Pages

Sunday, October 31, 2010

Segmen Kenali Blogger: shahromnasrudin @Probitas Et Fides

Segmen kita minggu ini bersama shahromnasrudin @Probitas Et Fides. Ramai yang kena blogger shahrom ni. Memang cukup rajin blogwalking dan juga komen kat blog.

Entry pertama adalah pada 28 May 2009 dan sekarang ni mempunyai 215 followers. Mengikut profil, shahrom secara ringkasnya:

"Seorang pemuda yang berasal dari Klang, Selangor. Dilahirkan pada 18 Julai 1981 dan sudah berkeluarga. Bersekolah di sebuah "high school" di Klang. Kini, berkelana di selatan tanahair."

Memang banyak dapat awards dan menunjukkan shahrom ni memang seorang yang dikenali oleh bloggers dan dihargai usaha berblogging.

Suka dengan entry ni mengenai "tidur waktu tengah hari". Saya pun suka, lepas aja bangun rasa segar tetapi jangan terlebih tidur sudahlah.

Rasanya shahrom memang hardcore peminat selangor ni. Memang dia happy betul bila selangor dapat menjadi juara liga super 2010. Banyak juga entries mengenai sukan terutamanya bola sepak.

Entries mengenai makan pun ada kat sini. Apa lagi kalau tak nasi lemak, makanan kegemaran rakyat malaysia. Nak tahu macam mana nak buat nasi lemak apa lagi terjah ya.

Nanti nak masuk musim cuti sekolah kan. Banyak kemalangan yang terjadi kan? So hati-hati di jalan raya.

So nak tahu lebih lanjut jom terjah shahromnasrudin.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010


Tahniah diucapkan kepada Kelantan yang akhirnya buat pertama kali dalam sejarah memenangi Piala Malaysia dengan mengalahkan Negeri Sembilan dengan 2-1 hasil jaringan Hairuddin (56") dan Badri (64").

Sebelum itu Negeri Sembilan telah mendahului hasil sepakan penalti Shahurain pada minit ke 13.

Untuk ringkasan perlawanan boleh lawati "Live Final Piala Malaysia".

Saturday, October 30, 2010

Live Kelantan 2-1 Negeri Sembilan: Final Piala Malaysia 2010

TAHNIAH KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010: KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN

Live Kelantan vs Negeri Sembilan:

  • Wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, keputusan KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN

  • 90": Masa tambahan 4 minit

  • 87": Eroza dibawa masuk menggantikan Shakir. Perlawanan berbaki 3 minit masa biasa

  • 84": Kad kuning ketiga untuk N9 dilayangkan kepada Alif akibat tarikan baju Akmal Rizal

  • 82": Akmal Rizal dibawa masuk menggantikan Daudsu

  • 77": Norshahrul Idlan diganti oleh Chanturu

  • 73": Mohd Firdaus (N9) dilayangkan kad kuning

  • 71": Daudsu pulak nampaknya mengalami kecederaan, tak sure sama ada boleh meneruskan permainan

  • 68": Norshahrul dibawa keluar akibat kekejangan

  • 64": Gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dengan larian yang baik setelah menerima hantaran oleh Farhan

  • 56": Kelantan menyamakan kedudukan dengan jaringan Hairuddin hasil hantaran yang baik daripada Norshahrul

  • 53": Aidil (N9) dibawa keluar setelah berlaku pertembungan dengan Norshahrul

  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan tiada apa-apa pertukaran

  • Kedengaran banyak bunyi mercun di dalam stadium dan diharap penyokong-penyokong dapat mengawal perasaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingi berlaku

  • Separuh masa pertama tamat. Secara keseluruhan Negeri Sembilan lebih menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah manakala Kelantan banyak membuat hantaran liar, perlu mengemaskan hantaran bagi mendapat peluang jaringan yang lebih baik

  • 45": Masa tambahan sebanyak 3 minit, Kelantan baru mula mendapat rentak, banyak serangan berbahaya

  • 32": Kad kuning dilayangkan kepada Shukor Adan (N9) akibat kekasaran ke atas Shakir

  • 30": Percubaan jauh daripada Idris (Negeri Sembilan) melepasi palang gol. Boleh dikatakan serangan lebih banyak dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan

  • 13": Sepakan penalti diambil oleh Shahurain telah disempurnakan dengan baik menewaskan Fahmi. Negeri Sembilan 1-0 Kelantan

  • 7": Penjaga gol Kelantan diuji oleh Idris Karim dan diselamatkan dengan baik oleh Fahmi. Nampaknya pertahanan Kelantan sedikit leka dengan serangan Negeri Sembilan

  • Setelah 5 minit permainan dimulakan, tiada serangan-serangan yang merbahaya dan penjaga gol belum lagi diuji

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan
Barisan pemain-pemain Kelantan
Barisan pemain-pemain Negeri Sembilan.

