Sebelum saya buat ringkasan mengenai kos transfer strata title, apa kata saya citer mengenai serba sedikit kandungan surat:
- Boleh guna peguam asal yang menguruskan sale & purchase agreement, S&P (perjanjian jual beli) ataupun peguam yang peguam yang baru dilantik oleh pemaju
- Transfer perlu dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh pemaju
- Kalau gagal buat dalam masa 12 bulan, kena penalti tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000
- Kos penyimpanan sebanyak RM10 sehari dikenakan jika bagi penyimpanan strata title oleh pemaju selepas 12 bulan
- Procedure bagi transfer juga disenaraikan bagi kemudahan pembeli @tuan punya hartanah
- Dua kos yang bakal dikenakan iaitu "Legal Fees" dan "Disbursement Fees"
- Bagi Legal Fees @berdasarkan harga hartanah yang dibeli dahulu
- Caj sebanyak 1% akan dikenakan bagi RM150,000 yang pertama ;
- RM850,000 yang berikutnya, 0.7% akan dikenakan ;
- RM2 juta yang berikutnya o.6% ;
- RM2 juta seterusnya 0.5% ;
- RM2.5 juta terakhir, 0.4% dikenakan
So kalau guna peguam yang sama semasa S&P dahulu dapat diskaun 50% tapi kalau peguam yang lain diskaun hanya 25%. So kalau peguam yang sama, let say harga hartanah RM170,000, legal fees adalah RM1,500 (RM150,000 X 0.01) + RM140 (RM20,000 X 0.007) = RM1,640. So lepas diskaun 50% jadilah RM820.
- Bagi disbursement fees pula, ianya bergantung kepada peguam yakni tidak standard macam legal fees
5 comments:
Alhamdulilah.. selamat aku sebab masa beli apartment hari tu strata dah keluar so terus transfer ke nama aku terus.. kalau tak mau banyak koje aku kena bayar kos lagi
fuhh..mahal juga rupanya nak transfer strata title ni ya? Umm..yang untungnya lawyer jugak...
memang agak tinggi kos nya...apa kata mintak diskaun sikit lagi dengan lawyer tu?
Alamak beb, aku bukannya sifu hartanah tapi 'biasa-biasa' je.
Assalammua'laikum, tumpang tanya sket....If kita dah penah re-finance rumah utk urusan strata ni kita buat melalui lawyer S&P or lawyer bank kita ek? Saya confuse dgn lawyer developer, lawyer bank & lawyer masa s&p
Post a Comment