak le benda alah ni, "Rest N Go" yang dibawakan oleh Gintel. So kalau dah letih berjalan-jalan sambil shopping berehatlah sambil berurut. Memang not bad juga, seluruh badan kita dimassage. Budak-budak pun suka.

Kalau yang dewasa lagi le, yang pasti bahagian leher dan belakang kita rasa segar sikit.

Senang aja, masukkan duit kertas dalam benda alah yang berwarna hijau tu then masa mula dikira. Apa yang perlu dibuat just relax.

Kalau yang belum cuba apa lagi ianya RM1 untuk 3 minit, kalau nak lama lagi masuklah RM10 baru puas. Then kalau tak puas lagi beli le benda alah tu kat Gintel.

Tapi nak tahu apa yang lebih seronok lagi apabila melakukan aktiviti shopping????

Ianya sudah pasti membeli-belah dengan celcom @Talk-a-thon. Bukan sekadar anda dapat beli apa yang diidamkan tetapi ianya percuma. Memang betul setiap hari, dari 15 Ogos 2011 sehingga 30 November 2o11, 5 orang bakal membawa balik voucher bernilai RM5,000 dengan hanya membuat panggilan, menggunakan celcom broadband ataupun top-up instanet.

Banyak tempat yang boleh digunakan voucher tersebut:

Semenanjung Malaysia

Parkson, Giant, Gold Storage, Guardian, Mercato, Econsave, IKEA, Celcom Blue Cube, i-Study (Apple authorised reseller - Lembah Klang Sahaja), Forever 21 (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja), TopShop (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja)

Sabah & Sarawak

Parkson, Giant, Farley, H&L Supermarket


Inilah antara pemenang-pemenang bertuah, nak tahu jika anda adalah termasuk dalam senarai, boleh check kat talk-a-thon. Boleh juga rujuk my previous entry mengenai cara nak masuk cotest ini, "Anda Suka Shopping".

Memang shopping boleh menghilangkan masalah dan kadang-kadang boleh menambah masalah apabila tiba masanya untuk membayar tetapi dengan voucher percuma @talk-a-thon, pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan kalau tak percaya tanya mereka yang telah menang voucher tersebut.

Nota: Entri ini adalah Sponsored Post. Untuk entri terbaru, sila skrol ke bawah.

Thursday, September 22, 2011

Mudah Juga Guna Penyepit Bungkusan IKEA

Pernah tak mengalami situasi nak mengikat bungkusan tetapi tak ada pengikat getah ataupun benda alah tu bila diikat putus le pula. Sekarang masalah dapat diatasi dengan penyepit bungkusan yang boleh didapati di IKEA.

Actually penyepit ni harganya RM10, banyak juga kalau tak silap lebih daripada 30 penyepit. Ianya pelbagai warna dan saiz.


Senang aja buka penyepit tu pas tu kepit le kat bungkusan yang kita buka tetapi tidak habis lagi yakni nak disimpan.

Hasilnya macam ni le, tak perlu disimpan dalam balang dan senang untuk kita buka. I am sure ramai yang pernah juga benda alah ni, apa pandangan semua?

Wednesday, September 21, 2011

Malaysia Kalah 0-2 Kepada Jepun: Peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik 2012: 21 September 2011

Keputusan perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Jepun berkesudahan dengan kekalahan 0-2. Permainan peringkat kumpulan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 ini adalah permainan pertama.

Walaupun kalah, kredit patut diberi kepada Malaysia yang bermain dengan yang terbaik di tempat lawan terutamanya penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan keadaan. Kalau tak silap Jepun melakukan percubaan melebihi 20 kali manakala Malaysia hanya melakukan sekali percubaan dan banyak bermain secara bertahan.

By the way, Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun, Bahrain dan Syria. Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia lawan Syria di Malaysia pada 23 November 2011.

Tuesday, September 20, 2011

Prestasi Public Mutual @KWSP Turun 7.3% Dalam Masa 8 Bulan

Sekarang lebih kurang 8 bulan saya melabur dalam unit trust @Public Mutual dengan pengeluaran dana dalam KWSP. So nak share le mengenai prestasi. Ramai yang tahu situasi saham seluruh dunia termasuk Malaysia tidak menentu sejak kebelakangan ini disebabkan ekonomi Amerika Syarikat dan juga hutang di negara Eropah.

So so far dana tersebut telah mengalami kerugian sebanyak 7.3% berbanding dengan nilai yang saya masuk sebanyak RM10,000. Tetapi seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, saya plan nak letak untuk 5 tahun or bila ianya capai target return of 50%. Unit trust ini untuk jangka masa panjang.