Pemain yang perlu diberi perhatian antaranya Norshahrul Idlan (Kelantan) yang menjadi penjaring terbanyak Kelantan musim ini.

Pemain tengah ini, Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan) telah menjaringkan gol pertama bagi Negeri Sembilan pada final piala malaysia 2009 dengan berkesudahan Negeri Sembilan 3-1 Kelantan.

Kelihatan penyokong-penyokong setia yang memberikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan bagi membolehkan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kelantan buat pertama kali dalam sejarah.Penyokong tegar Negeri Sembilan yang mahu mengekalkan Piala Malaysia untuk pasukan mereka.

PREVIOUS ENTRY
Live @siaran langsung final piala malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan yang akan bermula pada 8.45 malam nanti. Saksikan kemeriahan perlawanan bola sepak antara kedua-dua pasukan ini. Sebelum ini, tahun lepas mereka telah bertarung di peringkat akhir dan kali ini mereka bertemu lagi.
Inilah Piala Malaysia yang menjadi rebutan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Suasana di stadium yang diupload pada lebih kurang pukul 6.30 petang hari ini, 30 Oktober 2010. Gambar diambil from kelab penyokong kelantan @facebook. By the way, dengar khabar sebanyak 87,000 tiket dijual dan kapasiti stadium mengikut wikipedia adalah 100,000. Ianya jauh lebih besar daripada Old Trafford, Manchester United iaitu kurang daripada 80,000.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010: Kelantan vs Negeri Sembilan

LIVE PIALA MALAYSIA 2010: KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Perlawanan Piala Malaysia 2010 antara Kelantan vs Negeri Sembilan akan berlangsung malam ini, Sabtu, 30 Oktober 2010 di Stadium Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. Ianya akan disiarkan secara langsung di Astro Arena channel 801 bermula pukul 8.00 malam.

Tahun lepas, Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan dengan 3-1 di pusingan akhir piala malaysia. Kita nantikan keputusan semasa perlawanan ini. Pasukan mana menjadi pilihan anda?

Inilah rebutan semua peminat bola sepak tanah air, tiket perlawanan akhir piala malaysia antara kelantan dan negeri sembilan, tapi saya tak pergi le, tengok kat TV nanti malam ni, bolehlah update ya.

Blogger Rina Salleh @Norazrina Mohd Salleh Juara Gadis Melayu Musim 3

Rina Salleh @Norazrina Mohd Salleh adalah Juara Gadis Melayu Musim ke 3. Dapat berita from intizhar dalam entry bertajuk "Juara Gadis Melayu Musim Ke 3, Siapa?" By the way, gambar ni saya cilok ya.

Seperti biasa otai kita eyriqazz juga membuat liputan dengan tajuk "Rina Salleh Juara Gadis Melayu 3" tetapi tekaan eyriqazz sebelum ini adalah Mastura. By the way, Rina Salleh @Norazrina Mohd Salleh ni adalah salah seorang blogger. I am sure ramai yang kenal rina ni.

Mengikut yanmieonline, "Juara Gadis Melayu 3 - Azrina aka Rina Salleh", rina membawa pulang (hadiah kesemua berjumlah RM160,000):
  • Wang tunai RM30,000
  • Set Mutiara Rafflesia bernilai RM120,000
  • Barangan Singer bernilai RM10,000,
  • Trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal
  • Jambangan bunga sumbangan Creative Creative Gifts
Tahniah kepada rina salleh kerana menjadi pemenang gadis melayu musim ke 3. Nanti agak-agaknya blogger mana pula ya?

Friday, October 29, 2010

Pilihan Juara Piala Malaysia: Keputusan Kelantan 2-1 Negeri Sembilan?

Ada baca entry "keputusan perlawanan akhir piala malaysia 2010, siapa juara? di blog teratakarmo, wow, sungguh awal teratakarmo buat entry ni, yalah malam esok kan perlawanan akhir piala malaysia kelantan vs negeri sembilan akan berlansung.

