Just nak share mengenai harga @prestasi Kijang Emas 1/4 auns bagi bulan September 2011. By the way, harga ini untuk 2 September 2011 hingga 29 September 2011. Harga jualan dan belian dalam telah turun sebanyak 6.5%.
By the way, kalau kita ambil kita perbezaan harga jualan dan belian (spread), kejatuhannya lebih banyak iaitu melebihi 13% dalam tempoh satu bulan. Maknanya kalau anda beli sekeping Kijang Emas 1/4 auns pada 2/9 harganya RM1,493 then kalau jual hari ini, harganya adalah RM1,293 iaitu kerugian sebanyak RM200.
So macam saya cakap dalam entri yang lepas, melabur dalam emas tidak boleh lari daripada risiko, yang penting anda tahu mengenai apa yang anda laburkan dan ianya of course bukan untuk jangka masa yang pendek.
Rasanya instrumen yang berdasarkan emas, tidak kira syiling ke, wafer ke, akaun emas ke atau apa-apa yang melibatkan emas mengalami penurunan yang agak ketara bulan September 2011. Ini disebabkan keadaan kewangan dunia yang tidak menentu.
Adakah sekarang waktu yang terbaik untuk beli emas? Saya tiada jawapan untuk soalan ini. Fikir-fikirkan le. By the way, semasa entri ini ditulis harga emas pasaran hadapan adalah sebanyak USD1,626 per auns jika dibandingkan dengan melebihi USD1,900 per auns bulan lepas.
No comments:
Post a Comment