Pages

Monday, August 30, 2010

Senarai Pemain Skuad Arsenal 2010/2011

Ni lah senarai pemain skuad arsenal bagi tahun 2010/2011. By the way, gambar ni diambil from website arsenal.

Inilah pengurus arsenal, Arsene Wenger. Wenger berasal dari Perancis dan mula bersama Arsenal pada tahun 1996, hampir 15 tahun. Antara kejayaan beliau adalah menang tiga kali liga inggeris, empat kali FA Cups dan empat kali Charity / Community Shields. Teringin betul kalau Arsenal dapat menjadi juara Liga Juara-Juara 2010/2011 nanti. Memang suka cara melatih pemain dan fokus pada pemain-pemain muda.

Inilah kapten Arsenal, iaitu Cesc Fabregas. Nasib baik bersama-sama dengan Arsenal tahun ini kerana sebelum ini dengar ura-ura yang beliau akan ke Barcelona. Telah bersama-sama Sepanyol bagi menjulang juara Piala Dunia 2010. Walaupun baru berumur 23 tahun, tugas sebagai kapten digalas dengan baik. Mula bersama-sama Arsenal sejak berumur 16 tahun dari Barcelona.

Telah menjaringkan 15 gol di Liga Perdana Inggeris 2009/2010. Memang salah seorang pemain yang disegani di peringkat antarabangsa.

Salah seorang penyerang Arsenal, Robin van Persie, memakai jersi bernombor 10. Pemain kelahiran Belanda ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2004 from Feyenoord. Musim lepas menjaringkan 9 gol dan melumpuhkan Arsenal bagi mencapai juara liga disebabkan kecederaan. Pakar bagi goal taker / maker dan juga free kick. By the way, sebelum ni Dennis Bergkamp juga memakai jersi bernombor 10.

Seorang lagi striker, Marouane Chamakh baru sahaja bersama Arsenal pada 21 Mei 2010 from Bordeaux, France. Pemain yang berasal dari Perancis ini telah menjaringkan satu gol dalam liga Perdana Inggeris. Sejak dulu lagi Wenger berminat dengan kepantasan dan kelincahan Chamakh.

Pemain yang berasal dari England ini, Theo Walcott telah menjaringkan 4 gol. Sebagai seorang stiker, memang ianya menggerunkan pertahanan lawan. Walcott telah menjaringkan a hat-trick semasa Arsenal menang 6-0 menentang Blackpool.

Pemain tengah yang berasal dari Rusia ini telah mula bersama Arsenal pada tahun 2009. Andrey Arshavin, itulah namanya. Menjaringkan 10 gol musim lepas dan telah meledak masuk 2 gol musim ini. Dengan jaringan beliau telah memberi kemenangan kepada Arsenal 2-1 ke atas Blackburn pada perlawanan ke 3 musim ini.

Sebastien Squillaci, France baru sahaja dibwa masuk ke Arsenal pada 27 Ogos 2010. Pemain yang berusia 30 tahun ini adalah pemain squad France di Piala Dunia. Seorang central defender yang berpengalaman luas dan telah 36 kali bermain di perlawanan liga Juara-Juara dan 21 caps untuk France.

Pemain Belgium ini, Thomas Vermaelen adalah salah seorang pemain pertahanan. Walaupun posisinya di bahagian bawah, beliau telah menjaringkan 7 gol di peringkat liga perdana Inggeris pada musim 2009/2010. Tackling yang bagus dan juga boleh digunakan sebagai penyerang.

Manuel Almunia, Spain adalah penjaga gol utama bagi musim ini. Terkenal dengan penyelamat penalti. Telah bermain sebanyak 200 games bersama Arsenal. For the past 3 years bermain hampir 80% di dalam English Premier League.

5 comments:

Faizal@PeJAY said...

aku paling suka entry pasal arsenal

velasrizal said...

Nasri dgn rosicky pn antara bintang yg menyinar di arsenal..

AzketOm said...

owh owh owh. peminat arsenal. saya suka yang biru. boleh??

heheh salam singgah :)

Encik Tikus said...

peminat arsenal ! hehe suka itu chamakh, memang laju ;DD

relevan said...

Year Arsenal...