Mengikut perlawanan-perlawanan suku akhir dan separuh akhir:

Kelantan
  • Menewaskan Selangor dengan aggregate 3-0; dan
  • Menang ke atas Kedah dengan aggregate 1-0
Secara keseluruhan empat gol dijaringkan dan tiada bolos

Negeri Sembilan
  • Menewaskan Perlis dengan aggregate 4-1; dan
  • Menang ke atas Johor FC dengan aggregate 2-1
Secara keseluruhan 6 gol dijaringkan dan bolos 2 gol

Kalau kita tengok dari segi perbezaan gol Kelantan dan Negeri Sembilan adalah sama iaitu 4 gol dan nampaknya pertahanan Kelantan lebih menyerlah. So apa jangkaan anda, saya rasa Kelantan akan menang 2-1 against Negeri Sembilan. Jangan marah ya peminat Negeri Sembilan, suka-suka aja.

Pandangan @Komen Bloggers Mengenai Bajet 2011

Masuk hari ini dah 2 minggu bajet 2011 diumumkan. In summary, pandangan @komen daripada bloggers seluruh Malaysia mengenai bajet 2011 seperti berikut:
  • "Bonus" RM500

    1. LiNda:Seharusnya pihak yang menuntut rasa bersyukur atas pemberian ini . W/pun suami saya tidak termasuk dalam pemberian bonus ini, namun saya tumpang gembira bagi pihak yang menerimanya. alhamdullilah ..
    2. ~aSHa~: syukur...walau tak dinanti..tapi seronok lak..walau tak dpt sebulan pun tak pe la...adil pada semua gred
    3. azzey: Sharinginfoz: alhamdulillah bersyukur. dpt gak menampung apa yg kurang.....
    4. luahfikiran: SALAM,PESARA MACAM LF PUN DAPAT. UTK ORANG PENCEN, TAK KIRA GRED. BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH. KALAU NAK TAMBAH LAGI PUN, LF TERIMA DAN LAGI SEKALI TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR.
    5. eelobor: Alhamdulillah.....abaikan suara2 sumbang

  • Cuti bersalin 90 hari

    1. ardinihumaira: kalau begitu, lebih baik ambil cuti 60 hari je boleh gaji penuh untuk 5 orang anak kan...;)
    2. lydzar: setuju juga dgn cuti ni. tp kaum ibu kena pandai rancang cuti lah
    3. sahromnasrudin: lg 1, untuk sang suami tak ditambah ke?? nanti sang suami lepas tangan plak " ala..u cuti 90 hari..u la jaga anak..i dpt 7 hari je" huhuhuhhu
    4. nur: aik suami pun nak cuti jugak ke.. ok dah tu cuti bersalin untuk ibu =90 hari dengan gaji.
    5. Hairil Rizal: Fleksibiliti itu sgt dialu alukan. Skrg terpulang utk individu merancang semuanya...
  • Cukai Astro 6%

    1. relevan: Nak tak nak terima saja..sebab kawan suka Channel 411,412 dan 413..
    2. Ieda Al-Habsyi: selagi laki aku tak kate ape2, masih selamat lah astro kat umah tu, hehehhehe :)
    3. rasp: nak tak nak, suka tak suka..harus dibayar gak...
    4. DKosongLapan: awok nampak bende ni seghampang due amte kerajaan....1st....misi utame nak dapatkan cukei le....2nd...nak menyekat monopoli Astro yang melampo2...... sampeikan siaran tibi berbayo lain gulong tiko .......
    5. Norulhuda Sarbangi: mmg melampau la...tp nk wat cmner -_-'

  • Tol PLUS tak naik 5 tahun

    1. sahromnasrudin: salam..ini aku puji..kerajaan mengambl langkah yang bijak dgn mengekang kenaikan harga tol..dan susulannya, selepas pengambilalihan ini, pastikan penyelenggaraan hiway & R& R juga terpelihara kerana telah terbukti R & R PLUS antara yang terbaik di rantau ini..jangan kualitinya menurun ya
    2. izee: bagusss setuju sangatt...boleh sep sikit..lg bgus xyah naik smpai bl2.trun lg xpe..hehee
    3. sw33tdarling.com: so far tak banyak pakai tol kecuali tuk balik kampung.. so tak rasa excited sangat... hehehehe

