Pages

Sunday, October 17, 2010

Apa pandangan@komen mengenai "bonus" RM500 Bajet 2011

Berdasarkan bajet 2011, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan / "bonus" kepada penjawat awam gred 54 ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan dan pembayaran akan dibuat Disember nanti.

So campur dengan pemberian "bonus" sebelum raya yang lepas so jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1,000. Ramai yang tunggu bonus iaitu sebulan gaji tapi oeh kerana status kewangan Kerajaan, pada masa ini hanya pemberian bantuan khas kewangan dapat diberi bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah.

So apa pandangan@komen anda selaku rakyat mengenai pemberian ini?

23 comments:

ardinihumaira said...

Alhamdulillah... baik dapat daripadatak dapat langsung ;)

Chenta said...

Seharusnya pihak yang menuntut rasa bersyukur atas pemberian ini .

W/pun suami saya tidak termasuk dalam pemberian bonus ini, namun saya tumpang gembira bagi pihak yang menerimanya.

alhamdullilah ..

Yanna Liyanna said...

ok la tuh..dari xda teruss...

~aSHa~ said...

syukur...walau tak dinanti..tapi seronok lak..walau tak dpt sebulan pun tak pe la...adil pada semua gred

Anonymous said...

no comment...sbb sy bukan staff gomen..huhu..

Berjumpa Dengan Blogger-Blogger Hebat di Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

azzey said...

Sharinginfoz: alhamdulillah bersyukur. dpt gak menampung apa yg kurang.....

~ain said...

bersyukur saja la... dari tak ada apa-apa ..

ejaMaria said...

kecik hati sbb dia sibuk nak buat tower lagi....:((

babyblogger said...

bagus la tu, daripada naik gaji. naik gaji banyak kesan buruk pula nanti.

sw33tdarling said...

berita baik bagi orang2 yang berkenaan laa.. bagi orang2 swasta cam aku ni, takde effect!

sahromnasrudin said...

seharusnya kita bersyukur menerimanya..walau bagaimanapun, kenapa mesti dipanggil bantuan khas..adakah org gomen terpaksa merintih untuk mendapatkannya???

ISZA said...

alhamdulillah.. syukur dengan apa yang diperolehi..

Unknown said...

SALAM,
PESARA MACAM LF PUN DAPAT. UTK ORANG PENCEN, TAK KIRA GRED. BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH. KALAU NAK TAMBAH LAGI PUN, LF TERIMA DAN LAGI SEKALI TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR.

eelobor said...

Alhamdulillah.....abaikan suara2 sumbang

HaiDa HiDa said...

syukur Alhamdulillah.. walaupun saya tak keje lagi, saya faham keadaan masyarakat kat luar tambah2 yg dah berkeluarga.. banyak atau sikit, jnji dapat gak tampung yg mana kurang.. lgpn, ayah dapar gak.. :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

rm500 tu dah byk tau. best!!

fuadws said...

dapat lebih lagi pun takpe... hehe..

shahrilhakime said...

Ermmm.....awok gelak je bile dapat tau gomen bagi RM500..... betoile kate encik SHaringinfoz tu...campo RM500 mase ghaye dapat le RM1000.00.... tapi dengan slogan ghakyat didahulukan...... kendian pulak kate EKonomi kite stabil.....dan jugak kite menuju ke aghah negara berpendapatan tinggi kan....kan....ape salahnye keluo lebih sikit..... ghakyat didahulukan.....heheheh.......

Unknown said...

baik time akak kerja dulu..banyak dapat bonus...

skrg ni 500 sekejap ajer habis...
semuga berjumpa lagi di lain kali yer

paperplaneinc said...

hopefully good

dilakochan said...

Alhamdulillah. Baik hado drpada tak de kan.

Bersyukur :)

Relevan said...

Bagi lah sebulan gaji apa salahnya..duit kerajaan pun banyak dihabiskan dengan projek projek mega..

rasp said...

bersyukur dengan yg diberi dari takde langsung kan......
cam i nie tak merasa lah...