Pages

Friday, October 15, 2010

Keputusan Piala Malaysia 2010 Suku Akhir: Kelantan 3-0 Selangor


Kedudukan tamat perlawanan dengan Kelantan 3-0 Selangor. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh:
  • Minit 13: Mohd Nor Farhan Muhd
  • Minit 24: Akmal Rizal Ahmad
  • Minit 79: Mohd Badhri
TAHNIAH BUAT KELANTAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2010.


Kedudukan separuh masa pertama adalah Kelantan 2-0 Selangor. Kelantan menguasai 55% perlawanan dengan 7 percubaan manakala Selangor telah membuat 5 percubaan. Jika keputusan ini kekal sehingga perlawanan tamat, ini bermakna Kelantan layak untuk ke pusingan separuh akhir. Apa-apa pun, anything can happen in football.



PREVIOUS ENTRY

Perlawanan Piala Malaysia 2010 Suku Akhir pusingan kedua di antara Kelantan dan Selangor akan berlangsung pada pukul 8.45 malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Ianya boleh diikuti secara langsung bermula pukul 8.30 malam di Astro Arena, channel 801. Keputusan akan dikemaskini kelak setelah perlawanan tamat.

Pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Shah Alam Selangor kedudukan adalah seri tanpa jaringan dan berlaku insiden yang tidak diingini termasuk perang mulut antara kedua-dua penyokong, lempar-melempar, penggunaan mercun dan juga berlaku insiden seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas semasa keluar daripada stadium. Ada juga kes pecah cermin kereta dan sedikit pergaduhan berlaku di luar stadium.

Dengan itu Selangor mempunyai kelebihan kerana Kelantan tidak menjaringkan sebarang gol di tempat lawan dan jika keputusan malam ini berkesudahan dengan seri at least 1-1, Selangor akan melangkah ke pusingan separuh akhir. Tetapi Kelantan juga mempunyai kelebihan bermain di gelanggan sendiri dengan penyokong yang bakal memberi semangat yang lebih.

Diharap malam ini, kisah tersebut tidak lagi berulang dan sebagai penyokong sama ada Kelantan atau Selangor, jadilah penyokong yang berjiwa kesukanan dan jangan sekali-kali membuat provokasi bagi menaikkan kemarahan mana-mana pihak. Selamat menonton.

7 comments:

eelobor said...

kepada penyokong mempunyai semangat membabi-buta, elok pegi berjihad kat palestin ker, tebing gaza ker. mati pun di kira syahid. x yah nak tunjuk keras kepala di sini. tak payah cakap sape betul sapa salah. di tujukan kepada semua. masakan orang gila nak pegi tumbuk orang lain jika tidak di usik.

Anonymous said...

sekarang nie keputusan macam mana?

Anonymous said...

Kena buat entri baru nie..mcm mana keadaan di stadium? ok ke?

Anonymous said...

klau sape yg ad situ sume thu sape mula dlu...bila gduh je slhkan klntan...tp bila pnyokong selangor klh dlm prgduhan dlm brita sebut klntan yg wat gila...

relevan said...

Hidup Kelate..!

Mat Pintu said...

firstly gua mmg x ske keganasan bola sepak ni, meluat aku. nk layan bola pun x senang duk dumdam2 mercun

.gua ada kat shah alam hari tu...kat area 'panas' tu, penyokong Kelantan yg start provoke, & pnyokong selngor yg mula bertindak balas. sape salah??? ohoi

Anonymous said...

sape pun dah kenal sangat sikap org kelantan...bkn nak burukan tp hakikat...kalau lah kelantan lwn dng manchester...huh,pikir la sendiri