  • Harga handphone lebih murah

    1. AngahSayang2314: wahhh kalau macam tue la... best tueeeeeeee.... heheh elak cukaiii
    2. Hazzy Ishak: ada harapan lah nanti tukar handphone baru
    3. makdara TERdiva: rasenye byk lagi benda yg patut kerajaan pikir drpd henpon ni..sbb sy pun bkn jenis tukar henpon..yg ade skrg ni pun dah 2 thn lebih usianya..
    4. Amir Izzat: baguslah..biarpun rm1 bezanya..ia tetapi duit. dan adalah peluang untuk sesiapa menukar duit baru dan boleh lah runding dgn harga yg lebih murah lg..kan?
    5. Azwan Azmi: sepatutnya harga barang keperluan rakyat yang turun..henfon bukan nak pakai hari2 pun

  • Duti import 300 barang dimansuhkan

    1. yangbaik: habis....kalau dah hampir semua barangan keperluan yang diimport turun harga... macam mana dengan kempen barangan Malaysia pulak, sedangkan semua barang2 tu ada jugak keluaran tempatan kan?Nampaknya pengeluar tempatan kena kerja keras untuk tingkatkan kualiti produk dan bukan kuantiti yang tak berkualiti... sekian adanya.
    2. ProfHariz: Secaranya lansungnya.. Dengan pemansuhan duti import ini menggalakan lagi warga malaysia membeli barang import berbanding barang malaysia
    3. Kazaztan Team: brg2 import di atas hanya dipakai atau dibeli beli pada hari jadi aje...atau ada event penting aje... bukan nak beli hari2....
    4. Encik Tikus: bagus sangat lah tue di mansuh kan
    5. hazman aka species1980: ye laa.... kerajaan nak galakkan pelancong shopping kat malaysia nie....

  • Elaun Imam dan guru KAFA naik

    1. Azrin Kamaludin: ok la tue..boleh tambah minat golongan muda jadi ahli masjid & guru agama..
    2. amirah: setuju dinaikkan sebab jasa mereka ini perlu dihargai..tapi rasanya tak salah kalau dinaikkan lebih lagi.Kecik sgt gaji skrg ni. Bagi orang yg brkeluarga memang kesian.Cadangan, perlu serapkan mereka ini sebagai guru agama tetap dan beri peluang mereka ini dapat pendidikan formal pengajaran, cth kat maktab. Kalau guru sandaran tak terlatih pun gaji lebih besar.Ada ramai sahabt yg hadapi dilema guru KAFA, gaji kecik..
    3. Kaseh NazLieza: finally...dpt jg yg tbaik utk mereka..
    4. velasrizal: baguslah dah naik..supaya diorg jd pendidik yg bagus..
    5. miss nina: bukan sikit tugas guru KAFA ni, baguslah kerajaan naikkan elaun ni.

  • Pinjaman rumah 100%

    1. Tn.Punya: betul tu..setuju juga cadangan kerajaan bagi pinjaman 100% kepada golong pendapatan kurang dari 3K ni.. maklum jelah bank susah nak bagi pinjam orang yang gaji kecik ni..lagi satu.. kerajaan memang kena tangani isu rumah terbengkalai..aku ada membeli kes terbengkalai ni.. dah lah umah sewa kena bayar..umah yang terbengkalai pon kena byr dekat bank juga.. apa cerita. cuma yg sedih ni.. pinjaman perumahan aku yang 100k ni pon bank taknak luluskan.. sapa ada saudara pegawai bank.. tolong aku..huhu
    2. daydeck86: Memang setuju sangat dengan cadangan kerajaan itu tapi masalah nyer ada ker rumah below RM220k di KL ni?
    3. Mak Su: yea! sy suka! sy suka!
    4. e.l.i.s.s.m.i.e: tapi nak byr bulan2 tu takut tak mampu pulak bagi yang gaji 3K kebawah tu..220K,atlest bulan2 1K kot :p
    5. PinQib: sangat3 membantu kott
Rasanya pandangan @komen mengenai bajet 2011 mewakili suara rakyat Malaysia. Bagi bloggers yang saya tak tulis kat atas tu sorry ya.

