Pages

Monday, April 27, 2015

Seronok Berlegoland di Johor

Baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke Legoland. Pi sini le kiranya part of aktiviti pi Johor sempena konvo adik ipar kat UTM.
By the way, harga bagi internet purchase adalah RM106 untuk kanak-kanak (3-11 tahun) manakala dewasa RM132. So kami satu big family 11 dewasa dan 3 kanak-kanak.
Actually Legoland ni buka 10 pagi-7 malam tapi kami dapat masuk kul 9.30 pagi memandangkan dok kat hotel affiliate Legoland. So oklah. Kami dok kat Puteri Harbour, memang dalam 10-15 minit. Naik shuttle kat hotel.
Kanak-kanak memang enjoy main kat sini. Dewasa pun sama especially bagi yang suka roller coaster. Barang-barang kat sini mahal. Key-chain pun lebih RM20 untuk satu. Air dan makanan pun boleh tahan harganya seperti air minuman RM5.
Anyway masa masuk tu kami ada bawa coklat ngan air, lepas aja tak ada check pun, nasib baik agaknya.
Cuaca sekarang panas juga so tak le tunggu sampai Legoland nak tutup. Anyway apa yang penting kami semua enjoy dan part of family bonding.

Tuesday, April 21, 2015

Dah Bagi Minta Balik Duit Lebihan LHDN

Memang seperti yang dijangka setelah dapat duit refund lebihan bayar cukai bagi tahun 2014, LHDN baru sahaja hantar email suruh bayar cukai bagi pendapatan 2013 yang baru dilapor. So jumlah yang kena bayar ialah RM519.82. Nasib baik tak guna semua duit lebihan hari tu.

So kalau gagal buat pembayaran dalam masa 30 hari kena caj tambahan 10% dan kalau gagal dalam masa 60 hari kena tambah lagi 5%.
So since duit tu dah simpan siap-siap untuk bayar pada LHDN so bayar guna maybank2u le lagi senang. So kat "bill payment" tu pilih "make an income tax payment".
Then pilih LHDN-Semenanjung.
Lepas tu masukkan nombor cukai pendapatan. Ingat ya nombor sahaja, yang huruf kat depan tu tak payah masukkan.
Seterusnya pilih bayaran ansuran cukai-individu.
So tahun taksiran pilih 2013 since saya punya pendapatan tahun 2013 yang baru sahaja dilaporkan. Installment number tu tulis 0 aja le. Then masukkan jumlah.
Jangan lupa request TAC.
Lepas tu settle. So begitulah cerita e-filing, dapat refund then bayar kembali.

Monday, April 20, 2015

4 Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 Hari ini KWSP telah mengumumkan cadangan bagi menambahbaik skim yang sedia ada.
  • Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan sedia ada.
  • Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan.
  • Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun.
  • Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.
Ahli KWSP boleh memberi pandangan mengenai cadangan di atas bermula esok. Anyway dalam banyak-banyak cadangan saya amat tertarik dengan simpanan persaraan patuh syariah. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pencarum yang beragama Islam. Semoga KWSP mempercepatkan skim berlandaskan syariah ini.

Sunday, April 19, 2015

Makan Sedap di Che Mat Delights, Wangsa Maju

Sebelum ni saya ada buat entri mengenai akok dan jala mas di Che Mat Deligts. By the way, Che Mat Delights ni terletak di No.11,Jalan Rampai Maju 1,Sri Rampai Business Park South, Kuala Lumpur. Nak tahu lebih lanjut boleh call 011-1125 0961. Ianya dibuka dari 7 pagi hingga 5 petang.