Kita tunggu dan lihat macam prestasi ini nanti. By the way, of course ianya tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan dalam emas yang mana return lebih kurang 25% dalam masa 9 bulan.

Monday, September 19, 2011

Seronoknya Kalau Shopping Tapi Orang Lain Bayar

Tiap-tiap minggu boleh dikatakan mesti ke hypermarket untuk membeli barangan kering. Di samping itu, boleh gak spend masa dengan keluarga semasa berada di tempat ini. Kebetulan semalam hari cuti sempena Hari Malaysia so singgahlah di Giant.

Bila pi Gianta teringat pula dengan contest terkini oleh Celcom, Talk-A-Thon yang menawarkan voucher setiap hari @RM5,000 kepada 5 pemenang. Just imagine, barang yang dibeli kat atas tu RM100++, so kalau menang voucher, berapa minggu boleh shopping ni, siapa tak suka.

Shopping kat Giant ni selesa juga dengan keadaan dan barangan yang disediakan. Danish kalau datang sini mesti nak juga gunakan kemudahan scan harga ni walaupun dah tahu berapa harga, biasalah budak-budak kan.

By the way, nak tahu lebih lanjut mengenai Talk-A-Thon?

Boleh rujuk kepada my previous entry "Anda Suka Shopping"? Mungkin anda merupakan orang yang bertuah seterusnya? Contest ini berlansung between 15 Ogos 2011 and 30 November 2011. Ianya khas bagi pelanggan XPAX, U.O.X., S.O.X, Celcom Broadband dan juga Instanet.

Bukan hanya voucher untuk shopping di Giant tetapi ianya juga meliputi:
Memang banyak tempat bukan? So apa lagi yang ditunggu, untuk mengetahui lebih lanjut, jom terjah Talk-A-Thon.

Nota: Entri ini adalah Sponsored Post.

Not Bad Juga Nasi Ayam di Al-Ikhwan Chicken Rice Shop @Bangi

Masa weekend lepas pi le open restaurant, Al-Ikhwan Chicken Rice Shop di Bangi. Memang ownernya kawan my wife so kalau tak silap setiap tahun buat majlis sambutan hari raya. Memang bagus, share rezeki yang ada dengan orang lain.

Memang ramai yang datang, macam-macam juadah ada termasuk nasi ayam rempah, rojak, laksa penang, lemang, ketupat dan etc.

So kedai Al-Ikhwan Chicken Rice Shop di Bangi di terkenal dengan nasi ayam so saya ambil gambar ini ajalah. Afiqah paling suka makan nasi ayam. Nasi lain daripada yang lain since ianya berempah bukan macam biasa.

Kalau nak cuba apa kata pi Al-Ikhwan Chicken Rice Shop di 10-GF, Jalan 15/1F, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor or boleh call 017-571 5738. Selamat mencuba.

Sunday, September 18, 2011

Jom Join Contest @Eyriqazz: Bina Banner

Anda terror untuk design banner? So apa lagi sertai "Contest Design Banner Eyriqazz.com" Tak susah inilah secara ringkasnya syarat-syarat:
  • Buat banner bersaiz 728 x 90 dalam bentuk jpeg / gif dan tak lebih 45kb
  • Boleh letak banner ini dalam entri anda bertajuk "Contest Banner Eyqiazz.com"
  • Penghujung entri tulis "Contest Design Banner Eyriqazz.com ini ditaja oleh AbangEnsem.com"
  • Tinggal permalink kat dalam entri "Contest Design Banner Eyriqazz.com"
  • Tak ada blog, boleh e-mail kat iman1237@hotmail.com
  • Tarikh tutup ialah 30 September 2011
Hadiahnya not bad juga:
  • Pertama: RM100 tunai + blog anda dipromosikan dalam blog eyriqazz selama 1 bulan
  • Kedua: RM50 tunai
  • Saguhati: RM10 untuk 3 pemenang
Apa lagi jangan lepaskan peluang, sertai "Contest Design Banner Eyriqazz.com".

Saturday, September 17, 2011

Promosi Serunding Daging dan Ikan @Jangan Lepaskan Peluang

Tak kira bulan Ramadhan, bulan Syawal atau bila-bila aja. Serunding memang sedap dimakan dengan apa jua termasuklah ketupat dan juga nasi. Jangan risau bagi yang tak sempat beli masa bulan puasa, kira anda boleh pesan terus melalui online. Jom kita tengok promosi sempena Hari Malaysia dan sepanjang bulan Syawal.

