Pages

Tuesday, August 24, 2010

Keputusan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Man City 3-0 Liverpool

Manchester City 3 vs Liverpool 0
  • Barry (13')
  • Tevez (52' and 67')

  • Lineup (yahoo.sport)
13': Gareth Barry telah menjaringkan gol dari kotak penalti hasil bola daripada Milner

52': Tevez menjaringkan gol kedua buat Manchester City hasil tendangan sudut daripada Milner dan ditanduk oleh Richards tapi bola terkena kaki kiri penjaga gawang Liverpool, Reina dan dirembat masuk oleh Tevez yang berada di depan Reina

67': Tevez menjaringkan penalti setelah pemain Liverpool mengasari Adam Johnson dan keputusan memihak kepada Man City 3-0 Liverpool

PREVIOUS ENTRY


Perlawanan liga perdana inggeris antara Manchester City vs Liverpool akan disiarkan secara langsung pagi esok, 24 Ogos 2010 pada pukul 2.55 pagi di Astro ESPN Channel 812. Keputusan terkini akan diupdate nanti.

Sebelum ini pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan ini seri dan mengumpul satu mata dengan lawan masing-masing. Perlawanan pagi esok sangat menarik terutamanya ramai yang ingin melihat kehebatan Manchester City yang telah belanja besar bagi membawa pemain-pemain yang mempunyai nama besar dan dianggarkan mereka telah belanja antara RM1.5 bilion dan RM2.0 bilion. Memang sungguh terpegun dengan kehebatan penjaga golnya, Joe Hart. Pemain-pemain lain yang akan menjadi tumpuan ialah David Silva dan Carlos Tevez.

Bagi Liverpool pula, Fernando Torres menjadi sandaran di samping Steven Gerrard. Tapi sayang Liverpool akan bermain tanpa Joe Cole yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan dengan Arsenal yang berkesudahan 1-1 hasil jaringan David Ngog.

2 comments:

Qib said...

MESSI X MAIN KE> HEHEHE
KLIK IKLAN MARY FRANCE BODYLINE

Sir Marcello said...

aku tak tengok match pagi tue...liverpool tewas di harijadi aku..gila kecewa...

kat sini aku takda geng nak tengok..astro pun tak purchase pakej sukan...wah sungguh tertekan!!