Inilah situasi di mana pemain Manchester City, Boyata dikenakan kad merah dan dibuang padang seawal minit ke-4. Memang nampak kelainan game yang dipamerkan oleh Man City setelah bermain dengan hanya 10 orang.
Pemain-pemain Arsenal meraikan Song setelah menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 66. Memang Song bermain dengan sangat baik dan suka cara beliau yang sangat rajin untuk mengejar bola.
By the way, tendangan penalti oleh Fabregas pada minit ke 40 diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Manchester City, Hart. Memang Hart banyak menyelamatkan gol tapi akhirnya bolos 3 gol.
Kredit patut diberikan kepada penjaga gol Arsenal, Fabianski dengan menyelamatkan banyak cubaan Man City. Memang patut dikekalkan menjadi penjaga gol setelah penjaga gol utama Arsenal, Almunia mengalami kecederaan.
Secara keseluruhan, games yang sangat menarik dengan pergerakan yang pantas terutamanya oleh pemain-pemain Arsenal. Arsenal menguasai 65% permainan dan mendapat 4 kad kuning. Memang banyak menggunakan fizikal.
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh:
- Nasri (20)
- Song (66)
- Bendtner (88)
Keputusan-keputusan semasa liga perdana inggeris hari ahad adalah:
- Stoke City 1-2 Manchester United
- Liverpool 2-1 Blackburn Rovers
- Arsenal 3-0 Manchester City
9 comments:
Yes 3-0 itu yang kita nak..(peminat Arsenal)..:P
he he he
menang dengan menentang 10 orang
btw congratz arsenal
http://www.hazwan.com/2010/10/perhatian-kepada-semua-wanita-yang-cun.html
yeah...tumbang jugak man. city...
belasah cukup2 :D
caya lah, dendam arsenal terbalas juga..
hampeh MU menang..aku nak dia seri huhuhuh
macam2 result bola blh dpt kat sini. liga tempatan, piala malaysia, epl dll
Bravo ArsenaL..!
Post a Comment