Ianya boleh dibeli melalui aconceptnature. Yang bagus ianya homemada dan dua jenis boleh didapati iaitu ikan dan juga daging. Ianya dibungkus dalam pek seberat 250 gram. Harganya adalah:
  • Ikan: RM16

  • Daging: RM19
Kalau yang tinggal berdekatan Ampang, boleh pi ke kedai terus @TMT Unity Products & Marketing di No. 12A, Jalan Wawasan 2/12, Bandar Baru Ampang, Selangor or telefon 03-4270 4299. E-mail pun boleh di cundeal@yahoo.com.

Promosi:
  • Open House Syawal
    • Beli 2 pek dapat penghantaran percuma (poslaju) bagi semenanjung Malaysia
    • Bagi Sabah dan Sarawak tambah RM5 untuk penghataran
    • Tempoh sah ialah sepanjang bulan Syawal

  • Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia
    • Beli 2 pek dapat dapat percuma 1 pek 50 gram (bernilai RM5.50) dan penghataran percuma
    • Tempoh promosi adalah bagi bayran dibuat pada 16, 17 dan 18 September 2011 sahaja
    • Penghantaran akan diurus pada 19 dan 20 September 2011


Nak tahu macam mana nak beli dan dapat promosi ini?
By the way, sebelum membuat pembelian bolehlah hubungi terus A Concept Nature untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Friday, September 16, 2011

Harga Emas Jatuh Lebih 2% Kepada Bawah USD1,800 Per Auns @15 September 2011

credit: brecorder

Semalam, 15 September 2011, harga emas di pasaran dunia ditutup rendah dengan penurunan melebihi 2% ke bawah USD1,800 untuk satu auns. Penurunan ini juga adalah sebanyak 7% jika dibandingkan dengan harga tertinggi dalam sejarah Selasa lepas @USD1,920.30 per ounce.

Kejatuhan ini adalah disebabkan oleh usaha yang diambil bagi membendung masalah hutang yang dihadapi di Eropah. Di samping itu, bank-bank pusat utama memberitahu bahawa mereka akan bekerjasama untuk menawarkan 3-bulan pinjaman dolar Amerika kepada bank-bank perdagangan untuk mengelakkan masalah di dalam pasaran wang.

Memang harga emas tidak menentu dengan turun dan naik. Mengikut trend sebelum ini, ianya sometimes boleh turun melebihi 10% dalam masa beberapa hari dan naik kembali tetapi harga sokongan tidak jatuh di bawah USD1,700 satu auns.

Anyway HSBC menganggarkan harga emas akan melebihi USD2,000 per ounce (@USD2,025) dalam tahun ini. Ini berdasarkan oleh hutang yang terlalu tinggi oleh Kerajaan dan ketidakstabilan pasaran mata wang. Apa-apa pun, kita nantikan perjalanan emas.

Thursday, September 15, 2011

Akta Keselamatan Dalam Negeri @ISA Dimansuhkan

Memang betul Akta Keselamatan Dalam Negeri @ISA akan dimansuhkan. Begitulah ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Malaysia yang akan disambut esok, 16 September 2011.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus."

However, untuk mencegah keganasan dan jenayah, 2 undang-undang baru akan digubal. Di samping itu, Kerajaan akan memansuhkan Akta Buang Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Begitulah secara ringkas mengenai ucapan PM mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri @ISA dan Akta Buang Negeri serta lesen pembaharuan tahunan dihapuskan.

Anda Suka Shopping? Sudah Tentu Minat dengan Talk-A-Thon

Sponsored Post untuk 48 jam. Untuk entri terkini, sila scroll down.

Siapa tak suka dengan shopping terutamanya kalau ianya free. Ini bukan main-main tapi ianya betul dengan Talk-A-Thon. Impian bakal menjadi kenyataan. 5 pemenang setiap hari @RM5,000 bakal memperoleh shopping voucher. Anda masih tidak terlambat kerana tempoh contest ini adalah from 15 Ogos 2011 hingga 30 November 2011.

Dengan hadiah ini, bolehlah shopping puas-puas di:

Semenanjung Malaysia

Parkson, Giant, Gold Storage, Guardian, Mercato, Econsave, IKEA, Celcom Blue Cube, i-Study (Apple authorised reseller - Lembah Klang Sahaja), Forever 21 (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja), TopShop (Pulau Pinang & Lembah Klang sahaja)

Sabah & Sarawak

Parkson, Giant, Farley, H&L Supermarket


Tak kira le nak beli pakaian baru ke, set bilik tidur ke, telefon yang anda inginkan ke or berbelanja untuk orang tersayang. Just imagine macam-macam anda boleh beli bagi menggembirakan diri anda atau orang lain.

