Sekarang lebih kurang 8 bulan saya melabur dalam unit trust @Public Mutual dengan pengeluaran dana dalam KWSP. So nak share le mengenai prestasi. Ramai yang tahu situasi saham seluruh dunia termasuk Malaysia tidak menentu sejak kebelakangan ini disebabkan ekonomi Amerika Syarikat dan juga hutang di negara Eropah.
So so far dana tersebut telah mengalami kerugian sebanyak 7.3% berbanding dengan nilai yang saya masuk sebanyak RM10,000. Tetapi seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, saya plan nak letak untuk 5 tahun or bila ianya capai target return of 50%. Unit trust ini untuk jangka masa panjang.
Kita tunggu dan lihat macam prestasi ini nanti. By the way, of course ianya tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan dalam emas yang mana return lebih kurang 25% dalam masa 9 bulan.
12 comments:
banyak betul pelaburan bro....
betul. public mutual mmng pelaburan jangka masa pjng
aku pun akan keep track, aku jugak skeptical dgn pulangan unit trust, time will tell, since it's my own EPF, tak kisahlah sgt sebab bukan boleh bwk keluar pun.
Betul tu bro.... unit amanah nie pelaburan sederhana dan panjang ...baru nampak hasilnya...
Samalah dengan aku bro.. aku beli dana PCIF.. dulu test beli RM1K cash...sekarang tinggal 700 je... dan 2 tahun tu... tapi takpelah mencubakan
saya tengah berkira-kira jugak nak melabur jangka panjang guna dana kwsp dalam public mutual (10 tahun)
tengah belek2 masa paling sesuai nak enter..tapi mostly tengah turun sekarang ni..tapi utk pelaburan jangka panjang takpe kot kan..
kena byk sabo dgn UT ni...
awal2 komisyen je dah hangus bbrp % kan...
takpelah, demi utk jangak masa panjang dan kepelbagaian instrumen pelaburan...
mase downturn ni bukan ke mase terbaik nak invest dalam unit trust, ade sorg kwn gtaw...
konfemke gold investment akan terus kekal even ekonomi dunia makin down..nak2 thun dpn..apa komen bro?
skg ni maen 1800usd/oz.. analyst ckp bleh smpai 2000usd/oz by the end of this year..
Beza gold investment dgn unit trust adalah gold invest tak boleh invest melalui simpanan KWSP manakala unit trust boleh invest melalui simpanan akaun1 KWSP.
Tidak perlu risau jika indeks KLCI menurun kerana ketika indeks rendah lah harga unit trust menjadi murah dan paling sesuai untuk dibeli.
Kepada mereka yg mempunyai simpanan KWSP, melabur dalam unit trust Public Mutual adalah sesuai. Jika kita faham bagaimana perjalanan pelaburan unit trust kita akan lebih seronok untuk melabur.
Jika ada persoalan boleh tanya saya 013-2573213 atau 010-9312313.
Post a Comment