Sebelum saya teruskan entri ni, saya nak ucapkan takziah buat tokey Che Mat Delights memandangkan beliau telah dirompak oleh 5 orang di area Pasar Selayang. So insyaAllah esok kedai Che Mat Delights dibuka.
Tengok kuah ni teringin aja nak pi makan lagi, memang pekat dan rempahnya sedap.
Taugeh goreng pun sodap ni dicampur dengan makanan lain untuk dijadikan juadah makan tengah hari.
Ayam kampung jangan cakap le tapi kalau rempahnya lagi menyerap lagi sedap.
Ikan bakar kosong ni apabila dicicah budu dan juga ulam memang mengancam.
Tak lengkap kalau tak ada ikan masin.
Budu sudah semestinya.
Hari tu saya beli dua bungkus, memang kenyang betul makan ngan wife dan anak pompuan yangberumur 11 tahun. Rasanya kalau makan kat sana lagi sedap. By the way, sebungkus ni adalah RM7, memang harga berpatutan.
Tak lengkap kalau tak makan kuih akok dan jala mas.

Wednesday, April 15, 2015

Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 3.3% Mac 2015

Dividen AHB bagi 6 bulan berakhir 31 Mac 2015 telah diumumkan sebanyak 3.3%. Pembayaran dibuat terus ke dalam akaun Maybank pada hari ini, 15 April 2015.

So oklah jumlah ini bersamaan dengan 6.6% setahun dan yang penting ianya berlandaskan syariah.

Sunday, April 12, 2015

Jala Emas dan Akok di Che Mat Delights

Tengok entri di blog eelobor, so apa lagi pi terjah le kat Che Mat Delights untuk cari jala emas ni. By the way, Che Mat Delights ni terletak di No.11,Jalan Rampai Maju 1,Sri Rampai Business Park South, Kuala Lumpur. Nak tahu lebih lanjut boleh call 011-1125 0961. Ianya dibuka dari 7 pagi hingga 5 petang.

Memang jala emas ni sangat sedap, ianya dibuat daripada kuning telur dan of course ianya manis. Harga satu keping ni adalah RM4. Kalau yang tak pernah cuba apa kat cuba-cuba lah.
Di samping, jala emas, akok pun ada kat sini. 5 keping untuk RM3. Memang akok ni tebal dan sedap sangat.
Memang kalau ada masa saya akan pi lagi. 
Tak susah nak cari, ianya berdekatan dengan lombong area Wangsa Maju dan dekat dengan area pasar malam hari Sabtu. So apa lagi pi le terjah Che Mat Delights untuk rasa kuih Kelantan. Kat sini ada juga nasi. Nanti saya tulis lebih lanjut di masa hadapan mengenai nasi kat sini.

Saturday, April 11, 2015

Jom Check Darah

Last time dalam tahun 2012, kali ini buat ujian darah lagi di Gleneagles Hospital. Kali ini nak check mengenai kandungan gula dalam darah. Sekejap aja tak sampai 3 minit dah settle. Semoga kandungan gula tak tinggi dalam badan.
Yang ni diambil ngan picagari dan jumlahnya tak banyak hanya keseluruhan 4ml je. Last time ada le dalam 18ml.
Kan dah cakap sekejap aja.

Sunday, April 5, 2015

Jom Cuba Dip N Dip The Curve

Semalam masa makan ayam penyet kat Warung Leko, ternampak Dip N Dip, diaorang cakap boleh order benda alah berasaskan coklah kat Dip N Dip so apa lagi order le. Teringat entri eyriqazz mengenai kesedapan makanan coklat kat sana. Saya untuk dessert saya order Triple Chocolate Crepe. Crepe (pancake) ni ada tiga jenis coklat, memang sedap. Harganya RM17.

Hmmmm, kalau lagi garing lagi sodap tapi crepe mana ada garing-garing kan.
Pas tu ada terbaca entri kat blog mana le pasal waffle stick. Yang ni lagi sedap actually sebab ianya garing, memang kalau datang, yang ni pasti diorder. Harganya RM10. 
Untuk makanan kat atas tu semuanya RM31.32 termasuk dengan caj perkhidmatan dan juga GST. Pasal service charge tumemang tinggi 10% dan of course ianya bukan government dapat sebab ianya bukan cukai. Yang pasti sepatutnya ianya untuk "tip" bagi pekerja-pekerja. Saya rasa government sepatutnya hapuskan terus service charge ni.