Pages

Tuesday, August 17, 2010

31 Ciri Suami Idaman

Ni nak share mengenai buku bertajuk 31 Ciri Suami Idaman oleh Siti Nor Bahyah Mahamood dan Zulina Hassan yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd yang berharga RM19.90.

So seperti tajuknya, terdapat 31 tip so kat sini saya nak share beberapa daripadanya. Kalau citer semua, 7 hari tujuh malam pun tak habis. lagi satu, kan orang tak beli buku tu kesian kat mereka ya.

  1. Sifat orang bertakwa
    Antaranya adalah beriman pada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab-kitab dan nabi-nabi. Lepas tu jangan lupa yang mengerjakan solat dan bersabar. Kalau nak tahu lebih lanjut jangan lupa baca buku ni ya

  2. Bersifat penyayang
    Contohnya lemah lebut melayan dan percakapan dengan isteri, bertolak ansur, menghormati dan berkorban untuk kebahagian isteri. Dan jangan lupa sentiasa memaafkan kesalahan isteri

  3. Jujur
    Memang sangat penting dalam kehidupan rumahtangga dan dalam kebanyakkan hal. Kalau salah tu jangan malu-malu nak mengaku ya. Hmmm, pasal duit tu jangan le sorok ya, susah senang bersama-sama ya

  4. Menepati janji
    Kalau kita berjanji jangan le pulak buat-buat lupa ya. So kalau nak berjanji anda kenalah fikir terlebih dahulu sama ada mampu ke tak untuk menepatinya. Kalau tak boleh nak tunaikan cakap awal-awal ya

  5. Memuliakan keluarga isteri
    Bila dah kahwin, kita bukan aja kahwin dengan isteri tapi satu keluarga kita kena pandai jaga kan termasuklah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Itulah sedikit sebanyak yang saya nak kongsikan. So kepada kaum adam dan hawa kat luar sana, apa lagi komen time!!!!!

13 comments:

ardinihumaira said...

idamkan sifat2 suami seperti itu ;)

Bro Framestone said...

thank untuk info nie...

cam menarik je.. nk gak rembat satu huhuhu

~aSHa~ said...

JUjur tu mmg penting..

relevan said...

< -- Salah seorang calon suami idaman..wakaka!

eelobor said...

yg penting dapatkan dulu buku tersebut....

[z@ck] said...

thanks for sharing =)

lydzar said...

kalau suami jenis tak kisah sgt bila isteri masak tak menjadi/tak sedap pon mayb salah satu ciri idaman gak kot :)

arekymz membuyau said...

ouh..
bergune jugak nih untuk yg bujang2..
kan3?
;)

maslinamansor said...

Kalau la semua orang tak kisah la suami atau isteri da ciri2 begini... aman rumah tangga..

Lagenda said...

Bukan utk yg bujang je..yg dah oldtimer cam mak nih, leh gak amik tauladan..baca buku tu smbil jeling2 kat pakcik tu!

azzey said...

Sharinginfoz: saya ponnada beli buku keluaran Telaga Biru.....Tapi bkn yg ni....Byk tips blh kita baca. Mmg bagus!

velasrizal said...

moga2 kita ada ciri2 itu..

nabilah abd rahman said...

bagus buku ni...ciri-ciri yang ada ni semua penting..tak kisahlah untuk lelaki ke perempuan...kalau ada semua ni,barulah aman rumah tangga..kurang kes perceraian..