Pages

Friday, September 9, 2011

Nak Melabur Kat Mana? RM1,000, RM5,000, RM...

Bagi yang ada duit dan ingin mengetahui kat mana nak melabur, bolehlah beli majalah Personal Money keluaran September 2011 @RM9.00. Tak kiralah anda ada RM1,000 ke, RM5,000 ke, RM10,000 ke or RM20,000.

Nak share sedikit kat mana anda boleh melabur berdasarkan informasi yang dikongsi di dalam majalah ini;
  • RM1,000
    • Unit trust / amanah saham boleh dipertimbangkan bagi mendapat kepelbagaian, tak kiralah sama ada unit trust yang berdasarkan ekuiti / saham ataupun bon. Tapi macam biasalah apabila kita melabur tak kira dalam apa jenis instrumen, risiko kena faham betul-betul.

  • RM5,000
    • Memandangkan jumlah yang kita ada untuk investment adalah lebih, banyak benda yang kita boleh buat i.e. saham, unit trust dan juga komoditi.
    • Ada yang mula berjinak-jinak dengan pasaran saham terutamanya jumlah paling sedikit kita boleh beli sekarang ialah 1 lot @100 units. Kalau saham tu berharga RM5.00 so 1 lot ialah RM500 tetapi kena tahu charge-chargenya seperti brokerage fee dan juga clearing fee. Kalau beli online lagi murah brokerage fee.
    • Melabur dalam emas juga menjadi trend sekarang setelah harga emas di pasaran dunia semakin meningkat. Tak kiralah beli melalui akaun emas, bullion, syiling emas ataupun instrumen lain. Yang ini kena tahu spread (perbezaan harga belian dan jualan).

  • RM10,000
    • Ada yang melabur di dalam pasaran saham lua negara melalui unit trust bagi mendapat impak yang berbeza dengan ekonomi Malaysia.

  • RM20,000
    • RM20,000 untuk melabur dalam bidang hartanah? Memang betul, RM3,000 to RM5,000 untuk yuran guaman dan selebihnya digunakan sebagai bayaran 10% deposit bagi rumah kos rendah @RM150,000. Ianya boleh didapati di Seri Kembangan dan Kajang.
So itulah secara kasarnya, kalau nak tahu lebih lanjut boleh beli majalah Personal Money edisi September 2011 ya.

8 comments:

mamaNoriz said...

good info bang nik...

syukur sbb so far semua instrumen dah try cuma belum penah beli lot saham je...takut la...

Anne said...

Tks 4 sharing the info bro. lps ni nak kumpul duit syilling ~ buat melabur :)

hazman aka species1980 said...

bro nie memang boleh join blogger MAT JOE kalau cakap pasal investment....

lagenda said...

klu main saham, mak x berani lg sbb x ckp ilmu di dada..kena buat slow2 ikut pengetahuan yg ada dulu. Mak kena buat man man kata org cina..jgn semua nk bolot. Nnt semuanya keciciran!

JMR said...

good..janji mkin berkembang duit tu..heheh

gr@wn said...

tips ni masih menakutkan untuk dibuat duit :/

KiD said...

bila laa nak invest rm20K tuh.. huhuhuu

miss nina said...

bagusnya info ni. macam2 boleh belajar dr entri ni