Pages

Monday, August 2, 2010

Hati-Hati dengan Telefon Bimbit

Memang kita tahu sekarang ni handphone sudah menjadi satu keperluan di dalam hidup ini yang mana dahulunya adalah barang mewah. Tengok aja, memang ramai orang di Malaysia mempunyai telefon bimbit termasuk pelajar sekolah, tak kira le sama ada sekolah menengah, sekolah rendah ataupun pelajar universiti.

Saya merasa article di dalam mstar hari ahad cukup menarik membincangkan "pengaruh kekasih kuat melalui hp". "Remaja sememangnya cenderung terjerumus ke kancah negarif jika tersalah didikan atau tidak dikawal ibu bapa." Memang 100% setuju dengan statement tu. Ibu bapa memainkan peranan sangat penting lebih2 lagi zaman sekarang yang mana anak-anak boleh mencari sesuatu sama ada dari internet, telefon dan juga rakan2.

Mengikut article tu lagi kebanyakan kes keruntuhan akhlak adalah melalui penggunaan telefon bimbit dan internet yang tidak dipantau ibu bapa.

So hati-hati le dengan benda alah ni. Kekadang ada yang sengaja telefon nombor kita dan cakap tersalah nombor then dari situ ianya menjadi kawan sembang dan jika anak-anak kesunyiaan dan kurang didikan mereka akan jadikan teman "missed call" ni sebagai rakan yang mereka percayai sampai sangguh bersms yang pelik2 then mms gambar then terjerumus ke kancah kehinaan. Sama-sama le kita ingat-mengingati ya.

16 comments:

Lagenda said...

ye..mak pun slalu dpt 'wrong nmbr' then rupanya ade ati nk berkenalan..mak booo layan!! x koser la dgn org cenggitu.

Affan Ruslan said...

Salam. biasalah bila teknologi disalahgunakan.

*makin canggih teknologi, makin besar lah pengaruh dan cabaran.huhu

aurikelsan said...

yg lg worse bila lelaki ntah sape2 call/sms cerita pasal benda2 lucah..

HaiDa HiDa said...

risau betul dengan keadaan skank kan.. saya setuju jika saudara katakan telefon dan internet bolh buat remaja skank sedikit leka.. skank duk sekolah rendah pn dah ada enset sendiri.. pstu mak ayah cuma tahu top up kan jer.. apa gne enset tu tak pernah amik kira.. mmg la bnda2 ni memudahkan anak2 tuk berkomunikasi antara satu sama lain.. tpi hendaklah di pantau penggunaannya...

Hazzy Ishak said...

hari tu baru je dapat msg TOTO & magnum. haha.

apakah?

Unknown said...

betul tu..selalu je dapat mesej mengarut-mengarut...lagi pun guna handset boleh membahayakan kesihatan kan...tapi itulah,keadaan dunia sekarang ni buatkan handset menjadi sesuatu benda yang mesti ada..

♥Cik Puan♥ said...

saya pun pernah dapat panggilan wrong number...

Reza said...

Salam. Saya pun pernah dpt sms yg kurang enak. Walhal tak kenal langsung dgn si penghantar sms tu. Sy ni kalo tak kenal sesuatu no fon, mmg abaikan je sms tu.

Ntah macamner lar agaknya diorang ni dpt no kita.

azzey said...

Sharinginfoz: tulah serba salah kan? x dibelikan...keperluan.....bila kita belikan.....macam2 hal plak blh jadi....haiiii....mintak2 dijauhkan lah dari perkara2 yg tak baik tu......

maslinamansor said...

parents kena selalu awasi anak2...
jangan dimanja sangat anak2...

velasrizal said...

ssh nk halang kemajuan teknologi ni.. bdk kecik pn dh tau cmne nk pakai benda teknologi tinggi ni..

Blog AkU dAn SeSuAtU Dah Ada Fan Club ?

Kancilbiru said...

hp ni bleh buat remaja mengabaikan pelajaran..banyak main dr blaja...boifren la, gefren la..huhuhuh

Mommy Lyna said...

Kita dulu2 nk cakap tepon dgn boyafren pun slow2, cari timing sbb tepon rumah kat common hall. Budak2 skg duk dlm bilik tu ntah apabenda dia buat.

Relevan said...

Cuba kita try buat program.. '' Sehari tanpa talipon bimbit '' tengok macam mana rasanya..

Anonymous said...

serius menyampah dengan org yg berperangai dial "wrong number" ni

Entri Hari Ini : Why Vampires Suck? dan Makan & Menang RM 5,000! Hanya Di McDonalds

Adziim said...

agaknya kna ada handphone yg bleh buat pnggilan terhad pda keluarga shaja.