Cinta Internet

Pernah tak anda menemui cinta melalui internet? Rasanya ramai yang sampai ke alam perkahwinan kan melalui pertemuan di alam maya. Mengikut survey, 73% tidak percaya cinta melalui internet. Apa pandangan anda semua?

Thursday, October 28, 2010

Antivirus Kaspersky Internet Security 2011: RM30 untuk Satu User

Hari tu saya ada beli Antivirus Kaspersky Internet Security 2011 (KIS 2011) untuk 3 lesen for RM105 kat Plaza Low Yat.

Since saya dah guna untuk 2 PC ada satu lagi, kalau sesiapa yang berminat untuk beli boleh hubungi saya, niksuhaimi77@gmail.com untuk KIS 2011 for setahun.

By the way, harga pasaran untuk satu PC ialah RM99 dan saya bercadang untuk menjualnya pada harga RM30 (saya akan hantar activation key melalui e-mail untuk activate KIS 2011).

Boleh baca entry mengenai "kaspersky internet security 2010" oleh eyriqazz.

Pinjaman Beli Rumah 100%: Pandangan @Komen Bajet 2011

Sebelum ini kalau nak beli rumah, kena ada keluarkan wang pendahuluan @deposit sebanyak 10%, so maknanya kalau harga rumah RM200,000 kena simpan duit sebanyak RM20,000 tetapi sekarang ni bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, wang pendahuluan sebanyak 10% tidak diperlukan jika rumah yang nak dibeli kurang daripada RM220,000.

Personally, saya rasa ianya sangat baik bagi membantu mereka yang baru sahaja bekerja untuk memiliki rumah. Walau bagaimanapun, Kerajaan kena menangani isu rumah yang tak siap @terbengkalai dan at the same time peminjam kena bayar ansuran bulanan tetapi rumah tak dapat diduduki dan kena juga bayar rumah sewa.

Wednesday, October 27, 2010

Penangan Cik Epal Masih Kuat

Cik epal baru aja kembali di alam blogging ni. Mesti ramai yang rindukan cik epal. Maklumlah sudah lama betul cik epal menghilang tanpa berita.

Tengok nuffnang tadi terkejut juga sebab ada 18 hits yang masuk ke blog sharinginfoz. Tengok kat blog cik epal pada entry "Kenapa cik epal private blog?", rupa-rupanya ada mention mengenai blog sharinginfoz.

Thanks le cik epal, nanti bolehlah prmote my blog ya, memang ramai betul followers cik epal hampir 4,000 orang. Apa-apa pun selamat kembali dan jangan menghilang lagi ya dan thanks for the link.

Sotong Kurita Paul Mati

Mengikut kosmo, sotong paul sudah mati pada 26 Oktober 2010 yang lalu. Sotong kurita paul ni sempat bertahan 2 tahun setengah sebelum menemui ajalnya akibat semula jadi. Begitulah adat hidup bila sudah sampai masanya mati le jua.

Memang sebelum ini sotong kurita paul sangat famous. Sebelum ini pada bulan Julai 2010, saya ada menulis entry mengenai "Sotong paul hampir menemui ajal?"

Begitulah cerita sotong paul.

Elaun Imam dan Guru KAFA Naik: Pandangan@Komen Bajet 2011

Walaupun pembentangan bajet 2011 sudah masuk ke minggu kedua, masih banyak lagi perlu diperkatakan. Ini adalah pengumuman yang dinanti-nanti oleh imam dan juga guru KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain):

"Di samping itu, elaun bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750 sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011."

Tak sah lagi, memang satu langkah yang sangat baik oleh Kerajaan dengan kenaikan elaun / imbuhan bulanan, maklumlah kos sekarang semakin meningkat dan ianya salah satu cara Kerajaan iktiraf peranan imam dan guru KAFA dalam pembentukan modal insan yang sangat baik.

Anyway, macam biasa apa pandangan semua mengenai perkara ini?

Tuesday, October 26, 2010

Siapakah Pemain Terbaik Bola Sepak Dunia? Anugerah Fifa Ballon d'Or

Mengikut telegraph, 23 pemain telah disenarai pendek bagi pencalonan anugerah pemain terbaik bola sepak dunia, Fifa Ballon d'Or yang akan diumumkan pada 10 Januari 2011 di Zurich.