Nak tahu lebih lanjut? Ianya dengan membuat panggilan @Celcom Talk-A-Thon.

Jika anda pengguna XPAX, U.O.X. atau S.O.X impian anda bakal menjadi kenyataan. Jom kita tengok macam mana nak menyertainya:
  • Buat lebih 3 panggilan jika dibandingkan dengan purata harian bulan Julai 2011. Sebagai contoh kalau panggilan harian Julai 2011 adalah 5 so sekarang ini kena buat 8 (5+3). Bagi pengguna baru ianya adalah 3 panggilan (0+3). Nak tahu jumlah panggilan bulan Julai 2011, boleh dial *118#
Kalau bukan pengguna XPAX, U.O.X. atau S.O.X, jangan risau. pengguna Celcom Broadband atau Instanet pun boleh:

Celcom Broadband
  • Buat salah satu daripada perkara ini
    • Beli additional data volume (1GB@RM15, 5GB@RM50)
    • Hantar 20 sms (15 sen/sms) dalam masa sehari menggunakan broadband
    • Upgrade pakej anda (i.e. Celcom Broadband Lite ke Basic, Basic ke Advance, Advance ke Pro)

Instanet
  • Langgan untuk mana-mana Instanet Harian (RM5), Instanet Mingguan (RM18) atau Instanet Bulanan (RM50)
So apa lagi jangan lepaskan peluang, masa masih ada. Harapan sentiasa ada bagi mereka yang mencarinya. Good luck, semoga voucher yang ditawarkan menjadi milik anda dengan Talk-A-Thon.

Jom Kita Makan Katak: Pengurusan Masa dengan Berkesan

Anyway siapa suka makan katak terutamanya yang hidup. Actually kalau yang dah mati pun saya tak nak makan. Saya bukan nak cerita pasal katak tetapi satu buku yang saya rasa sangat penting untuk kita semua terutamanya bagi yang tengah mencari-cari formula untuk menguruskan masa dengan berkesan. Boleh baca buku "Eat that Frog". Tengok kat MPH online tapi tak ada dalam stock, harganya RM35.90.

Google dapatlah link untuk ebook. Dalam ebook ni ada 113 muka surat dan saya belum baca lagi, lebih senang hard copy, maybe print nanti or cari buku. Tapi kalau nak save baca ebook ajalah. By the way, saya ringkasan sikit mengenai buku ini:
  • Mengikut penulis ini, Brian Tracy kita buat benda yang paling susah sekali then kerja-kerja lain akan jadi mudah. By the way, buku ini mengandungi 21 chapters. Apa lagi benda yang paling susah dalam hidup ini setelah kita makan seekor katak yang hidup. Itulah kiasan orang dulu-dulu

  • Setiap bab mengandungi tips tersendiri, idea dan contoh. Bagi bab yang ke-7, kita tidak mempunyai masa untuk menyiapkan semua benda so kenalah decide yang mana lebih penting.

  • Boleh amalkan perkara-perkara ini bagi menyiapkan sesuatu perkara
    • Kena tahu apa yang kita mahu
    • Tulis matlamat itu
    • Set deadline, maknanya bila kita expect nak siap benda alah ni
    • Senaraikan apa yang diperlukan untuk buat tugasan itu
    • Action sangat penting bukan hanya plan
    • Buat sedikit demi sedikit untuk mencapai matlamat tersebut

  • Bab-bab lain yang menarik adalah:
    • Membuat perancangan setiap hari melalui catatan bukan sekadar dalam pemikiran
    • Melaksanakan peraturan 80:20 iaitu 20% benda yang kita buat meliputi 80% daripada keputusan
    • Buat persiapan sebelum melakukan sesuatu seperti mengetahui sesuatu konsep
    • Tentukan apakah halangan bagi menjayakan sesuatu perkara i.e. nak print project paper tapi ink tak ada
    • Motivasi diri sendiri, fous terhadap penyelesaian dan bukannya masalah
    • Set dalam pemikiran kita bahawa sesuatu tugasan itu memerlukan penyelesaian yang segera
Sama-samalah kita menguruskan masa dengan berkesan dengan "Eat that Frog"

Wednesday, September 14, 2011

Kelantan Tewas 0-2 Kepada Felda United: Piala Malaysia 14 September 2011

Kelantan malam ini tewas kepada pasukan Felda United dengan 0-2 di tempat lawan. Kekalahan ini adalah buat pertama kali lawan Felda dalam masa lebih kurang 4 tahun. Dengan tamatnya permainan pada malam ini, pusingan pertama peringkat kumpulan berakhir dan masih ada 3 permainan lagi bagi semua pasukan bagi menentukan pasukan manakah yang bakal meneruskan ke pusingan 8 pasukan @suku akhir Piala Malaysia 2011.

