Live Kelantan vs Negeri Sembilan:
- Wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, keputusan KELANTAN 2-1 NEGERI SEMBILAN
- 90": Masa tambahan 4 minit
- 87": Eroza dibawa masuk menggantikan Shakir. Perlawanan berbaki 3 minit masa biasa
- 84": Kad kuning ketiga untuk N9 dilayangkan kepada Alif akibat tarikan baju Akmal Rizal
- 82": Akmal Rizal dibawa masuk menggantikan Daudsu
- 77": Norshahrul Idlan diganti oleh Chanturu
- 73": Mohd Firdaus (N9) dilayangkan kad kuning
- 71": Daudsu pulak nampaknya mengalami kecederaan, tak sure sama ada boleh meneruskan permainan
- 68": Norshahrul dibawa keluar akibat kekejangan
- 64": Gol kedua Kelantan dijaringkan oleh Badri Radzi dengan larian yang baik setelah menerima hantaran oleh Farhan
- 56": Kelantan menyamakan kedudukan dengan jaringan Hairuddin hasil hantaran yang baik daripada Norshahrul
- 53": Aidil (N9) dibawa keluar setelah berlaku pertembungan dengan Norshahrul
- Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan tiada apa-apa pertukaran
- Kedengaran banyak bunyi mercun di dalam stadium dan diharap penyokong-penyokong dapat mengawal perasaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingi berlaku
- Separuh masa pertama tamat. Secara keseluruhan Negeri Sembilan lebih menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah manakala Kelantan banyak membuat hantaran liar, perlu mengemaskan hantaran bagi mendapat peluang jaringan yang lebih baik
- 45": Masa tambahan sebanyak 3 minit, Kelantan baru mula mendapat rentak, banyak serangan berbahaya
- 32": Kad kuning dilayangkan kepada Shukor Adan (N9) akibat kekasaran ke atas Shakir
- 30": Percubaan jauh daripada Idris (Negeri Sembilan) melepasi palang gol. Boleh dikatakan serangan lebih banyak dilakukan oleh pasukan Negeri Sembilan
- 13": Sepakan penalti diambil oleh Shahurain telah disempurnakan dengan baik menewaskan Fahmi. Negeri Sembilan 1-0 Kelantan
- 7": Penjaga gol Kelantan diuji oleh Idris Karim dan diselamatkan dengan baik oleh Fahmi. Nampaknya pertahanan Kelantan sedikit leka dengan serangan Negeri Sembilan
- Setelah 5 minit permainan dimulakan, tiada serangan-serangan yang merbahaya dan penjaga gol belum lagi diuji
- Perlawanan baru sahaja dimulakan
PREVIOUS ENTRY
Live @siaran langsung final piala malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan yang akan bermula pada 8.45 malam nanti. Saksikan kemeriahan perlawanan bola sepak antara kedua-dua pasukan ini. Sebelum ini, tahun lepas mereka telah bertarung di peringkat akhir dan kali ini mereka bertemu lagi.


4 comments:
Bro.... petang tadi saya sempat pegi stadium bukit jalil.... gambar2 akan di update untuk post entry besok.... hehehe
nak tgk mari menari pun tak dpt...uhuhuhu
sy link kan enty ni kat sini :)
http://nurulzayani.blogspot.com/2010/10/kelantan-menang-piala-malaysia-2010.html
Ramalan ku sentiasa benar !..
Post a Comment