Pages

Monday, October 25, 2010

Arsenal Belasah Manchester City 3-0

Ya memang betul Arsenal 3-0 Manchester City. Game yang dinanti-nantikan oleh peminat Liga Perdana Inggeris, perlawanan di antara dua kelab besar di England.

Inilah situasi di mana pemain Manchester City, Boyata dikenakan kad merah dan dibuang padang seawal minit ke-4. Memang nampak kelainan game yang dipamerkan oleh Man City setelah bermain dengan hanya 10 orang.

Pemain-pemain Arsenal meraikan Song setelah menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 66. Memang Song bermain dengan sangat baik dan suka cara beliau yang sangat rajin untuk mengejar bola.

By the way, tendangan penalti oleh Fabregas pada minit ke 40 diselamatkan dengan baik oleh penjaga gol Manchester City, Hart. Memang Hart banyak menyelamatkan gol tapi akhirnya bolos 3 gol.

Kredit patut diberikan kepada penjaga gol Arsenal, Fabianski dengan menyelamatkan banyak cubaan Man City. Memang patut dikekalkan menjadi penjaga gol setelah penjaga gol utama Arsenal, Almunia mengalami kecederaan.

Secara keseluruhan, games yang sangat menarik dengan pergerakan yang pantas terutamanya oleh pemain-pemain Arsenal. Arsenal menguasai 65% permainan dan mendapat 4 kad kuning. Memang banyak menggunakan fizikal.

Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh:
  • Nasri (20)
  • Song (66)
  • Bendtner (88)
Setelah kemenangan ini, Arsenal melonjak ke kedudukan ke-2, 5 mata di belakang pendahulu liga Chelsea dan berkongsi 17 mata bersama-sama Manchester United dan Manchester City.

Keputusan-keputusan semasa liga perdana inggeris hari ahad adalah:
  • Stoke City 1-2 Manchester United

  • Liverpool 2-1 Blackburn Rovers

  • Arsenal 3-0 Manchester City

9 comments:

LiFe KaMi said...

Yes 3-0 itu yang kita nak..(peminat Arsenal)..:P

ENCIK TIKUS said...

he he he

Mohd Hazwan said...

menang dengan menentang 10 orang
btw congratz arsenal

http://www.hazwan.com/2010/10/perhatian-kepada-semua-wanita-yang-cun.html

Unknown said...

yeah...tumbang jugak man. city...

ardinihumaira said...

belasah cukup2 :D

Azman Roslan said...

caya lah, dendam arsenal terbalas juga..

sahromnasrudin said...

hampeh MU menang..aku nak dia seri huhuhuh

eelobor said...

macam2 result bola blh dpt kat sini. liga tempatan, piala malaysia, epl dll

Relevan said...

Bravo ArsenaL..!