Pages

Showing posts with label silver. Show all posts
Showing posts with label silver. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Dah Beli Dirham Perak Kelantan

Ingat tak my entry mengenai "Harga Perak Menjunam 30%"? Ya memang betul for the past few days, harga perak di pasaran dunia telah jatuh teruk. Rasanya kejatuhanan ini sudah selesai (pandangan saya aja ya!), So Jumaat lepas (6 Mei 2011) pi le kat pejabat Nusantara Bullion Exchange (Nubex) yang terletak di C-315, Centre Wing, Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. Kalau nak call diaorang boleh telefon di 03-7729 9640 / 04.

Ni le rupanya tempat menyambut tetamu, memang cukup ringkas, ada sofa untuk pelanggan duduk, disediakan bahan bacaan i.e. magazines dan suratkhabar dan ada TV, masa tu disiarkan channel berita @Bloomberg.

So since curious dengan Dirham perak Kelantan ini, so saya beli le 5 keping.5 dirham (1 keping), 2 dirham (1 keping) dan 1 dirham (3 keping). Semuanya 10 dirham berjumlah RM300 (1 dirham = RM30)

Inilah rupa Dirham Kelantan secara lebih jelas. By the way yang 5 Dirham tu besar sedikit daripada duit syiling 50 sen, 2 Dirham (besar sedikit @20 sen) dan 1 Dirham (besar sedikit @10 sen). Ingat bila beli dirham atau apa-apa precious metal macam emas terdedah kepada risiko, i.e. turun naik harga, kestabilan politik dunia dan domestik. Spread untuk silver ni pun memang tinggi i.e. 10% (Harga Belian: RM27 dan Harga Jualan: RM30 untuk 1 Dirham). So banyak lagi risiko yang perlu kita tahu sebelum membuat pelaburan atau membeli. Anyway nak tahu harga belian dan jualan terkini boleh check di Islamic Mint dan juga Permodalan Kelantan Berhad (Ar-Rahn).

Friday, May 6, 2011

Harga Perak Menjunam @Crash 30% Dalam Masa 4 Hari

credit: ibtimes

Mengikut ibtimes, harga perak (silver) dalam matawang USD telah turun @menjunam sebanyak 30% hanya dalam masa 4 hari. Penurunan ini adalah daripada USD50 per auns kepada USD35 per auns. Antara sebab-sebab penurunan @crash ini adalah;
  • Desas-desus bahawa Soros mula menjual dan pelabur-pelabur turut serta melupuskan pegangan komoditi ini

  • Kenaikan kadar faedah dan juga peningkatan margin untuk pembelian silver

  • Kenaikan kadar matawang USD setelah Amerika membunuh Osama bin Laden
By the way, kalau tak silap dalam masa yang sama harga emas hanya turun sebanyak 6%. Semasa entri ini ditulis harga emas adalah USD1,488 untuk satu auns jika dibandingkan dengan harga tertinggi dalam sejarah beberapa hari sebelum ini @USD1,575 per ounce.


Tapi satu perkara yang saya sangat pelik, harga Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, masih berada pada tahap RM30 untuk satu Dirham. Jika kita tengok, harga Dirham Perak semasa saya tulis entry pada 19 Ogos 2010 adalah RM13 untuk satu Dirham. Ianya adalah kenaikan lebih 130% untuk kurang dari setahun. Tapi sebelum beli, kena faham betul-betul mengenai instrumen ni termasuk dengan spread (perbezaan belian dan jualan).