Pada waktu ini, Lionel Messi memegang anugerah pemain terbaik Fifa dunia. By the way, 23 calon-calon untuk kal ini adalah (alphabetical order):
  1. Xabi Alonso (Spain)
  2. Daniel Alves (Brazil)
  3. Iker Casillas (Spain)
  4. Cristiano Ronaldo (Portugal)
  5. Didier Drogba (Côte d’Ivoire)
  6. Samuel Eto’o (Cameroon),
  7. Cesc Fabregas (Spain)
  8. Diego Forlán (Uruguay)
  9. Asamoah Gyan (Ghana)
  10. Andrés Iniesta (Spain)
  11. Júlio César (Brazil)
  12. Miroslav Klose (Germany)
  13. Philipp Lahm (Germany)
  14. Maicon (Brazil)
  15. Lionel Messi (Argentina)
  16. Thomas Müller (Germany)
  17. Mesut Özil (Germany)
  18. Carles Puyol (Spain)
  19. Arjen Robben (Netherlands)
  20. Bastian Schweinsteiger (Germany)
  21. Wesley Sneijder (Netherlands)
  22. David Villa (Spain)
  23. Xavi (Spain)
Nampaknya ada 3 pemain Liga Perdana Inggeris sahaja yang telah disenarai pendek iaitu Didier Drogba (Chelsea), Asamoah Gyan (Sunderland) dan Cesc Fabregas (Arsenal). Harap-harap kali ini pemain Arsenal Cesc Fabregas akan dinobatkan sebagai pemain terbaik bola sepak dunia. So apa pandangan semua, siapakah pilihan di hati?

credit: arsenal.com

Cikepal dah Kembali

Pagi tadi ada baca entry kat blog ardini mengenai "cik epal update blog". Masih ingat tak lagi entry pada bulan june lepas "blog cikepal dah diprivatekan?" Memang sure ramai yang nak tahu apa kisah terkini cikepal.

So apa lagi kita terjah blog cik epal untuk mengetahu perkembangan dan kisah-kisah menariknya. Jom terjah cikepal.

Tudung Murah @Sofia Aflah Tudung

Memang betul tudung yang murah @Sofia Aflah Tudung jika dibandingkan dengan tudung-tudung lain yang terdapat di pasaran ataupun di kedai-kedai alam maya. Yang kat atas adalah tudung safa yang mempunyai 2 layer (chiffon dan lycra) dan awning thai silk. Ianya cantik boleh dikenakan dengan macam-macam jenis pakaian dan sesuai untuk dipakai di mana-mana majlis sekalipun sama ada formal ataupun tak.

Yang ni adalah tudung syria, berharga RM13 dan stocknya amat terhad dan menggunakan fabrik lycra korea. Memang cukup santai dan warnanya sangat lembut.

Selendang cotton juga ada dijual di sofia aflang tudung. Tudung berbelang-belang ini senang dibentuk, lembut dan tidak licin. Pada harga RM8 ianya "value for money".

Tudung lycra bercorak ini tidak kurang juga cantiknya. Pada harga RM30 ianya boleh memberikan kelainan kepada si pemakai. Boleh dipakai dengan blaus dan kurung kosong. Stock adalah terhad kerana Sofia Aflah Tudung hanya menawarkan satu corak setiap design.

Tudung ini ditawarkan kembali setelah mendapat permintaan yang tinggi. Pada harga RM34, tudung yang menggunakan kod Aafiyah ini menggunakan awning thai silk dan juga batu swarocski. Yang penting kain yang berkualiti dan tidak panas.

So ingin mengetahui lebih lanjut jom lawati Sofia Aflah Tudung or boleh hubungi aflahtudung@gmail.com.

Duti Import 300 Barang Dimansuhkan: Komen@Pandangan Bajet 2011

Satu lagi cadangan Kerajaan bagi memansuhkan duti import (5% hingga 30%) untuk 300 barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan. Antara barang-barang adalah:
  • Beg tangan
  • Kasut
  • Baju kanak-kanak
  • Bola golf
  • Bedak talkum
  • Syampu
  • Selimut
  • Cadar
  • Kemeja
  • Baju tidur
  • Pakaian dan pakaian malam
  • Seluar dan seluar dalam
  • Wangi-wangian
Rasanya yang ni lebih memberi impak terutamanya barang-barang harian yang sering diguna oleh rakyat terutamanya baju kanak-kanak, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam dan seluar dan seluar dalam.