Kedudukan terkini peringkat Kumpulan:

Kumpulan A
  • Sabah: 7 mata
  • Perak: 7 mata
  • Kedah: 3 mata
  • Johor: 0 mata
Kumpulan B
  • Negeri Sembilan: 9 mata
  • Terengganu: 6 mata
  • PKNS: 3 mata
  • Sime Darby: 0 mata
Kumpulan C
  • Felda United: 9 mata
  • Kelantan: 6 mata
  • Johor FC: 3
  • Sarawak: 0 mata
Kumpulan D
  • Kuala Lumpur: 7 mata
  • T-Team: 6 mata
  • Selangor: 4 mata
  • PDRM: 0 mata

Tuesday, September 13, 2011

LRT Buat Hal Lagi @Berhenti Kat Stesen Damai: 13 September 2011

Perkhidmatan LRT untuk pagi ini @13 September 2011 tergendala. Entah apa masalahnya, secara senang "masalah teknikal". Semua penumpang kena turun kat LRT stesen Damai. Memang beratus-ratus orang maybe sampai seribu orang terkandas kat stesen ini.

Semua nak cepat untuk ke pejabat tapi nampak gayanya mereka nak tak nak lambat ke tempat kerja. Sepatutnya guna perkhidmatan awam dapat menjimatkan masa dapat mengelakkan kesesakan jalan raya tapi sebaliknya untuk hari ini.

Tak tahu berapa lama masa akan diambil untuk memperbaiki benda alah ni. Kalau tak silap ini kali pertama, biasanya train tu bergerak juga dengan slow tapi yang ni stop tengah jalan.

Sepatutnya ada shuttle bas tapi tunggu punya tunggu tak kelihatan. Nak naik teksi pun tak ada, kalau ada pun, tengoklah orang yang menunggu. Di harap pihak berkenaan @MY Rapid dapat memperbaiki perkhidmatan ini di masa hadapan. Apasal le benda ini berlaku kat stesen Damai. Dahlah tu banyak jalan di Kuala Lumpur ditutup hari ini sampai Jumaat, kalau tak silap sehingga kul 11.00 pagi. Nak tahu pasal penutupan boleh call Polis Trafik Kuala Lumpur @03-20719999.

By the way, update oleh MYRapidKL @twitter mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna LRT yang terpaksa berhenti dan keluar di stesen Damai hari ini. Rupa-rupanya masalah teknikal dalam terowong.
Link

Jem Betul Kat Terminal LRT Gombak

Memang jalan sesak betul untuk ke Terminal LRT Putra @Gombak. Sekarang ni diaorang tengah baiki jalan depan tempat tunggu bas dan juga teksi. Biasa kalau nak ke Genting ke tunggu kat situ le.

Bila jalan dah tutup memang susah betul, penuh dengan kereta yang nak ambil orang yang menggunakan perkhidmatan awam@LRT. Tak sure berapa lama, rasanya tak kurang dari 1 minggu kot.

Di samping itu, satu bangunan yang bakal menempatkan parking dan juga business tengah dalam proses pembinaan, yang ni lambat lagi kot nak siap, more than 1.5 tahun. Apa-apa pun untuk kegunaan masa depan.

So bagi mereka yang menggunakan LRT di kawasan ini, rasanya baik tunggu di stesen LRT yang satu lagi, i.e. Taman Melati bagi mengelakkan jem.

Monday, September 12, 2011

Tahun Lepas dah Dapat, Tahun ni Dapat Lagi: Cek Takaful

Tahun lepas dapat cek @RM110.44 from Takaful Malaysia untuk kereta. Since tahun ini tak claim takaful kenderaan so dapatlah lagi tapi of course jumlahnya berkurangan memandangkan jumlah coverage kenderaan dah kurang dah juga "sumbangan" or premium adalah kurang. So at least lebih RM50 @RM76.15.

Perkiraan ini adalah berdasarkan perkongsian keuntungan @mudharabah pada kadar 15%. Tapi rasanya tahun depan tak dapat le sebab tak ambil ngan Takaful Malaysia sebab kena buat kat HQ then kat cawangan Bank Islam officer yang incharge tak ada.

Tak apa, lain kali kena ambil takaful kenderaan @Takaful Malaysia. Memang menguntungkan dan yang penting ianya berlandaskan Shariah.