Pages

Sunday, August 8, 2010

Segmen Kenali Blogger: eelobor@sekadar berkongsi

Jom macam biasa hari kita bersantai-santai bersama keluarga diselitkan segmen kenali blogger dan kali ini bersama eelobor di sekadar berkongsi. Pelik kan bunyinya, eelobor, tak tahu macam mana boleh dapat nama tu, nanti tuan punya boleh beri penerangan sikit nanti ya.

By the way, entry pertama yang saya dapat kesan ialah pada 6 Mei 2009, iaitu lebih setahun yang lalu mengenai "selamat hari ibu". Memang bagus sangat entry ni kerana ibu banyak berkorban untuk kita semua. ayah pun sama juga. Tapi ibu ada kelebihan jika dibandingkan dengan bapa kan?

Entry macam-macam sangat menarik perhatian saya kerana ianya diletakkan gambar tiga keping tanpa sebarang perkataan kecuali tajuknya. sebab tu le orang cakap a picture tells a thousand words kan. itu satu gambar kalau ada tiga gambar banyak lagi le cerita yang kita boleh ambil dan interpret kan. itulah pemerhatian eelobor mengenai persekitaran.

Satu lagi yang menarik mengenai blog ini ialah mengenai makan-makan. Apabila keluar makan bersama family, tak sah kalau tak share mengenai tempat-tempat yang menarik boleh kita kunjungi, so ada le idea untuk kita jalan-jalan cari makan kan. Yang ni diambil Sabak Barbeque & Steamboat di Taman melati, Kuala Lumpur. Tengok tu macam-macam ada kan.

Yang ni memang sedap especially kepada yang suka masakan kampung. Ni kat restoran sri ayu seafood. Ianya kat Sri Gombak. Macam-macam ada, i.e. ikan tawar, budu, pucuk ketereh, lemak daging, kerabu mangga dan banyak le lagi.

Di samping berkongsi mengenai makanan, alam persekitaran, tak lupa juga apa-apa yang menarik perhatian di sepanjang liku-liku kehidupan. Sebagai contoh mengenai kemalangan yang melibatkan 4 buah kereta termasuk sebuah iswara yang masuk dalam parit besar. Biasalah bila ada accident, jalan memang jem le.

Bukan sekadar itu, kalau anda dahagakan tips, boleh berkunjung dan tengok entry mengenai "10 sebab jangan bercinta dengan suami orang". Tajuk memang hot, mesti ramai yang nak tahu kan, antaranya ialah hilang hormat pada pasangan, memusnahkan rumahtangga orang dan menipu diri sendiri. So apa lagi jom kita terjah sekadar berkongsi.

6 comments:

eelobor said...

wah....TQ byk2 sharinginfoz sbb memuatkan entri segmen kenali blogger nih.

Encik Tikus said...

ben baru jea cerita pasal dia ;)

Mknace said...

^_^

ardinihumaira said...

^__^
memang best snap gambar tatkala jalan jem. hehe

PinQib said...

hee.. sy suka lihat belog fotografi


Latest entry. Mai la jengok
Tolong (patploh juta kali)

anyss said...

Salam,
Mmmmm tak sangka, tetiba je Eelobor jadi popular di blog sdr Ben. Tahniah! Bukan mudah sdr Ben nak terjah juta2 blog seantario alam ni