Pages

Saturday, October 2, 2010

Dapat First Class Tak Payah Bayar Pinjaman PTPTN

Di dalam Bajet 2010 di bawah "Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar":

"Menukar Pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setarafnya bermula tahun 2010".

Mengikut berita harian, seramai 2,162 pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman berjumlah keseluruhan RM59.7 juta kerana mereka memperoleh ijazah kelas pertama. Maknanya secara purata setiap pelajar meminjam RM27,613 untuk tujuan pelajaran.

Satu inisiatif yang baik bagi mengalakkan pelajar belajar bersungguh-sungguh. So lepas terima ijazah tak perlu fikir nak bayar balik kan sebab ianya sudah ditukar menjadi biasiswa.

So imagine kalau jumlah tersebut kena bayar dalam tempoh 10 tahun, ini bermakna setiap bulan pelajar akan set aside RM230 untuk tujuan ini. Itu tak termasuk dengan caj perkhidmatan 1%, kalau campur caj tersebut jumlahnya akan menjadi lebih kurang RM253 iaitu RM23 extra.

So kalau yang belum grad lagi dan masih ada beberapa tahun untuk grad, belajar bersungguh-sungguh agar dapat first class then tak payah bayar "hutang" ya

19 comments:

ardinihumaira said...

huu dni tak dapat 1st clas masa pinjam ptptn. skang pinjam mara... duk pulun 1st class... dni rasa, betul kot.. kalau kerajaan wat cemtu memang ramai nak pulun 1st clas.. dni akui.. kes nak pinjaman mara takyah bayar dni memang pulun habis2 final exam. nak dekan tiap2 sem.. sekali tak dapat dekan, sem depan tu pulun habis kali cover balik supaya CGPA masa grad still dapat dekan. hehe... kalo cemni tak risau dah la kat adik2 nanti...

rasp said...

dorongan positive utk para pelajar...

kyuubi said...

bagus ni bagi ransangan kat student agar study rajin2 and aim tuk dpt 1st class. malangnya aku malas nak study! adoi! huhu

shahrilhakime said...

errmmm...baghu je awok cakap pasei bende ni.....rupenye tahun ni baghu implement......ok lee....better now than never...nak cantek lagi..... yg dapat 2nd class pulak bagi la diskaun sikit....amacam??? tak penah pueh kan manusie???

LiFe KaMi said...

baru student ade semangat bersungguh2 lagi..:)

toyolkiut said...

TK dulu JPA punya loan..
settle dh sume..
alhamdulillah..

ENCIK TIKUS said...

bersemangat gua nak dapat first class

velasrizal said...

ala..rugi tak sapu pointer tinggi dulu..

Kad PETRONAS Touch 'n Go Edisi Terhad MotoGP

JMR said...

tapi yg sepatotnya, pinjam pape pon, harusnya study btol2..utk masa dpn masing2 gk..

sahromnasrudin said...

alhamdulillahh..sulu sy dpt JPA..memang tak yah bayar..syukur

sal ya said...

huhuhu...nak ulang balik la time belajar dulu score smp dpt 1st class... tak payah byr ptptn kan?

Miss FZ said...

alorr.dah terlepas dah nak usaha sungguh2 nak bagi dapat 1st class.huhu.

Qib said...

bagus gak. macm mara lak


Jum Singgah yer
Latest entry di:

Kasih Hingga Mati
Teka movie
Shoutbox hello kitty baru.

azzey said...

Sharinginfoz; Satu insentif yang bagus nih.....:)

anyss said...

Salam,
Memang patut 1st klas tak payah bayar...JPA dan Mara pernah buat dulu-dulu tapi saya x dapat first klas pun.

Hanya, kalau dah umumkan begitu, karang student dok pulun first klas tu sampai lupa nak nikmati SEBAB kena belajar...tuntut ilmu, bukan hanya dapat first klas semata2. Nanti graduan yang masuk industri kerja tak reti nak buat kerja walaupun dapat first klas..tu lagi bahaya

Anonymous said...

kami graduan 1st kelas 2009 terkilan kerana kerajaan tidak adil kepada kami meskipun kami mendapat first kelas tetapi tetap kena bayar penuh PTPTN dengan alasan kerana:
1.Pelajar yang membuat pinjaman bermula 1 julai 2005.
2. Penukaran PTPTN kepada biasiswa bermula 1 Januari 2010.

Jika difikirkan munasabah atau tidak alasan tersebut memang tidak munasabah...kerana adakah kami sebagai graduan yang bersalah kerana membuat pinjaman bermula 1 julai 2005.@ Jemaah kabinet Malaysia yang salah....

Sangat berharap DSNajib Tun Razak dapat memberi pelepasan kepada kami graduan first kelas tahun 2009 kerana sejak PTPTN diperkenalkan hanyalah batch kami golongan teraniaya oleh PTPTN.Agak memedihkan hati bila baca tahun-tahun selain daripada graduan 2009 tak perlu membayar PTPTN.

Anonymous said...

Saya pun first class degree grad 2009. Start pinjam july 2005. Dah buat surat pelepasan kepada ptptn tapi kene reject sebab tak menepati syarat. Sangat frust... At least dah dapat first class neh bagi ar reward ke ape. ni lagi nak duit..

Anonymous said...

tp tu untuk sape yg register thn 2010 kn?

Sharinginfoz said...

eim ossen: dengar khabar untuk tahun 2010 aja, pelik juga sepatutnya BEERMULA 2010