Pages

Friday, October 22, 2010

Keputusan Terkini Liga Eropah@UEFA Europa League: 22 Oktober 2010

Inilah keputusan terkini Liga Eropah@UEFA Europa League yang berlangsung pagi tadi, 22 Oktober 2010.

Nampaknya kelab Inggeris Liverpool seri tanpa jaringan lawan Napoli. Liverpool turun tanpa dua tonggak utama, Gerrard dan Torres kerana direhatkan untuk perlawanan Liga Inggeris Ahad nanti.

Porto menang bergaya dengan 3-1 menentang Besiktas hasil jaringan Falcao dan juga dua gol oleh Hulk manakala gol jaringan tuan rumah oleh Bobo.

PSV juga menang 2-1 di gelanggan lawan against Debrecen.

Juventus seri dengan satu jaringan lawan Salzburg hasil jaringan Krasic pada minit 47 setelah tuan rumah mendahului pada minit 36 hasil jaringan Svento.

Kelab Inggeris yang telah membelanjakan beratus-ratus juta pound, Manchester City bermain dengan cemerlang menentang Lech dengan 3 gol berbalas 1. Adebayor (bekas pemain Arsenal) menjadi wira pagi tadi setelah menjaringkan hat-trick dan Lech mendapat satu gol hasil jaringan Tshibamba.

Sumber uefa

6 comments:

sahromnasrudin said...

penaja liverpool kat jersi itu adalah standard chartered kan?? aku rasa better dia tukar ke standard kampung je hahahah coz liverpool main skrg nie mengalahkan team bola kampong aku je huhuhuhu

velasrizal said...

memang ayam betul liverpool ni

shahrilhakime said...

Liverpool....ermmmm....takbleh nak cakap banyak .....kang kene balikk

ardinihumaira said...

sepupu dni minat liverpool. dni minat err.. coklat hikss
lariksss

Relevan said...

Ada M U ke kat sini..?

Sharinginfoz said...

relevan: MU, arsenal, chelsea dan tottenham bermain champions league

man city dan liverpool main europa league