Pages

Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Dividen KWSP Tahun 2010 Sebanyak 5.80%

Hari ini (20 Februari 2011), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.80% bagi tahun 2010. Dividen pada tahun lepas (2010) adalah 0.15% lebih tinggi jika dibandingkan dengan dividen tahun 2009 iaitu 5.65%.

Ahli-ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2010 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 21 Februari 2011. Rasanya selagi ianya melebihi 5%, dividen tersebut boleh dianggap competitive.

Berikut adalah antara bloggers yang menulis mengenai dividen KWSP tahun 2010:

Thursday, February 3, 2011

Sudah Letak Penama KWSP Ke?

Bagi yang sudah bekerja dan mempunyai caruman kat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jangan lupa letak penama. Benda ni sangat penting, maklumlah kalau apa-apa yang buruk terjadi kepada kita senang le sikit.

Tak susah, pergi kat mana-mana cawangan KWSP dan isi borang dan sertakan salinan kad pengenalan kita, proses tu tak sampai pun 10 minit dan lebih kurang dalam masa seminggu dapatlah surat pengesahan from KWSP mengenai perkara ini. Dulu dah buat penama, sekarang ini ada pertukaran sedikit.

Ingat tu kena update jika ada apa-apa perubahan. Sebagai contoh bagi yang dah kahwin, sebelum ini maybe letak untuk parents dan selepas tu kena le include yang mana yang perlu. By the way, bagi yang beragama Islam, pembahagian nanti, kenalah ikut hukum shariah, i.e. faraid, penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir.

Nak tahu lebih lanjut mengenai penamaan, boleh check kat sini.