Tetapi tak tahulah sebab barangan ni ialah untuk yang import dan kesannya terhadap demand akan diketahui nanti. Apa pandangan semua adakah ianya satu langkah yang baik ataupun ianya banyak memberi kesan positif kepada sesetengah pihak?

Monday, October 25, 2010

Mengidam Apa Waktu Pregnant @Mengandung?

Hari tu ada baca entry kat mrshilmy mengenai "kejadian malam tadi @mengidam". Secara ringkasnya mrshilmy at pukul 2 pagi dan teringin nak makan big mac, coke dan mcshake then call mcd delivery, diaorang tak hantar pulak sebab luar kawasan.

Kesian kan, itulah cubaan @dugaan sewaktu pregnant. Macam-macam kita rasa nak makan, macam mee sup le, maggie le, rusa panggang le, sate kat kajang le, so bagi anda yang pernah mengalami keadaan ini, sama ada sendiri, isteri or kakak or adik or sapa-sapa jom cerita pengalaman mengidam waktu mengandung.

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Week 9

Credit: telegraph

Inilah kedudukan terkini liga perdana inggeris 2010/2011 setelah 9 perlawanan. Chelsea masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan 22 mata dan hanya bolos 2 gol di gelanggan lawan dan hanya kalah satu perlawanan sahaja.

Arsenal mengekori Chelsea dengan 17 mata setelah menang bergaya ke atas Manchester City 3-0 di mana Man City bermain dengan 10 orang setelah pemain Man City dikenakan kad merah dan dibuang padang seawal minit ke-4.

Manchester United dan Manchester City berada di kedudukan ke-3 dan ke-4 yang mana juga mengumpul 17 mata seperti Arsenal tetapi perbezaan gol memisahkan mereka.

West Brom mengukuhkan kedudukan di tangga ke 6 setelah menang 2-1 ke atas Fulham dan Liverpool masih berada di zon bahaya iaitu ke-3 terbawah walaupun telah menang 2-1 ke atas Blackburn Rovers.

Apa-apa pun baru sahaja baru 9 games berlalu dan masih jauh lagi perjalanan untuk musim ini.

Dapat Goodies from Dutch Lady

Masih ingat lagi tak dengan entry "beli dutch lady, dapat tupperware...". Ini betul2 bukan main-main. Yalah memang selalu juga minum susu dutch lady ni, then kumpul lah keratan sebagai bukti pembelian. So guess what ni le hadiah yang dapat.

Memang requested tupperware banyak juga ni sampai satu kotak diaorang hantar. Boleh gak simpan-simpan makanan dalam bekas ni kan. So sambil-sambil minum dapat juga something kan?

Apa yang Hot di Google: 18 hingga 24 Oktober 2010

Jom kita tengok apa yang hot minggu lepas (18 to 24 October 2010) kat google.

Menduduki carta teratas adalah uefa, maklumlah last week akan ada perlawanan champions league dan juga europa league. Maklumlah perlawanan-perlawanan ni bukannya ada setiap minggu seperti liga perdana inggeris.

Tempat kedua adalah "jabatan akauntan negara". Yang ni tak sure sebab apa ramai yang cari jabatan akauntan negara, maybe readers boleh tolong jawap.

Tempat ketiga carta diduduki oleh maybank2u, tetiba aja ramai yang nak buat internet transaction, nak check gaji dah masuk ke belum? Yang penting masuk website yang original dan bukannya yang fake ya.

Seterusnya ada lagi carian mengenai bola sepak antaranya epl, espn soccernet, fantasy premier league dan arsenal. I am sure peminat-peminat arsenal cukup happy setelah membelasah manchester city dengan 3-0.

Tak lupa juga carian "ww". Kalau nak tahu ww ialah "high quality live cameras and free webcams from all over the world". Tak pernah le pulak dengar mengenai ww sebelum ini.

Opppsss carian mengenai da ma cai pun ada. Apa lagi kalau tak nombor ekor le. Harap-harap tak payah le main benda alah ni. Kalau yang beragama Islam tu, nyata ianya haram dan merugikan masyarakat.

So secara keseluruhan minggu lepas ramai yang membuat carian mengenai bola sepak. Tak kira le uefa ke or EPL ke. Rasanya saya jangkakan minggu ni nanti ramai yang akan google 'piala malaysia" le pulak.

