Pages

Saturday, October 16, 2010

Ringkasan / Intipati Belanjawan / Bajet 2011 / Summary of Budget 2011


Berikut ialah ringkasan bajet 2011 yang baru sahaja selesai dibentangkan (download ucapan bajet 2011):
  • Tema "Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi", empat strategi
    1. Mendaya kembali pelaburan swasta
    2. Membangunkan modal insan
    3. Mensejahterakan hidup rakyat
    4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

  • Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun depan dan ianya dapat menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pantas

  • Pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pembangunan bercampur iaitu kediaman mampu milik, perdagangan industri dan kemudahan prasarana

  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membangunkan "Warisan Merdeka" dengan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 billion dan dijangka siap pada tahun 2015

  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia

  • GLIC dibenar meningkatkan pelaburan luar negara, sebagai contoh KWSP akan meningkatkan from 7% kepada 20% nilai aset

  • Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sdn Bhd dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Berhad pada tahun depan

  • Pasaran modal Islam akan terus diunggulkan
    1. Membangunkan International Board bagi penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh Syariah
    2. Pemotongan cukai kepada produk berinovasi bagi sekuriti Islam berlandaskan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq

  • Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz RM1 billion dan patuh syariah bagi memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersil utama di bandar utama dalam negara

  • Melancarkan Dana Pencen Swasta pada tahun 2011 bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Therefore pelepasan cukai sebanyak RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja di dalam KWSP diperluaskan ke dana ini

  • Pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 bagi pemegang francais kereta hybrid dan kereta elektrik serta motosikal hybrid dan elektrik

  • Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang (RM50 juta)

  • Duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5% to 30% dimansuhkan antaranya beg tangan, bola golf, dompet, syampu, selimut, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dalam dan wangian

  • Meningkatkan produktiviti dengan mengalakkan penanaman semula pokok kelapa sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi

  • Cukai jualan sebanyak 10% ke atas telefon bimbit dikecualikan sepertimana PDA yang tidak dikenakan cukai pada masa ini

  • Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta membei latihan khusus bagi melahirkan pakar dalam bidang ini

  • Memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam atau tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman akibat bankrap

  • Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan 1% kepada 6%. Di samping itu cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar (i.e astro)

  • Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. RM6.4 billion akan disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru

  • Meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72% menjelang akhir tahun 2011

  • Peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA

  • Memperkasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    1. Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% (universiti penyelidikan) dan 60% (IPTA lain)
    2. Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah IPTA

  • Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara bagi menjadi platform utama dalam penetapan upah yang diwakili oleh majikan, kesatuan kerja, Kerajaan, NGO, individu dan akademia

  • Kerajaan akan menguatkuasa gaji pokok minimum untuk pengawal keselamatan kepada RM500 to RM700 sebulan mengikut kawasan compared with RM300 to RM400 pada masa ini mulai Januari 2011

  • Kenaikan levi secara peringkat mengikut sektor bagi pekerja asing bagi mengurangkan bilangannya di masa akan datang

  • Menyeru pihak swasta bagi mengambil pekerja separuh masa wanita terutamanya bagi mereka yang dah kahwin

  • Menjenama semula 40 TASKA 1Malaysia bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan

  • Kerajaan memberi flexibility kepada pekerja wanita untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan

  • Mengalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan sebagai contoh penubuhan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan RM20 juta bagi melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan berkemahiran tinggi

  • Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang melibatkan RM218 juta yang akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU

  • Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50% kepada 100% ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU

  • Kerajaan akan melaksanakan program perintis "Small Office Home Office" untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran

  • Rebat bayaran elektrik sebanyak RM20 sebulan diteruskan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana melibatkan 1 juta pengguna di seluruh negara @RM150 juta

  • Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa diperluaskan lagi kepada bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluaan harian mereka seperti lampin pakai buang

  • RM568 juta disediakan bagi pembinaan 300 unit kediaman (Projek Bantuan Perumahan Bandar), 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 (Projek Bantuan Sewa Rumah)

  • Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang menawarkan jaminan Kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10% bagi harga rumah di bawah RM220,000 untuk golongan muda yang baru bekerja dan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Ianya bagi pembelian rumah pertama dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3 ribu sebulan

  • Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah (RM1.5 bilion) dan Sarawak (RM1.2 bilion) dan semenanjung Malaysia (RM556 juta)

  • Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan

  • Peruntukan subsidi sebanyak RM974 juta (padi, baja dan benih padi)

  • Menaikkan elaun bulanan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru from RM450 to RM800

  • Elaun Imam dinaikkan from RM450 to RM750 sebulan dan imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan from RM500 to RM800 mulai 1 Januari 2011

  • Kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun bermula serta-merta

  • RM15.2 billion diperuntukan bagi membina hospital baru, menambaah bilangan doktor dan jururawat serta bekalan ubat dan peralatan perubatan

  • 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah

  • Meringankan beban penjawat awam (gred 54 dan ke bawah) bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sebanyak RM500 yang akan dibayar pada bulan Disember 2010. Ianya juga layak bagi pegawai kontrak dan pesara Kerajaan

  • Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat bagi tempoh setahun lagi yang mana sebelum ini tamat sehingga 31 Disember 2010

  • Menaikkan kadar pinjaman perumahan maksimum daripada RM360,000 kepada RM450,000
Ini adalah ringkasan bajet 2011 yang saya rasa penting, komen mengenai intipati belanjawan ini akan dibuat dari semasa ke semasa kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan dan diteliti dari pelbagai sudut.

12 comments:

iena said...

suka suka suka... sila angkat tangan

cikguafezi said...

hybrid car..

DKosongLapan said...

cukai perkhidmatan pernyaiaran tv berbayar???...errr..kite ke kene bayo jugak ni???? sape yang untong ni???

azzey said...

Sharinginfoz; sker2.....say yes pd RM500 tu! ........senyum sampai ke telinga ni......

nur said...

hm.. tadi x ikuti.datang baca sameri

ALL IN ONE

ejaMaria said...

sedih :((... takde kenaikan gaji...

man said...

PERMATA tu program apa sampai 111j kat situ?

Tn.Punya said...

pasl loan rumah tu..hanya kakitangan awam atau semua orang?

Sharinginfoz said...

D08: nampaknya sesiapa yang ada astro kenalah bayar cukai perkhidmatan 6% mulai Jan 2011, so kalau bil bulanan RM100 kenalah tambah RM6 lagi

Tn. Punya: mengenai pinjaman perumahan tu, tak sebut pulak dalam bajet sama ada untuk kakitangan kerajaan saja, so my interpretation untuk semua, so kalau bank perdagangan sekarang ni bagi 90% then Kerajaan pulak tambah lagi 10% so semuanya loan rumah 100%. Peminjam tak perlu keluarkan duit 10% untuk pembelian rumah pertama

relevan said...

Boleh beli kelambu banyak banyak..

sahromnasrudin said...

salam..aku cume nak tanya ape penduduk kampong dpt??? nothing...
ape nelayan,petani, penternak dapat??nothing..padahal depa nie lah yg sokong kerajaan melalui peti undi..org bandar mane nak sokong bee end..reningkanlah...huhuhuhu

Joy said...

trs rs mcm nk downgrade package astro :(