Semalam, 15 September 2011, harga emas di pasaran dunia ditutup rendah dengan penurunan melebihi 2% ke bawah USD1,800 untuk satu auns. Penurunan ini juga adalah sebanyak 7% jika dibandingkan dengan harga tertinggi dalam sejarah Selasa lepas @USD1,920.30 per ounce.
Kejatuhan ini adalah disebabkan oleh usaha yang diambil bagi membendung masalah hutang yang dihadapi di Eropah. Di samping itu, bank-bank pusat utama memberitahu bahawa mereka akan bekerjasama untuk menawarkan 3-bulan pinjaman dolar Amerika kepada bank-bank perdagangan untuk mengelakkan masalah di dalam pasaran wang.
Memang harga emas tidak menentu dengan turun dan naik. Mengikut trend sebelum ini, ianya sometimes boleh turun melebihi 10% dalam masa beberapa hari dan naik kembali tetapi harga sokongan tidak jatuh di bawah USD1,700 satu auns.
Anyway HSBC menganggarkan harga emas akan melebihi USD2,000 per ounce (@USD2,025) dalam tahun ini. Ini berdasarkan oleh hutang yang terlalu tinggi oleh Kerajaan dan ketidakstabilan pasaran mata wang. Apa-apa pun, kita nantikan perjalanan emas.
5 comments:
Masa terbaik untuk beli emas ker?
pasaran emas ni, jatuh sket jer tapi naiknya banyak
ha ah..cer bg pendapat sket nik bila prestasi emas ni jd gini. Patut beli lagik or patut jual jer..
Tq nik!
lagenda: bagi yang melabur untuk jangka masa panjang tak ada masalah beli sikit2 setiap bulan ke, he he he....tapi kalau rasa target return dah cecah boleh jual
smpi bile turun ni ey...bpe 1 gram dlm RM?
Post a Comment