Arsenal Belasah Manchester City 3-0

Ya memang betul Arsenal 3-0 Manchester City. Game yang dinanti-nantikan oleh peminat Liga Perdana Inggeris, perlawanan di antara dua kelab besar di England.

Inilah situasi di mana pemain Manchester City, Boyata dikenakan kad merah dan dibuang padang seawal minit ke-4. Memang nampak kelainan game yang dipamerkan oleh Man City setelah bermain dengan hanya 10 orang.

Pemain-pemain Arsenal meraikan Song setelah menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 66. Memang Song bermain dengan sangat baik dan suka cara beliau yang sangat rajin untuk mengejar bola.

By the way, tendangan penalti oleh Fabregas pada minit ke 40 diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Manchester City, Hart. Memang Hart banyak menyelamatkan gol tapi akhirnya bolos 3 gol.

Kredit patut diberikan kepada penjaga gol Arsenal, Fabianski dengan menyelamatkan banyak cubaan Man City. Memang patut dikekalkan menjadi penjaga gol setelah penjaga gol utama Arsenal, Almunia mengalami kecederaan.

Secara keseluruhan, games yang sangat menarik dengan pergerakan yang pantas terutamanya oleh pemain-pemain Arsenal. Arsenal menguasai 65% permainan dan mendapat 4 kad kuning. Memang banyak menggunakan fizikal.

Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh:
  • Nasri (20)
  • Song (66)
  • Bendtner (88)
Setelah kemenangan ini, Arsenal melonjak ke kedudukan ke-2, 5 mata di belakang pendahulu liga Chelsea dan berkongsi 17 mata bersama-sama Manchester United dan Manchester City.

Keputusan-keputusan semasa liga perdana inggeris hari ahad adalah:
  • Stoke City 1-2 Manchester United

  • Liverpool 2-1 Blackburn Rovers

  • Arsenal 3-0 Manchester City

Sunday, October 24, 2010

Betul ke Sharing Entry kat Facebook Lebih 100?


Buka blog pagi tadi tengok ada 116 orang share entry "Kelantan vs Kedah: Separuh Akhir Piala Malaysia". Macam tak percaya aja, ramai sangat yang share or just click aja. Tak kisahlah yang penting diharap entry yang ditulis boleh membantu orang yang ingin mencari sesuatu maklumat.

Kalau teliti data bagi pengunjung semalam, lebih 100 orang masuk blog ini melalui facebook. Memang ramai betul yang berminat dengan piala malaysia. Kalau macam tu, final yang akan berlangsung Sabtu depan dianggarkan lebih ramai lagi peminat. Maklumlah ianya seperti replay FINAL PIALA MALAYSIA yang mana Kelantan vs Negeri Sembilan tahun lepas dengan keputusan berpihak kepada Negeri Sembilan 3-1.

Segmen Kenali Blogger: amirah @ A to Z of Us

Jom kali ini segmen kenali blogger bersama amirah @A to Z of Us. Suka dengan nama blog ni, A to Z, maknanya semua berkaitan dengan amirah ada kat sini. Mengikut profile:

" I am no other than a servant of Allah, struggling to be the best companion to a wise-loving other half, a mom to our precious superson Ahmad Raif Idlan, a daughter to two great mothers and a baby sister to my beloved sisters and brothers"

Entry pertama dihasilkan pada 2 June 2010 dengan tajuk "it's a new thing". Kalau ikutkan trend memang terdapat peningkatan dalam jumlah entries yang dihasilkan setiap bulan from 15 pada bulan June dan Oktober sudah 44 entries even belum habis lagi bulan ini.

Siapa cakap wanita tak tahu mengenai sukan. Tengoklah entry amirah berkenaan "Rooney dan United berpisah?" Apa-apa pun berita terbaru Rooney telah menyambung kontrak dengan Man Utd sebanyak 5 tahun lagi.

Tak sah kalau entries amirah tak ada mengenai makanan. Memang cukup sedap ikan bakar malim. Semasa tulis entry ni tertelan air liur pulak tengok nasi dan ikan bakar ni.

Tips pun ada kat sini. Tips pasal apa ya? oooo lupa pulak ianya berkaitan "Tips atasi masalah lupa". Antaranya ialah:
  • Buat senarai pendek
  • Banyakkan rehat dan tidur
  • Relaks dan usah terlalu risau dengan masalah
So nak tahu lebih lanjut mengenai blog A to Z of us, jom kita redah blog amirah.